Salam Ukhwah

Wednesday, July 29, 2009

Rahmat Disebalik Dugaan


Dipetik hasil tulisan : OLEH Majlis Mahasiswa Yarmouk


Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah memasukkan ahli Syurga ke dalam Syurga dan ahli Neraka ke dalam Neraka, kemudian seorang penyeru yang berdiri di antara mereka akan berkata: Wahai ahli Syurga! Kamu tidak akan mati. Wahai ahli Neraka! Kamu juga tidak akan mati, masing-masing kekal di tempat mereka.
Maksud Firman Allah SWT

Iaitu orang2 yang apabila di timpa musibah mereka mengucapkan : "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka ialah orang2 yang mendapat petunjuk
al Baqarah : 156 – 157

Izinkan kalam ana berbicara...insyaAllah...


Dunia, suatu destinasi indah, indah dengan nikmat dan rahmatNya. Ramai sekali yang betul2 menghayati keindahan dunia dengan se'optimum' mungkin. Kenapa tidak mahu menikmati keindahan dunia sedangkan ia memang disediakan untuk kita menikmatinya?...sedar atau tidak, CARA menikmati itu yang berbeza beza mengikut rentak dan personaliti diri, cara yang haq kah?...atau cara yang batil?...ana tinggalkan persoalan itu.

Dengan nikmat dan rahmat dariNya yang melimpah ruah, adakala membuat manusia alpa, yang ujian dan dugaan dariNya juga pasti tiba. Perlu kita sedar, sedarlah se awal mungkin akan hakikat ini agar tidak tersentak dikemudian hari. Pastinya dengan persedian itu akan membuat kita lebih memahami konsep musibah, ujian dan dugaan ini.

Tiada siapa yang mampu lari dari hakikat ini, ana sendiri, pastinya...PASTI!... kesedian itulah yang akan membantu kita, insyaAllah. Ramai dikalangan kita bila ditimpa musibah, akan merasakan bahawa merekalah yang paling malang, paling berdukacita dan bila ditanya dan dinasihati, jawapannya.."kamu tak rasa apa yang aku rasa"...itulah jawapan kebiasaan yang kita dengar...ialah...dia saja yang faham. Biarlah jika dia seorang saja yang rasa...ana tak mahu memanjangkan soal itu. Apa yang ana mahu cetuskan adalah kesedian menghadapi musibah. Kuatkan iman dan teguhkannya, yakinlah apa yang datang itu adalah peringatan dariNya.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :

"Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya (dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya"(HR Bukhari & Muslim)

Redhalah dengan musibah yang mendatang, hargainya sebagai tarbiyah dari Allah dan berusalah kearah yang lebih baik kerana itulah yang sepatutnya bagi setiap dari kita, bukan mengeluh sehari hari, berputus asa, dan membuang masa...ya Allah...permudahkanlah urusan kami!

Pastinya setiap dugaan yang mendatangi diri disertai dengan hikmah dan rahmat dariNya, cuma ada yang dapat melihat hikmah dan rahmat itu sedangkan ada pula yang tidak berkemampuan melihatnya dengan jelas bahkan tidak nampak langsung!. Bagaimana untuk melihat semua itu?...lihatlah dengan mata hati, ramai yang hanya mengunakan mata zahir yang dua itu, tapi tidak ramai yang mahu melihat dengan mata hati kurniaan ilahi.

Gunakanlah mata hati kurniaan Yang Maha Kuasa itu, lihatlah sedalam dalamnya kedalam diri, tadabbur segala musibah yang berlaku, puncakkan semaksima mungkin pengertian diri, teruskan...teruskan...dan teruskan...pastinya kita akan dapat melihat keindahan disebalik kegusaran...insyaAllah

Bila menceritakan soal musibah pastinya banyak kisah2 tauladan yang boleh kita jadikan tauladan, antara mahu atau tidak sahaja. Satu darinya, ingatkah dengan kisah Ummu salamah yang terlalu bersedih hati dengan kematian Abu Salamah, merasakan itu puncak kesedihannnya...hinggalah suatu ketika dia sedar dari kesedihan itu dan mula bertanya siapakah yang lebih baik dari Abu Salamah. Akhirnya apa yang Ummu Salamah dapat?...Rasulullah SAW sendiri datang meminang, dan apa lagi yang lebih bahagia ketika itu?...subhanallah!

