Allah
lebih tahu YANG TERBAIK untuk kita
YA ALLAH banyak sekali impianku...
namun dosa yang menggunung membuatkan hamba-MU malu
bermohon pada-MU YA RABB...
KAU amat suka hamba-MU yang berdoa pada-MU...
hamba kan terus memohon pada-MU moga kau meredhai
impianku sebagai perancangan yang telah KAU takdirkan untukku...
dan moga hamba sentiasa redha dengan suratan-MU
walaupun ia bercanggah dengan keinginku...
kerana KAU yang mencipta diriku...
pasti KAU lebih tahu YANG TERBAIK BUATKU...
Allah memberikan apa yang kita PERLU bukan yang kita
MAHU...
Ku mohon pada-MU YA RABB berikanlah aku yang terbaik
di antara yang terbaik buat diriku, agamaku, masa sekarang dan dimasa depanku, duniaku, dan
akhiratku..Aamiin...
♥ Jangan
bersedih pada
perkara yang Allah BELUM bagi. Sebaliknya, lihatlah pada apa yang TELAH Allah
bagi ♥
Betapa ramai insan yang hidup dalam kemurungan kerana
terlalu MAHUKAN yang tidak ada sehingga tidak MENGHARGAI apa yang telah ada.
Tidak salah mahukan sesuatu cuma jangan sampai lupa apa yang telah menjadi
milikmu.
Apapun situasimu wahai diri ... says ~ ALHAMDULILLAH ~
:)
No comments:
Post a Comment