Salam Ukhwah

Tuesday, July 28, 2009

Tirai Rahsia ALLAH

Dipetik dari dari tulisan : Muhammad Mokhtar
Rezeki, jodoh dan mati adalah sebahagian daripada rahsia ALLAH. Namun daripada ketiga-tiga rahsia ini, ada dua rahsia yang perlu manusia cari bagi menampung kehidupan. Seterusnya manusia dapat hidup bahagia di dunia ini dan dengan itu mampu pula memperolehi kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Setiap manusia perlu mencari rezki kerana manusia memerlukan makan, minum dan keperluan-keperluan lain. Manusia juga perlu mencari jodoh bagi memenuhi keperluan biologi, kasih sayang dan keturunan yang berterusan.


Ramai antara kita yang memandang rezeki hanya daripada segi material seperti duit, rumah dan kenderaan. Oleh itu, ramai yang salah faham dalam hal ini dan mereka hanya terdorong oleh keinginan yang meterialistik sahaja. Padahal, rezeki itu tidak semestinya bersifat kebendaan semata-mata. Rezeki adalah sega sesuatu yang boleh kita makan, pakai dan nikmati. Bahkan, semua perkara yang ALLAH anugerahkan kepada kita adalah rezeki. Dengan kata lain, rezeki merangkumi duit, pekerjaan, rumah, kenderaan, makanan, anak yang soleh, isteri yang soleh, nikmat kesihatan, ketenangan jiwa, ilmu pengetahuan dan segala sesuatu yang dapat kita nikmati dan membawa manfaat bagi diri kita dan orang lain.

Setiap orang pasti menginginkan hidup yang sejahtera dan makmur, mahu dimudahkan rezeki, mempunyai harta yang melimpah, isteri yang cantik, anak yang soleh dan hidup yang serba cukup tanpa ada kekurangan. Sebaliknya tidak ada orang yang mahu hidup susah & sempit. Walaupun dekimia kita tidak dapat memungkiri dan tidak mampu membantah, kerana manusia di dunia ini mempunyai tahap keuntungan dan rezki yang berbeza-beza.


“ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakinya di antara hamba-hambanya dan dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Ankabut:62)

Begitulah warna-warni kehidupan. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang susah mencari rezeki dan ada yang mudah sangat. Contohnya dalam satu majlis konvokasyen dia sesebuah universiti, ramai pelajar terus mendapat pekerjaan dan ada juga yang menganggur dan susah mendapat pekerjaan, walaupung masing-masing mendapat ijazah yang sama tarafnya, namun rezeki mereka berbeza.

Kita juga mungkin pernah melihat orang yang bekerja keras setiap hari membanting tulang empat kerat, bersengkang mata tetapi kehidupannya tetap begitu sahaja tanpa perubahan yang bererti.

Inilah yang dimaksudkan dengan TIRAI RAHSIA ALLAH. Dalam hal ini, manusia perlu mencari rezki dengan berikhtiar. Ikhtiar itu pula mencakupi dua aspek iaitu lahir dan batin. Kedua-duanya perlu seimbang . Ikhtiar lahir bermaksud kita melakukan pekerjaaan manakala batinnya pula adalah mengerjakan solat sunat duha di samping solat wajib yang sememangnya wajib bagi kita mengerjakannya, berfikiran optimis, berprasangka baik dan kemudian tawakkal kepada ALLAH.. InsyaALLAH…

No comments: