Salam Ukhwah

Monday, December 17, 2012

Anugerah Itu

Lagi tentang A.N.A.K
 
Anak adalah anugerah dan hadiah daripada Allah ta’ala. Dan bukan kuasa kita untuk paksa Allah berikan anugerah itu kepada kita.  Segala yang berlaku adalah takdir daripada Allah. Kita diuji dengan ujian yang begini, disaat sahabat lain sedang sebok menguruskan persekolahan anak.. ada yang sedang pening yang sangat mencabar dengan karenah anak serta tak kurang juga ada sahabat yang merancang untuk berhenti beranak.. tetapi kita masih lagi berusaha dan usaha untuk memperolehi anak.

Selalunya pasangan-pasangan merasa kecewa dan tertekan kerana mereka merasa malu bila disebut orang sebagai "tidak punya anak", wahai diriku dan dirimu hentikan perasaan malu tu.. mari kita tanya diri kita sendiri… “malu ngan siapa??”  Malu dengan manusia??  Hanya kerana kita belum ada anak? Ruginya kita kerana asyik fikirkan apa orang lain kata.. dan apa orang lain fikir.

Lumrah kan soalan seperti ini sentiasa ada di sekeliling kita.

Kalau belum khawin orang akan tanya.. “bila nak kawin.?”

Dah khawin org tanya lagi “bila nak ada anak”

Dah ada anak sorang soalan akan ada lagi “bila nak tambah lagi”

Dan kalau dah anak ramai dan dah besar-besar maka akan tanya lain plak… “bila nak bemenantu?”

Bila dah ada menantu.. tanya pulak lagi “bila nak ada cucu”

Dan akan terus bertanya dan bertanya… 

Memang selagi namanya ‘orang’ mereka aseklah bertanya…  soalan yang ditanyakan tu kalau berbentuk dorongan atau kata semangat alangkah untungnya, tetapi kadang-kadang soalan-soalan itu datang dalam bentuk duri menikam dan panahan yang sangat tajam.

Itulah kelemahan antara kita nih.. boleh tak kita nih jangan sibuk hal orang.. tanya yang bukan-bukan tanpa kita sedar semua pertanyaan tu kadang=kadang menjadikan orang lain ‘makan hati’
Kan cantik kalau apa yg Allah bagi tuh kita terima saja dengan hati yang terbuka. Kalau kita tak suka kata orang in sha allah orang tak suka kata kita. Adakah dengan sesetengah yang tidak mengandung itu memang mereka memilih untuk tidak mengandung?  atau adakah semua orang yang tidak punya zuriat itu disebabkan mereka malas berusaha?? Malas berdoa? Dan berhenti berharap? Marilah kita sentiasa bersangka baik pada Allah… tiap-tiap yang telah DIA takdirkan untuk kita adalah sebaik-baik untuk kita. Yakinlah Allah tidak sama sekali menzalimi hamba-NYA melainkan hamba-NYA yang menzalimi dirinya sendiri.

Mungkin akan ada soalan-soalan begini.

Bila dapat anak?? 

moga kita ada kekuatan untuk memberi jawapan dengan nada yang ceria.

"In sha allah akan datang".. 

in shaa allah akan datang. tiba gak masanya nanti cuma tak tahu bila..

semua DIA punya kerja dan semunya dari DIA yang maha PEMBERI. 

Setiap usaha yang kita dah buat dan duit yang kita telah belanjakan dalam usaha ini,  semua tu Allah bagi pahala. Sabarnya kita menanti dan menunggu kehadiran anak juga Allah janji pahala itu untuk kita.

Tapi satu persoalan penting yang perlu kita tanya dalam diri kita adalah

“kenapa kita nak anak tuh..?”

Adakah sebab kita nak anak kerana kita malu kata dek orang kita tak beranak? atau kita rasa tercabar apabila diusik oleh rakan-rakan. 

Mari kita semak balik diri kita..

adakah disebabkan orang? 

