Salam Ukhwah

Tuesday, May 26, 2009

Mak Ayah

Entah nape... tetiba teringat sangat-sangat pada mak ayah time ni.. tadi try call dorang kejab, dapatlaa dengar suara ceria ayah yang menyambut panggilan telefon.. mak tengah sibuk didapur. Mungkin mak ayah setiap hari tertunggu-tunggu pangilan telefon daripada anak-anak nya. Maklumla dah tinggal berdua aje.. pasti ada masanya mereka terasa aga sunyi dan rindu yang mencengkam di jiwa.

Ya ALLAH rahmatilah kalian... Peliharalah akan kalian berdua..

"Mampukah kita menggantikan ibu dan ayah kita dengan sesuatu nilai seperti wang ringgit dan sebagainya ? Tentu tidak kerana Ayah dan Ibu adalah permata yang tidak ternilaikan oleh kita" so jom kita seru pada diri kita... Bahagiakan Mereka Hingga ke Hujung Usia..



"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Renungan Buat Para Isteri

















Untuk isteri..
renungkanlah...
Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahsia..
suami yang kamu nikahi tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim..
pun tidak setabah Ayyub..
ataupun segagah Musa..
apalagi setampan Yusuf..
justeru suamimu hanyalah jejaka akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh.
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama..
suami menjadi pelindung kamu menjadi penghuninya..
suami adalah nakhoda kapal kamu navigatornya..
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya..
saat suami menjadi raja kamu nikmat anggur singgahsananya..
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya..
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatinya.
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita perlunya iman dan taqwa..
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki suami yang taksegagah mana..
justeru kamu akan tersentak dari alpa..
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga..
pun bukanlah Hajar yang begitu setia didalam sengsara..
cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...
amin... Ya Allah jadikanlah keluargaku sakinah mawaddah warohmah dan hindarkanlah kami dari siksa narMu. Amiin.

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Muhasabah Diri

Pesanan buat diri sendiri..

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu. Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan? Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.] Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan.

Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan ! Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan ! Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan. Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Pendekatan Islam Dalam Pendidikan Anak-anak


Tip-tip di bawah dikongsi bersama oleh Ibu Zarah yang mempunyai pengetahuan luas di dalam pendidikan awal kanak-kanak.

1. Mendidik mestilah dengan aqidah :
(a) Kenalkan Allah sejak anak kecil lagi.
(b) Tanamkan rasa sayang pada Allah.
(c) Tanamkan rasa syukur atas nikmat Allah.
(d) Tanamkan sifat taqwa kepada Allah.
(e) Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan oleh anak.
**********************
2. Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas :
(a) Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
(b) Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
(c) Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.
(d) Pamerkan sayang dan kasih pada mereka.
(e) Jangan sorok/simpan kasih dan sayang itu.
**********************
3. Mendidik mesti ada matlamat :
(a) Kemana nak diarahkan anak kita/murid.
(b) Budaya apa nak diterapkan dalam keluarga/sekolah.
(c) Sistem apa nak dipakai dalam keluarga/sekolah.
**********************
4. Mendidik mesti senada, seirama :
(a) Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
(b) Kalau guru suruh tutup aurat, ibu pun kata begitu.
(c) Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.
**********************
5. Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh :
(a) Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat dulu.
(b) Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
(c) Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
(d) Suruh/’Cakap serupa bikin’.
**********************
6. Mendidik mesti dengan sabar :
(a) Sabar dengan kerenah mereka.
(b) Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
(c) Sabar dalam memberi tunjuk ajar, bukan beranggapan mereka tahu semua.
**********************
7. Mendidik mesti dengan disiplin :
(a) Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat.
(b) Budayakan meminta izin sebelum keluar ke mana-mana supaya mereka tidak bebas sesuka hati nak ke mana,balik pukul berapa, dengan siapa.
(c) Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenal kawan mereka.
(d) Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak di sekolah.
(e) Hadir program yang diatur oleh sekolah.
**********************
8. Mendidik mesti dengan cara yang betul :
(a) Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil.
(b) Mendidik anak lelaki amat berbeza dengan mendidik anak perempuan.
(c) Kenal pasti perdekatan/didikan kepada anak sulung, anak kedua dan anak bongsu.
(d) Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil.
(e) Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan.
(f) Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual di pasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat.
(g) Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal.
(h) Ibu bapa pastikan tidak berhutang dengan pihak sekolah agar ilmu yang diajar berkat.
(i) Guru haruslah amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
**********************
9. Mendidik mesti dengan doa :
(a) Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran.
(b) Doakan kejayaan anak/murid.
(c) Doakan kesejahteraan semua. Ibu bapa doakan guru, guru doakan ibubapa.
(d) Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.
**********************
Dikongsi bersama oleh:
Hjh. Zaharah binti AwangTimbalan PengerusiPersatuan Tadika Islam Malaysia


"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Tuesday, May 12, 2009

Terimalah Ibadahku

(Gambar Hiasan(Budak-budak baru nak belajar solat)


Setiap kali sujud, pasti akan terlintas di hati... 'Ya Allah, terimalah ibadahku'..