Janganlah terlalu melayani kehendak sedih itu, tapi cubalah bermujahadah mengingatkan akan hikmahnya, InsyaAllah

Abdul Aziz bin Abu Rowwad pernah berkata ada 3 perkara yang menjadi gudang2 syurga iaitu :
1. Menyembunyikan perasaan duka ketika ditimpa musibah
2. Menyembunyikan penyakit
3. Menyembunyikan sedekah

Sebahagian ulama' salaf pula pernah berkata ada 3 perkara yang dengannya akan diuji akal manusia :

1. Dengan harta yang melimpah ruah
2. Dengan diturunkan musibah
3. Dengan pangkat dan kekuasaan

Setiap kali ditimpa musibah, janganlah mengeluh ngeluh tetapi ucapkanlah istirja', sesuai dengan

Hadith Rasulullah SAW yang maksudnya :

" Barangsiapa yang pernah ditinpa musibah lalu ia ingat akan musibah itu serta memperbaharui ucapan istirja itu walaupun telah berlalu masanya, maka Allah akan mengurniakan pahala kepadanya sebesar pahala disaat ia ditimpa musibah saat itu" (HR Ibnu Majah)

Hanya sebagai ingatan, istirja' itu adalah innalillahi wainnailaihi roji'un

Yang mana 1 kita??

5 Kelompok :-

Sedang saya leka duk baca buku yang baru beli tuh..... terbaca m/s 28, 1 ilmu baru yang saya tak pernah tahu sebelum ini (betapala diri ni daifnya dengan ilmu) bahawa kita ni ada 5 kriteria dalam batasan-batasan solat.

Ia meliputi muaqqib (pengintai), muhasib (penghitung), mukaffar’anhu (penerima ampunan), mutsab (penerima pahala), muqarrab min Rabbihi (peraih kedekatan dengan TUHAN). 5 kelompok solat ini menunjukan golongan manusia yang mendirikan solat. Ada yang merasakan solat itu hanya sebagai aktiviti yang sama sekali tidak bernilai, ada yang solat hanya mengikut orang lain, ada yang mengerjakan solat dengan berat hati dan sebagainya. 5 kelompok itu adalah seperti berikut:-

  • Muaqqib (pengintai) : Mereka yang termasuk dalam kelompok ini adalah yang menganiaya diri sendiri kerana solatnya selalu kekurangan, baik dalam wuduknya, perlaksanaan solatnya mahupun rukun-rukunnya.
  • Muhasib (penghitung) : Mereka termasuk dalam kelompok ini adalah orang yang mampu menyepurnakan wuduknya serta memerhatikan tertib solat dan rukun-rukunya. Namun, mereka tidak mampu menguasainya hati untuk khusuk mengahadap ALLAH.
  • Mukaffar’anhu (penerima ampunan) : Mereka yang mampu memperhatikan tatatertib, rukun-rukun dan perlaksanaannya, baik dalam wuduk mahupun solatnya. Disamping itu mereka selalu berjuang menguasai hati supaya khusyuk menghadap ALLAH dan berusaha melawan nafsu.
  • Mutsab (penerima pahala) : Kelompok yang mampu menyempurnakan segala kewajipan, rukun-rukun dan hatinya sibuk menjaga solatnya daripada lalai. Seluruh potensi yang ada dikerah bagi mendapat solat yang sempurna.
  • Muqarrab min Rabbihi (peraih kedekatan dengan TUHAN) : Kelompok ini sama dengan kolompok di peringkat Mutsab ditambah dengan usaha menempatkan diri dihadapan ALLAH yang maha agung. Mereka selalu muraqabbah dan muhabbah kepadanya seadakan-akan mereka melihat ALLAH secara langsung dan hadir di hadapan ALLAH secara nyata. Mereka mampu mengendalikan hati hingga mereka sentiasa kusyuk mengerjakan solat. Kolompok ini berada dalam tahap yang sangat istimewa.

