Salam Ukhwah

Sunday, May 20, 2012

Selamat Hari Lahir Untuk "Noordin Ramli"



Selamat Hari Lahir – 21-05

Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kasih dan sayang-Nya mengizinkan sekian hari, dan sekian masa lagi untuk terus berada di bumi-NYA ini.  Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat suami yang dikasihi lagi dihormati Noordin bin Ramli.  

Syukur juga atas nikmat usia yang DIA pinjamkan buat suami tercinta.  Moga usia yang berbaki ini terus dikurniakan dengan nikmat kesihatan yang berpanjangan dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba kepada-NYA.  Moga dikurniakan waktu dan kesempatan lagi untuk terus mencari redha-NYA. 

Alhamdulillah syukur juga saya kehadrat Allah swt atas kurnianya, meletakan Noordin bin Ramli sebagai suami saya yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Terima kasih yang tak tehingga buat ‘Kanda’ atas segala kebaikan dan keperihatinan yang diberikan.

Hari ini 21-05-2012 

Walaupun tiada hadiah yang istimewa yang dihulurkan, namun kalau ada hadiah sekalipun rasa masih lagi tak setara dengan nilai ketenangakan dan kesenangan  serta kebersamaan kita dalam 1 ikatan yang sangat maknawi ini. Hanya doa untukmu tulus dari hati ni yang tak putus-putus dipanjatkan kehadrat Sang Penguasa langit dan bumi untuk memeliharamu dan menjagamu dari segala tipu daya syaitan dan manusia. Moga Allah dekatkan rezeki yang diusahakan, dan mohon dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang lebih padu dalam menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang telah ditentukan oleh-NYA. 

Ya Allah Ya Rohim.. rahmatilah rumahtangga kami dan kurniakankanlah kepada kami dari sisi-MU zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau jualah yang maha mengetahui segala kebaikan ke atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah jadikanlah suamiku ini sebagai anak yang soleh.

 SuaraHATI : I luv u so much



Wednesday, May 9, 2012

Buta dalam cahaya,Lupa masa bahagia



http://ibrahkehidupan.blogspot.com

Buta dalam cahaya, Lupa masa bahagia

Petikan dari salah satu Lagu Dato' Siti Nurhaliza,album Tahajud Cinta.

Manusia dan lupa itu semacam adik beradik.Walaupun manusia itu makhluk dan lupa itu kata sifat, tapi manusia itu sangat sinonim dengan lupa-lalai-tak ingat.

Selalu kita lupa Allah itu Tuhan kita bilamana kita selalu bergantung kepada yg lain tanpa kita sedari.

Selalu kita lupa bumi ini milik Allah waktu kita melakukan kerosakan atas mukabumi.

Selalu kita lupa,syurga itu wangi dan neraka itu panas,bilamana kita asyik membuat maksiat sehari-hari.Terlalu banyak dan menjadi kebiasaan sampai satu tahap anda tak perasan pun anda tengah buat maksiat.

Selalu kita lupa bahawa kita ini terlalu sedikit sumbangan dan amal sampai tak sedar-sebenarnya layakkah kita masuk syurga?

Kadang-kadang kita terlalu terpesona dengan kemewahan, lemas dalam nikmat dan keseronokan dunia yg semacam tiada batas.Kita sudah jadi macam seekor kelawar yg terbang disiang hari, menjadi buta kerana terlalu banyak cahaya.Sedangkan kelawar itu hebat makhluknya,dalam gelap-kelam pun mampu menyusur celah-celah ranting sempit di malam hari.

Manusia lagi hebat.Manusia ada akal.Kelawar ada naluri sahaja.Kelawar tidak pernah reti membaca suratkhabar Utusan mahupun Harakah,apatah lagi mengaji Quran.Sedangkan manusia hebat akalnya sampai mampu membina binaan hebat-hebat.

Tapi dalam bab dunia,ramai manusia tewas.Ramai manusia buta dalam cahaya.Ramai manusia tenggelam dalam nikmat.

Rasa-rasanya, tak banyak kelawar yang buta dalam cahaya. Kerana kelawar jarang keluar siang hari yg ada byk cahaya.Sgt luarbiasa jumpa kelawar merayau siang hari.Kerana kelawar tahu ia akan buta dalam cahaya.

Tapi manusia,walaupun dilengkapkan dengan akal, sangat ramai yg buta dalam cahaya.Lupa kala bahagia.Mudah tenggelam dalam nikmat-nikmat kesenangan.Dulu dikala dunia tidak semaju ini, walau susah menuntut ilmu, tapi masih ramai yang taat kepada perintah Tuhan.Tapi sekarang, walau ilmu hanya dihujung jari,semakin ramai yang tidak taat perintah tuhan.Manusia semakin sibuk dengan hal masing-masing.

Terlalu sibuk dengan keperluan sendiri.Terlalu serius dengan kerja dan kareer.Melampau dalam mengejar dunia.Ekstrem dalam mengejar wang dan harta.

Tidak salah sedikitpun serius dengan kerja dan kareer.Bukankah itu tanggungjawab anda sang pekerja?

Tidak salah sedikitpun mengejar dunia.Tapi akhirat anda letak dimana?

Tidak salah sedikitpun mengejar wang dan harta.Tapi sumbangan anda kearah menegakkan Islam sebanyak mana?

Anda kena ada matlamat, barulah anda tidak dibutakan dengan nikmat melampau.Kalau dulu, ramai usahawan melayu berusaha keras untuk berjaya sebab nak bayar zakat lagi banyak dan mahu menyumbang lebih banyak untuk masyarakat.

Tapi sekarang, semua orang mahu kaya untuk diri sendiri, malah golongan pendakwah pun meletakkan prioriti duit dalam gerak kerja. Apa sudah jadi dengan masyarakat sekarang.Kambing pun menggeleng kepala melihat keletah manusia.

Benarlah, dunia sudah terlalu tua.Manusia semakin susah untuk berubah. Alangkah takutnya kita yang berada dalam zaman ini. Selamatkah kita dengan api neraka?

Muhasabahlah diri masing-masing!

Wassalam.