Kalau sebab orang jawapanya adalah sia-sialah usaha kita, tetapi kalau kita niatkan dapat anak ni sebagai pencen kubur iaitu anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita nanti. Maka kita perlu berazam untuk melaksanakan tugas dan amanah mendidik anak untuk menjadikan anak yg soleh dan solehah sebagai jaminan pencen kubur kelak. Kemudian kalau kita ada anak nanti tetapi tak ada niat langsung untuk mendidik tiap-tiap  anak menjadi anak yg soleh dan mosleh maka merugilah kita. Soalnya sejauh mana kemampuan kita untuk menerima amanah yang berat ini.. Allah lebih tahu sama ada kita mampu atau sebaliknya.

Ramai lagi pasangan yang kat luar sana.. walaupun dah 10thn berkahwin dan ada yang dah 15 tahun berumahtangga  tapi Allah izin mereka belum ada anak namun mereka tetap bahagia dan ceria kerana mereka saling menghargai antara satu sama lain. 

Kalau kita perhatikan pencen kubur kita ada 3 perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat. Walaupun kita belum tentu dapat anak tapi kita dah tentu boleh bersedekah jariah dan kita masih punya ruang dan peluang dalam memberi ilmu yang bermanfaat walaupun hanya sepatah ayat. Of course Allah Maha Pemurah, Allah Maha Penyayang dan Maha Adil. Tidak ada seorang pun antara kita yang Allah tidak bagi peluang untuk mendapat bekalan apabila kita di alam barzakh nanti. Yakinlahhh wahai diriku dan dirimu

note: dalam gambar yg atas  tu kami cuma menumpang pangku baby orang lain.. mudah-mudahan dapat amik berkat sikit.

SuaraHati : Moga Allah menyatu eratkan hati kita dalam mendepani ujian dari Yang Maha Satu ini.
 

Wednesday, November 14, 2012

Kemana Hijrah Kita


Kemana Hijrah Kita?

Jika kau lihat embun disubuh pagi, Itulah Kehidupanmu...
Sifatnya adalah kesementaraan cuma, apabila terbitnya sang suria maka keringlah ia.

Jika kau melihat jalan yang bersimpang siur, Itulah kehidupanmu..
Jika jalan kebinasaan dan kepalsuan yang engkau pilih, maka itulah akhir kehidupanmu

Jikau kau melihat tabir usang yang pudar dan lusuh dimamah usia, 
Itulah kehidupanmu...
Disebalik kelusuhan dan keusanggan itu adalah kematian.

Jika kau melihat musafir singgah berehat di pepohonan rendang, Itulah kau dalam suatu perjalanan panjang lalu persinggahan itulah kehidupanmu didunia ini.

Itulah kehidupan kita yang sementara, namun kesementaraan ini memberi kesan besar bagi kehidupan kita yang abadi.

sumber : Majalah Haluan okt 2010

Kita perlu banyak belajar dari hari-hari yang telah kita lalui & seharusnya juga umur kita yang masih berbaki ini, kita tempuhi dengan penuh pengharapan agar ianya benar-benar akan menjadi bekal untuk kita balik mengadap Allah SWT.  Setiap tahun umur kita kian bertambah, ini mengambarkan kepada kita bahawa kita semakin hampir kepada sebuah kematian.

Wahai hatimu dan hatiku marilah kita sama-sama pastikan Hijrah kita benar-benar mendekatkan kita kepada keredhaan Allah SWT. Semoga hari-hari baru benar-benar membina keperibadian kita agar menepati kehendak Allah Ta'ala.

SuarahHati : Ya Allah Ya Ghaffar, dengan kerendahan hati, kami memohon daripada-MU.. ampunkanlah dosa-dosa kami & kesalahan-kesalahan kami...



Thursday, October 4, 2012

Allah lebih TAHU


Allah lebih tahu YANG TERBAIK untuk kita

YA ALLAH banyak sekali impianku...
namun dosa yang menggunung membuatkan hamba-MU malu bermohon pada-MU YA RABB...