Agak-agaknya dalam kelompok manakah kita berada ek??? Saya insafi diri sendiri... Ya ALLAH bimbinglah hati-hati kami..

Apa yang penting kita perlu perbaiki segala kekurangan dari masa ke semasa. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh-NYA

Tuesday, July 28, 2009

Tirai Rahsia ALLAH

Dipetik dari dari tulisan : Muhammad Mokhtar
Rezeki, jodoh dan mati adalah sebahagian daripada rahsia ALLAH. Namun daripada ketiga-tiga rahsia ini, ada dua rahsia yang perlu manusia cari bagi menampung kehidupan. Seterusnya manusia dapat hidup bahagia di dunia ini dan dengan itu mampu pula memperolehi kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Setiap manusia perlu mencari rezki kerana manusia memerlukan makan, minum dan keperluan-keperluan lain. Manusia juga perlu mencari jodoh bagi memenuhi keperluan biologi, kasih sayang dan keturunan yang berterusan.


Ramai antara kita yang memandang rezeki hanya daripada segi material seperti duit, rumah dan kenderaan. Oleh itu, ramai yang salah faham dalam hal ini dan mereka hanya terdorong oleh keinginan yang meterialistik sahaja. Padahal, rezeki itu tidak semestinya bersifat kebendaan semata-mata. Rezeki adalah sega sesuatu yang boleh kita makan, pakai dan nikmati. Bahkan, semua perkara yang ALLAH anugerahkan kepada kita adalah rezeki. Dengan kata lain, rezeki merangkumi duit, pekerjaan, rumah, kenderaan, makanan, anak yang soleh, isteri yang soleh, nikmat kesihatan, ketenangan jiwa, ilmu pengetahuan dan segala sesuatu yang dapat kita nikmati dan membawa manfaat bagi diri kita dan orang lain.

Setiap orang pasti menginginkan hidup yang sejahtera dan makmur, mahu dimudahkan rezeki, mempunyai harta yang melimpah, isteri yang cantik, anak yang soleh dan hidup yang serba cukup tanpa ada kekurangan. Sebaliknya tidak ada orang yang mahu hidup susah & sempit. Walaupun dekimia kita tidak dapat memungkiri dan tidak mampu membantah, kerana manusia di dunia ini mempunyai tahap keuntungan dan rezki yang berbeza-beza.


“ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakinya di antara hamba-hambanya dan dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Ankabut:62)

Begitulah warna-warni kehidupan. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang susah mencari rezeki dan ada yang mudah sangat. Contohnya dalam satu majlis konvokasyen dia sesebuah universiti, ramai pelajar terus mendapat pekerjaan dan ada juga yang menganggur dan susah mendapat pekerjaan, walaupung masing-masing mendapat ijazah yang sama tarafnya, namun rezeki mereka berbeza.

Kita juga mungkin pernah melihat orang yang bekerja keras setiap hari membanting tulang empat kerat, bersengkang mata tetapi kehidupannya tetap begitu sahaja tanpa perubahan yang bererti.

Inilah yang dimaksudkan dengan TIRAI RAHSIA ALLAH. Dalam hal ini, manusia perlu mencari rezki dengan berikhtiar. Ikhtiar itu pula mencakupi dua aspek iaitu lahir dan batin. Kedua-duanya perlu seimbang . Ikhtiar lahir bermaksud kita melakukan pekerjaaan manakala batinnya pula adalah mengerjakan solat sunat duha di samping solat wajib yang sememangnya wajib bagi kita mengerjakannya, berfikiran optimis, berprasangka baik dan kemudian tawakkal kepada ALLAH.. InsyaALLAH…