Kenapa?

Apalah ertinya solat beribu rakaat....kalau tidak diterima?

Apalah ertinya berlapar berpuasa beratus hari....kalau tidak diterima?

Apalah ertinya berbelanja wang dan harta, berlapar dan dahaga, sakit tubuh badan, berpisah dengan keluarga ketika menunaikan haji...kalau tidak diterima?

Apalah ertinya berjam-jam membaca Al-Quran dan berzikir...kalau tidak diterima?

Apalah ertinya bersusah payah menuntut ilmu dan belajar agama...kalau tidak diterima?

Apalah ertinya segala amalan hati....lisan....tubuh badan....kalau tidak diterima oleh Allah SWT?


Jawapannya - tiada ertinya...tiada apa-apa hasilnya di akhirat....muflis....Sedarlah wahai diriku betapa pentingnya 'Penerimaan' dalam ibadah....Mohonlah kepada Allah SWT...agar diterima semua ibadah kita...Bantulah diri kita dengan mempelajari ilmu agama agar ibadah kita diterima oleh Allah SWT...


Ya Allah...terimalah ibadah hambaMu yang penuh dengan dosa ini...Tanpa penerimaanMu, siapalah diriku ini....tiada kelebihan di dunia apatah lagi di akhirat nanti...Aku bukan Nabi dan Rasul...bukan juga keluarga mereka...Aku bukan sahabat NabiMu....bukan juga rakan mereka...Aku bukan alim..aku bukan abid....Aku mohon penerimaanMu...terimalah ibadahku...


"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Monday, May 11, 2009

Tanda-Tanda Takut yang Sebenar

Oleh Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Ada empat tanda-tanda takut yang sebenarnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

Pertama: Keadaan yang nampak dan yang tersembunyi adalah sama. Sehingga yang nampak, tidak kelihatan lebih baik dari yang tersembunyi.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, bahawasanya Rasulullah (saw), bersabda:
Allah Subhanahu Wa Ta’ala befirman (dalam hadith Qudsi): “Akan wujud beberapa kaum yang berpura-pura dalam kekhusyu’an, mereka memakai kulit-kulit domba halus di hadapan manusia (berpura-pura), lidah-lidah mereka lebih manis daripada madu, hati-hati mereka lebih pahit daripada tanaman sejenis jadam (rasanya sangat pahit), maka atas nama-Ku, Aku bersumpah untuk menurunkan fitnah dan cubaan yang menjadikan orang yang lembut menjadi gundah. Apakah mereka hendak menipu-Ku ataukah mereka berani kepada-Ku?” (At-Tirmidzi, no. 2404 dari Abu Hurairah dan no. 2405 daru Ibnu Umar. Lihat Al-Misykat no. 5323, 2354 dan Targhib wat-Tarhib, no.41)
Kita berlindung kepada Allah daripada keadaan zahir kita yang bagus, sementara batin kita sangat buruk dan keji.
Kedua: Hendaklah seorang hamba itu jujur dengan Allah, sama ada dalam pembicaraan, tindakan mahupun perbuatannya. Jadi, kejujuran tidak hanya dalam pembicaraan sahaja. Para ulama’ mengatakan, kejujuran itu ada tiga tingkatan:
Jujur dalam keadaan.
Jujur dalam perkataan.
Dan jujur dalam perbuatan.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi daripada Syafi Al-Ashbuhi (ra), dia berkata:
“Saya mendatangi Abu Hurairah (ra) ketika dia berada di dalam masjid Rasulullah (saw) di Madinah. Saya berkata: “Wahai Abu Hurairah, demi Allah, saya memohon kepada tuan untuk menceritakan sebuah hadith yang tuan dengar daripada Rasulullah (saw) kepadaku.” Abu Hurairah (ra) mengatakan: “Demi Allah, saya akan menceritakan sebuah hadith yang saya dengar daripada Rasulullah (saw),” tiba-tiba dia menangis dengan tersedu-sedu, sehingga dia tidak sedarkan diri. Selepas dia sedar kembali, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah (saw) bersabda: “Sesungguhnya golongan yang pertama kali dibakar dengan api neraka pada hari qiamat nanti ada tiga orang.” Rasulullah (saw) menyebutkan tiga golongan manusia ini, iaitu; seorang alim atau yang membaca Al-Quran, seorang pedagang dan seorang mujahid. Mereka semua melakukan pekerjaan dengan riya‘ dan sum’ah, tidak ikhlas kerana Allah. Allah akan memasukkan mereka terlebih dahulu ke dalam api neraka sebelum yang lainnya.”
Syafi Al-Ashbuhi berkata: “Ketika saya berjumpa dengan Mu’awiyyah, beliau menyampaikan hadith ini kepada saya, sedangkan beliau masih berada di atas singgahsana kekhalifahannya. Akhirnya, dia jatuh tersungkur ke bumi sambil menangis dan berkata:
Maha Benar Allah yang berfirman:
“Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan (maksudnya: apa yang mereka usahakan di dunia itu tidak ada pahalanya di akhirat).” (Hud: 15-16)
Ketiga: Menyesali perbuatan-perbuatan yang buruk dan bergembira terhadap perbuatan-perbuatan yang baik.