KAU amat suka hamba-MU yang berdoa pada-MU...
hamba kan terus memohon pada-MU moga kau meredhai impianku sebagai perancangan yang telah KAU takdirkan untukku...
dan moga hamba sentiasa redha dengan suratan-MU walaupun ia bercanggah dengan keinginku...

kerana KAU yang mencipta diriku...
pasti KAU lebih tahu YANG TERBAIK BUATKU...
Allah memberikan apa yang kita PERLU bukan yang kita MAHU...
Ku mohon pada-MU YA RABB berikanlah aku yang terbaik di antara yang terbaik buat diriku, agamaku, masa sekarang dan dimasa depanku,  duniaku, dan akhiratku..Aamiin...


Jangan bersedih pada perkara yang Allah BELUM bagi. Sebaliknya, lihatlah pada apa yang TELAH Allah bagi
Betapa ramai insan yang hidup dalam kemurungan kerana terlalu MAHUKAN yang tidak ada sehingga tidak MENGHARGAI apa yang telah ada. Tidak salah mahukan sesuatu cuma jangan sampai lupa apa yang telah menjadi milikmu.
Apapun situasimu wahai diri ... says ~ ALHAMDULILLAH ~ :)
 


Wednesday, September 26, 2012

Di Hari Ulangtahun Kelahiran

27-09-2012

Hari nih...

36 tahun berlalu, bermakna selama itu juga tempoh masa yang telah diamanahkan oleh Allah  SWT kepadaku.. dan semuanya ini bakal ditanya kelak.  Ternyata Masa yang ditinggalkan dah panjang berlalu dan masa yang tinggal ni makin sikit. Allahhurabbi..

Entah kenapa   ek,  di hari ini saya berasa sangat sayu… rasa pilu menerjah ke lubuh hati.. rasa bedebar-debar yang tak tahu apa sebab dan penyebabnya.. tarasa seperti orang hilang punca.. serba tak kena dibuatnya. Mungkin merasa pilu atas masa yang berlalu.. terasa pilu mengenangkan bekalan untuk dibawa balik bertemu dengan-NYA sekiranya aku dijemput pulang pada saat ni, debaran yang dirasakan ini bila teringgatkan dosa yang menggunung.

Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kasih dan sayangnya masih memberikan kepadaku sedikit lagi kesempatan untuk bertapak dibumi-NYA, masih diberi ruang & peluang untuk memperbaiki diri dan Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat kesihatan untuk meneruskan usia yang berbaki ini agar sempat mencapai redha-MU.

Terima kasih Mak kerana melahirkan saya… 
Terima kasih ayah kerana bekorban membesarkan saya.. 
Terima kasih suami kerana menikahiku, kerana tidak jemu memimpinku, kerana sangat sabar dalam menjagaku.
Terima kasih abang kakak kerana mengambil berat tentang saya.. 
Terima kasih adik kerana meletakkan diri ini sebagai ‘kakak yg dikasihi’. 

Ya Allah, Ya Rahman,
hari ini hambaMu ini
Bersedia untuk dipanjangkan umur
bersedia untuk melakukan kebaikan
bersedia untuk menerima rezekiMu
bersedia untuk membuka pintu hati menerima cahayaMu ya Allah
HambaMu ini bersedia untuk menerima segala kehendakMu ya Allah

Oleh itu ya Allah,
HambaMu yang lemah ini mohon agar
Dikurniakan olehMu umur yang berkat
Diberikan petunjuk & kekuatan dalam melakukan kebaikan
Dipinjamkan ketabahan & kesabaran dalam mendepani setiap ujian kehidupan

Ya Allah.. banyaknya amanah dan tanggungjawab yang belum selesai.  Bantu aku Ya Allah, hambaMu ini ingin menjadi hamba Yang Taat, Hamba yang sentiasa membuat kebaikan, Hamba yang sentiasa dekat denganMu ya Allah. Hamba yang mengikut segala perintahMu dan yang meninggalkan segala laranganMu.

SuaraHati : "Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."