Jalan-jalan dpt BUKU

Window Shoping

Petang tadi, ada sikit masa terluang maka menggunakan kesempatan yang ada melawat bangunan sebalah pejabat ini (Library). Sebenarnya daripada semalam hajat nak gi menjengah menengok-nengok kot-kot ada yang berkenan dihati, tapi tak nyempat-nyempat. Maka hari ni tertunailah sudah untuk melawat Pesta Buku Perpustakaan UMP dan hari ini jugalah buat pertama kalinya kaki nih masuk ke ruang bangunan Perpustakaan... itulah nak ceritanya punyalah teruk diri ini, walaupun duduk sebelah tapi tak penah masuk bangunan yang kaya dengan sumber ilmu itu. Pusing punya pusing, belik punya belik tertariklah hati ni nak beli 1 buku yang dirasakan menarik untuk dibaca dalam usaha untuk memaksa diri serta membiasakan diri untuk melalukan seperti saranan buku ini.

Saya baru baca dia punya mukaddimah.. ternyata buku ini sangat membantu dan memotivasikan seseorang untuk lebih menjadi minat melakukan SOLAT DUHA. "memang saya kena paksa diri menjadi istiqamah untuk melaksanakannya - dalam hati"

Bagi kita yang berada dalam kesusahan dan kebimbangan akibat teperangkap dalam kemiskinan solat duha dapat membantunya. Apabila dia melaksanakan solat wajib dan solat sunat khususnya solat duha dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, InsyaALLAH, ALLAH akan mengubah hidupnya daripada susah menjadi mudah.


So, InsyaALLAH saya akan habiskan baca buku ini mintak-mintak habis baca nanti akan terkesanlah dihati dan punya kesedaran untuk merebut peluang ini.

Wednesday, July 22, 2009

Bila TERASA


Bila terasa diri di awasi TUHAN... rasa berdosa tiap waktu.. gerun, takut dan segala macam rasa. Ya ALLAH.. Janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah ENGKAU beri petunjuk kepada kami.. dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi ENKAU; kerana sesungguhnya ENGKAUlah Maha Pemberi (Kurnia)

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Tuesday, July 21, 2009

PTK.. oh PTK...

PTK... (Penilaian Tahap Kecekapan)
Selasa:21/07/2009
Semalam bercuti pagi nih masuk office tengok atas meja ada surat... wau suspen lah jugak dengan surat tu.. buka punya buka, rupanya surat PTK...
alamak!!!!! aku ada PTK ke hari ni??
Camne boleh terlepas pandang pulak nih??
Camna nak menjawab sedangkan study pun tidak.
Itulah akibatnya terlepas pandang... salah sendiri kan... what to do.
Jadi, oleh kerana nama dah naik untuk PTK sepertimana sendiri yang mohon maka pergilah meneruskan perjuanganku itu. Takde persedian langsung cuma berbekalkan pensil 2B dan getah pemadam sahaja.
PTK kali nih ikut format baru, jauh beza dengan format yang lepas-lepas. Sesi pertama kena jawab soalan objektif, sesi ke-2 ada LDK dan sesi ke-3 kena pulak sekali lagi melalui proses interview, bab yang ni macam ada stress sket.
Diakhir sesi tuh, sendiri berkata : tahun depan harap-harap bukan lagi muka aku kat dalam dewan nih.
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Tuesday, July 14, 2009

Bersangka Baikla Kita

Bersangka baik adalah rahsia kerukunan hidup kita dalam sekecil-kecil intitusi keluarga sehingga dunia secara keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh Islam. Rasulullah SAW sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.

"Bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan."

"Bersangka baik juga dapat membantu membentuk jiwa ’salamah’ (sejahtera) dalam diri kita dan rakan-rakan disekeliling kita."
Sekiranya semua orang bersangka baik sesama sendiri, ternyata kerukunan itu akan lebih mudah dibentuk. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya ( Aristotle )

Apatah lagi sebagai seorang yang memikul tugas sebagai pendakwah, sepatutnya yang timbul di fikiran tatkala melihat mad’u seharusnya bukanlah yang negatif, sebaliknya datang simpati kepada si dia. Simpati kerana dia belum menerima hidayah dan kefahaman.