Pada suatu hari, Umar bin Al-Khattab (ra) berpesan kepada tentera kaum Muslimin yang akan berangkat ke medan perang. Beliau berkata: “Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang gembira dengan kebaikannya dan menyesal dengan kejahatannya, maka dialah orang yang beriman.”
Apabila kamu bersedekah, atau kamu sembahyang dua raka’at, atau kamu mengingati Allah Subhanahu wa Ta’ala sebanyak-banyaknya, lalu sanubarimu merasa lapang, jiwamu terasa tenang, maka ketahuilah bahawa kamu adalah orang yang beriman. Begitu juga apabila kamu menyesal dan bersedih terhadap kemaksiatan dan dosa-dosamu kepada Allah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji (dosa besar yang mudharatnya menimpa orang lain juga, seperti zina dan riba’) atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali-’Imran: 135-136)
Keempat: Hendaklah hari ini lebih baik bagimu daripada hari kelmarin. Dan hari esok lebih baik bagimu daripada hari ini.

Sesiapa yang ibadahnya semakin meningkat, maka ini adalah ciri-ciri kejujuran dan takut kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan sesiapa yang hari kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dan hari ini lebih baik daripada hari esoknya, maka dia hanya berjalan mundur ke belakang. Sementara ibadahnya sudah dicampuri kebohongan. Oleh kerana itulah, kita mesti jujur kepada Allah dengan takut yang sebenar-sebenarnya kepada-Nya.

Ibmu Taimiyah berkata: “Definisi takut adalah segala hal yang dapat mencegahmu dari perbuatan maksiat. Sedang apa yang melebihi batasan itu tidaklah diperlukan.” Sebahagian ulama’ mengatakan: “Makna takut kepada Allah, iaitu apabila kamu duduk sendirian, kamu menyedari seolah-olah Allah memperhati semua makhluk-Nya dari atas singgahsana-Nya.”

Salah seorang salafus soleh mengatakan: “Takut adalah beranggapan bahawa kamu akan dilahap api neraka Jahannam, atau seolah-olah kamu tiada berdaya, bahkan tidak mampu mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah.” Sementara yang lain mengatakan: “Takut kepada Allah adalah kamu merasa malu kepada Allah, seolah-olah semua amal perbuatanmu tertolak dan dikembalikan kepadamu.
Hal ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“…sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Mai’dah: 27) Abdullah bin Umar bin Al-Khattab (ra) berkata: “Demi Allah, saya sangat berharap semoga Allah menerima sebesar bji zarah sahaja daripada amalanku.” Mereka bertanya: “Mengapa?” Abdullah bin Umar (ra) berkata: “Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Demi Keagungan dan KemuliaanKu, sesungguhnya Aku tidak menerimanya daripadamu.”
Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“…dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang belum pernah mereka perkirakan.” (Az-Zumar: 47)
Pada awalnya, kebanyakan orang beranggapan bahawa amalan-amalan mereka berbentuk amal soleh, tetapi di dalamnya penuh dengan kemunafiqan, riya’ dan sum’ah. Akhirnya semua amalan amalan itu dikembalikan dan dipukulkan ke wajah-wajah mereka. Kerana Allah tidak akan menerima amalan-amalan seorang hamba, melainkan dengan keikhlasan semata-mata kepada-Nya dan benar-benar sesuai dengan sunnah (ajaran) Rasulullah (saw).
Semoga salawat dan salam tetap dicurahkan kepada baginda Nabi Muhammad (saw) dan semua keluarganya serta para sahabatnya sekelian.

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"