Salam Ukhwah

Monday, December 17, 2012

Anugerah Itu

Lagi tentang A.N.A.K
 
Anak adalah anugerah dan hadiah daripada Allah ta’ala. Dan bukan kuasa kita untuk paksa Allah berikan anugerah itu kepada kita.  Segala yang berlaku adalah takdir daripada Allah. Kita diuji dengan ujian yang begini, disaat sahabat lain sedang sebok menguruskan persekolahan anak.. ada yang sedang pening yang sangat mencabar dengan karenah anak serta tak kurang juga ada sahabat yang merancang untuk berhenti beranak.. tetapi kita masih lagi berusaha dan usaha untuk memperolehi anak.

Selalunya pasangan-pasangan merasa kecewa dan tertekan kerana mereka merasa malu bila disebut orang sebagai "tidak punya anak", wahai diriku dan dirimu hentikan perasaan malu tu.. mari kita tanya diri kita sendiri… “malu ngan siapa??”  Malu dengan manusia??  Hanya kerana kita belum ada anak? Ruginya kita kerana asyik fikirkan apa orang lain kata.. dan apa orang lain fikir.

Lumrah kan soalan seperti ini sentiasa ada di sekeliling kita.

Kalau belum khawin orang akan tanya.. “bila nak kawin.?”

Dah khawin org tanya lagi “bila nak ada anak”

Dah ada anak sorang soalan akan ada lagi “bila nak tambah lagi”

Dan kalau dah anak ramai dan dah besar-besar maka akan tanya lain plak… “bila nak bemenantu?”

Bila dah ada menantu.. tanya pulak lagi “bila nak ada cucu”

Dan akan terus bertanya dan bertanya… 

Memang selagi namanya ‘orang’ mereka aseklah bertanya…  soalan yang ditanyakan tu kalau berbentuk dorongan atau kata semangat alangkah untungnya, tetapi kadang-kadang soalan-soalan itu datang dalam bentuk duri menikam dan panahan yang sangat tajam.

Itulah kelemahan antara kita nih.. boleh tak kita nih jangan sibuk hal orang.. tanya yang bukan-bukan tanpa kita sedar semua pertanyaan tu kadang=kadang menjadikan orang lain ‘makan hati’
Kan cantik kalau apa yg Allah bagi tuh kita terima saja dengan hati yang terbuka. Kalau kita tak suka kata orang in sha allah orang tak suka kata kita. Adakah dengan sesetengah yang tidak mengandung itu memang mereka memilih untuk tidak mengandung?  atau adakah semua orang yang tidak punya zuriat itu disebabkan mereka malas berusaha?? Malas berdoa? Dan berhenti berharap? Marilah kita sentiasa bersangka baik pada Allah… tiap-tiap yang telah DIA takdirkan untuk kita adalah sebaik-baik untuk kita. Yakinlah Allah tidak sama sekali menzalimi hamba-NYA melainkan hamba-NYA yang menzalimi dirinya sendiri.

Mungkin akan ada soalan-soalan begini.

Bila dapat anak?? 

moga kita ada kekuatan untuk memberi jawapan dengan nada yang ceria.

"In sha allah akan datang".. 

in shaa allah akan datang. tiba gak masanya nanti cuma tak tahu bila..

semua DIA punya kerja dan semunya dari DIA yang maha PEMBERI. 

Setiap usaha yang kita dah buat dan duit yang kita telah belanjakan dalam usaha ini,  semua tu Allah bagi pahala. Sabarnya kita menanti dan menunggu kehadiran anak juga Allah janji pahala itu untuk kita.

Tapi satu persoalan penting yang perlu kita tanya dalam diri kita adalah

“kenapa kita nak anak tuh..?”

Adakah sebab kita nak anak kerana kita malu kata dek orang kita tak beranak? atau kita rasa tercabar apabila diusik oleh rakan-rakan. 

Mari kita semak balik diri kita..

adakah disebabkan orang? 

Kalau sebab orang jawapanya adalah sia-sialah usaha kita, tetapi kalau kita niatkan dapat anak ni sebagai pencen kubur iaitu anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kita nanti. Maka kita perlu berazam untuk melaksanakan tugas dan amanah mendidik anak untuk menjadikan anak yg soleh dan solehah sebagai jaminan pencen kubur kelak. Kemudian kalau kita ada anak nanti tetapi tak ada niat langsung untuk mendidik tiap-tiap  anak menjadi anak yg soleh dan mosleh maka merugilah kita. Soalnya sejauh mana kemampuan kita untuk menerima amanah yang berat ini.. Allah lebih tahu sama ada kita mampu atau sebaliknya.

Ramai lagi pasangan yang kat luar sana.. walaupun dah 10thn berkahwin dan ada yang dah 15 tahun berumahtangga  tapi Allah izin mereka belum ada anak namun mereka tetap bahagia dan ceria kerana mereka saling menghargai antara satu sama lain. 

Kalau kita perhatikan pencen kubur kita ada 3 perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat. Walaupun kita belum tentu dapat anak tapi kita dah tentu boleh bersedekah jariah dan kita masih punya ruang dan peluang dalam memberi ilmu yang bermanfaat walaupun hanya sepatah ayat. Of course Allah Maha Pemurah, Allah Maha Penyayang dan Maha Adil. Tidak ada seorang pun antara kita yang Allah tidak bagi peluang untuk mendapat bekalan apabila kita di alam barzakh nanti. Yakinlahhh wahai diriku dan dirimu

note: dalam gambar yg atas  tu kami cuma menumpang pangku baby orang lain.. mudah-mudahan dapat amik berkat sikit.

SuaraHati : Moga Allah menyatu eratkan hati kita dalam mendepani ujian dari Yang Maha Satu ini.