Pendakwah tugasnya bukan menghukum itu dan ini. Namun hukuman itulah yang sering dijaja ke sana sini. Bila kita ingin mendekati seseorang, secara tidak sedar, kita mula melabel. Yang tidak bertudung terus dilabel ‘teruk’. Yang saban hari menonton tv atau bermainan permainan video dirasakan ‘buang masa sahaja!’. Yang bercinta terus-terus dihukum ‘masih berakhlak jahiliyyah!’

Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)

Kita mungkin terpilih untuk menerima hidayah Allah lebih awal daripada mereka. Jika kita mula mencaci mereka samalah dengan kita tidak mengakui bahawa hidayah ALLAH itu milik semua. Seolah-olah kita menidakkan atas kuasa Allah lah seseorang itu diberi hidayah.
Siapa yang mampu memastikan jika hari ini kita mampu berbangga mendabik dada dengan ‘fatwa’ pelbagai gaya, esok lusa kita akan masih begitu? Nauzubillah jika Allah merentap kembali hidayah-Nya.

Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)

Tiada salahnya jika kita berfikiran positif dengan mad’u sebegitu. Dari segi psikologi juga, apabila kita meletakkan sangkaan yang negatif, maka kita hanya akan menumpukan kepada perkara yang negatif sahaja. Jika fikiran sentiasa negatif, bilakah dakwah kita akan menjadi positif?

Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut. Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.

Mungkinkah sangka buruk tersebut menyebabkan timbulnya persengketaan?
Atau menyebabkan permusuhan?
Atau mungkin menimbulkan rasa benci di hati?
Berfikirlah sebagai da’ie, bukan sebagai mufti!
Wallahualam…
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Cintailah Pasangan Seadanya Dia


Pesanan buat diri sendiri terlebih dahulu...

1.Terimalah apa adanya ia
Pernikahan adalah menyatukan dua keluarga besar yang berbeza suku, dan budaya dan budaya serta pola asuhan yang diterapkan pada keluarga masing-masing. Tentu saja tidak mudah merubah karakter / peel yang telah melekat pada pasangan hidup kita. Namun Insya ALLAH dengan ikut tarbiyah, tentu saja perlahan-perlahan kita berusaha untuk menjadi pribadi yang kaffah. Jangan pernah sekali-kali menbandingkan pasangan hidup kita dengan pasangan hidup teman kita yang lain. Yakinlah bahwa Allah pasti memberikan jodoh yang sekufu untuk kita. Bukankah Allah tidak pernah mengingkari janji-janji-NYA?

2. Pandai bersyukur atas anugerah suami yang shalih
Alhamdulillah kita harus bersyukur pada ALLAH s.w.t, yang telah memberikan anugerah terindah dalam hidup kita iaitu seorang ikhwan yang sevisi dan semisi dalam mengharungi rumahtangga dan juga. Cuba kita bayangkan rumahtangga yang suaminya yang lepas tangan dalam rumah tanggalah, yang suami tidak amil berat soal solat. Maka Alhamdulillah, ALLAH anugerahkan pasangan hidup kita yang selalu tilawah & ada juga mengerjakan yang sunnah-sunnah. Sementara rumah tangga lain, mungkin suaminya sering berkata-kata kasar? Dan kita? Alhamdulillah, suami kita selalu berkata-kata lembut dan sangat menjaga perasaan kita, sebagai seorang isteri. Insya Allah karena suami kita memahami sebuah hadits yang mengatakan, “ Sebaik-baik Lelaki adalah yang paling baik sikapnya terhadap keluarga.” Nikmat Allah mana lagi yang kita dustakan?

