Salam Ukhwah

Friday, October 8, 2010

Selamat Panjang Umur!!

Tajuk Majalah Solusi Isu 24 ni rasanya memang terkesan sangat pada hati & jiwa ini. "Selamat Panjang Umur" kerana bersempena Hari Ulangtahun Kelahiran diri ni yang kesekian tahunnya. pada 27 September yang lepas. Isu Solusi kali ni mengutarakan maksud "Panjang Umur" daripada perspektif yang berbeza. Selamat panjang umur beerti selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silturrahim, selamat menambah sedekah, selamat menambah rasa takut kepada Allah. Ya Itulah. Itulah maksud selamat panjang umur yang menjadi misi Solusi kali ini.

Setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran ucapan sewajarnya bukanlah “selamat panjang umur” tetapi “selamat pendek umur”. Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita.

Namun kematian bukanlah pengakhiran. Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – iaitu hidup di alam akhirat. Hidup disini (dunia) adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di sana (akhirat). Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.

Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti. Jika demikian apa ada pada umur? Umur hanyalah putaran ukuran pada putaran ukuran pada bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji (jam kecil). Umur itu relatif sifatnya. Tetapi ia tidak menjurus kepada perbahasan saintis tentang teori Relativiti masa oleh Einsten. Apa yang lebih penting panjang & pendek umur bukanlah pada kuantiti tetapi pada kualiti. Juga bukan pada ukuran zahir tetapi pada nilai maknawi.

Imam al-Nawawi, pendek umurnya tetapi “panjang” ilmu dan abadi jasanya. Imam Syaf’i, Imam al-Ghazali.. . tidak sempat pecen istilah orang sekarang, namun impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad. Begitu juga Umar Ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang dua tahun sahaja tapi keunggulannya mengatasi khalifah Ummayyah yang memerintah lebih lama darupadanya, sama ada yang sebelum atau selepasnya.

Oleh sebab itu, kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu dan jasa. Harta misalnya, boleh memanjangkan umur jika disedekahkan atau diwakafkan. Maka jadilah harta itu amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak juga boleh panjangka umur, yakni dengan menyambungkan silturrahim.

Rahsia kejayaan orang yang “panjang” umur itu ialah kesedaran mereka tentang tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan. Dan impaknya, dunia sentiasa kreatif dan inovatif dalam menambah amal kebaikan.

Salah satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid. Para sahabat Rasulullah panjang umur (dalam kebaikan dan pahala yang berterusan) kerana mereka sangat mecintai mati. Aneh, orang yang cintakan mati panjang umurnya. Manakala orang yang cinta hidup, pendek pula umurnya.

Rujukan : Solusi Isu 24 : m/s 6 (Pahrol Mohamad Juoi)

SuaraHati : Dikesempatan ini juga Ucapan Selamat "Panjang" Umur ini diucapkan kepada Sahabat Karib Puan Shawaliza Hj Ali yang akan tiba hari ulangtahun kelahirannya pada 11 Oktober ini. Syukur atas nikmat usia yang Allah anugerahkan.