3.Saling menutup aib pasangan hidup kita
Tentu saja kita juga manusia biasa yang tidak luput dari dosa dan kesalahan. Sebaiknya dalam berumah tangga, aib pasangan hidup kita, harus kita tutup rapat-rapat @ simpan baik-baik, tidak perlu kita ceritakan pada orang lain, hatta pada adik dan kakak kita. Biarlah semua hanya suami dan isteri saja yang tahu akan aib pasangan hidup kita. Yakinlah di setiap kekurangan pasangan hidup kita, pasti Allah berikan banyak kelebihan pada dirinya..Bukankah setiap pasangan hidup merupakan pakaian bagi pasangan hidupnya?

4.Saling meningkatkan diri dan potensi pasangan hidup kita
Sebagaimana kita ketahui, ada beberapa gambaran rumahtangga, iaitu rumah tangga seperti hospital, seperti rumahtangga pasar dan rumahtangga kubur. Yang terbaik adalah rumahtangga seperti rumahtangga masjid. Di mana dalam rumah tangga tersebut tercipta suasana saling kasih, asah dan asuh. Suami dan isteri pun harus meningkatkan diri segi ketaqwaan, segi pendidikan, dari segi ekonomi, sehingga tercipta rumahtangga yang sakinah mawaddah warohmah. Suami tidak boleh membiarkan isteri untuk tidak berkembang, terutama dari sisi tsaqofah (pengetahuan).

Semoga dengan tulisan yang sederhana ini, InsyaALLAH mampu memberikan semangat dan motivasi untuk diri saya terlebih dahulu serta teman-teman untuk segera mewujudkan niat yang suci yaitu menggenapkan setengah diin, yakinlah bahawa penikahan tidaklah serumit dan sekompleks apa yang dibayangkan sebahagian orang. Justru dengan pernikahan InsyaALLAH kekuatan jiwa semakin kuat, kerana di saat kita kepenatan & kegusaran sudah kita sudah punyai teman buat penenang jiwa, yang berkongsi tentang suka duka kehidupan ini (tapi InsyaALLAH banyakan sukanya daripada dukanya).. InsyaALLAH untuk soal rezeki, yakinlah apa yang kita berikan untuk pasangan hidup kita, akan menjadi tambahan amal shalih kita dan akan ALLAH cukupkan rezeki-NYA bagi yang ingin menggenapkan setengah diinnya.. Aamiin ya Robbal ‘Alamiin
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Monday, July 13, 2009

Serahkanlah Kepada-Nya

Serahkanlah Segala Urusan Pada ALLAH Maka Hati akan Damai.

Zaman dulu ada yang berkata : “Angin yang datang tanpa dikehendaki oleh Kapal”, dan ini betul. Tidak semua yang diinginkan orang itu boleh diketahui olehnya, dan tidak semua yang dibenci itu keliru. Orang ingin sihat ternyata yang datang sakit, ada yang ingin kaya dan yang datang adalah miskin, tak kurang juga ada yang hendak berjaya tetapi gagal, ada yang ingin tenteram nyatanya malah takut dan gelisah. Yang pasti semua itu adalah takdir dan ketentuan dari ALLAH s.w.t yang harus diserahkan kepada-Nya. Dan mesti diusahakan agar boleh mencegah ketentuan ALLAH s.w.t dengan KEAMPUNAN yang dimiliki, seperti orang lapar dan haus harus mencegah rasa lapar dan hausnya dengan makan dan minum. Atau orang yang memiliki pakaian harus dicegah dengan mengenakan pakaian.

Orang yang miskin harus mencegah kemiskinan dengan bekerja, berusaha keras dan berjuang. Orang yang sakit harus mencegah penyakitnya dengan berdoa dan berubat dengan ubat yang bermanfaat. Dalam keadaan bagitu, orang mukmin menyerahkan perkaranya pada ketentuan Allah s.w.t., RIDHA dengan takdir-Nya. Ia tahu bahawa di sebalik itu semua mengandungi hikmah yang besar yang terkadang tidak boleh difahami oleh akal.

Wahai diri…
Jadilah orang yang menjauh dari kesusahanmu
Dan percayakan semua perkara pada takdir
Nikmatilah kedamaian yang panjang
Maka Kedamaian itu akan Menghiburkan dari peristiwa yang telah berlalu.
Barangkali kesempitan menjadi lapang
Dan lapang boleh jadi sempit
Berapa banyak perkara yang mengeramkan
Bagimu RIDHA pada kesudahannya
ALLAH selalu berbuat apa yang dikehendaki-Nya
Maka jangan diri menjadi orang yang menentang.


"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Jauhkanlah............

Jauhkanlah Kerendahan Jiwa Kita..

Iaitu dengan cara menjauhkan dari akhlak yang rendah dan tercela seperti Dendam, Hasad Dengki, Iri Hati, Khianat dan Mungkir Janji. Sekiranya kita memiliki sifat-sifat ini, mahu tidak mahu kita telah mengihina diri kita sendiri. Bila kita telah menghinakan diri kita sendiri - padahal kita ingin membangunkan kebajikan dan kebersihan jiwa, nescaya dalam kita tidak sedar kita telah menghampiri puncak celaka dan kebinasaan.

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Wednesday, July 8, 2009

Renungkan & Bersyukurlah

Wahai Diri Renungkanlah...

Ertinya mengingati nikmat-nikmat ALLAH yang diberikan kepada kita, ternyata nikmat tersebut berlimpah mulai dari atas sampai ke bawah kedua tapak kaki kita.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat ALLAH nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya”. (Surah An-Nahl)

Kesihatan badan, keamanan, permakanan dan udara, semua kenikmatan dunia ada di hadapan sedangkan kita tidak merasakannya. Kita masih boleh hidup sedangkan kita tidak menyedarinya.

“Dan Ia menyempurnakan untukmu nikmat-nikmatNya zahir dan batin.” (Surah Luqman:20)

Kita memiliki dua mata, lidah dan bibir, dua tangan dan dua kaki.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman:16


Bukankah perkara yang mudah, kita berjalan dengan kedua kaki, sedangkan orang lain telah diamputasi, kita bertumpu kepada kedua kaki kita, sedangkan kaki orang lain telah putus. Hinakah kita tidur nyenyak, sedangkan tidur itu menerbangkan rasa sakit. Lambung kita terisi dengan makanan yang lazat. Kita meminum air segar, sedangkan disana ada orang lain yang makan makanan yang sudah rosak. Renungkan alat pendengaran kita yang masih berfungsi dengan baiknya dan mata kita juga yang masih normal, lihatlah kulit kita yang tidak terkena penyakit lepra dan kusta , dan perhatikanlah akal yang dianugerahkan ALLAH pada diri kita. Dengan adanya akal, kita tidak menderita sakit jiwa dan gila

Adakah kita sanggup mata kita ini ditukarkan dengan emas sebesar Gunung Uhud. Apakah kita rela menjual telinga anda dengan perak segunung yang tinggi. Apakah kita mahu membeli istana yang megah dengan lidah kita hingga anda menjadi bisu.
Apakah kita mahu menukar kedua tangan kita dengan kalung permata. Sesungguhnya kita dah banyak dapat kenikmatan yang berlimpah ruah dengan anugerah yang begitu banyak, tatapi jarang kita menyedarinya. Kita hidup dalam keadaan susah, menderita, sedih dan murung, sedangkan kita masih boleh makan roti dan minum air segar, tidur nyenyak dan mendapat kesihatan yang begitu segar-bugar.

Jika kita berfikir tentang nikmat yang tiada dan kita tidak mensyukuri nikmat yang ada, maka kita bersedih dengan kerugian material, sedangkan kita punyai kunci kebahagian, anugerah yang berlimpah berupa kebaikan, kurnia, kenikmatan dan segala-galanya.



Renungkan dan bersyukurlah :

“Dan (juga) pada dirimu sendiri, apakah kamu tiada memerhatikan?” (Surah Adz-Dzariyat :21).

Renungkanlah diri kita sendiri, keluarga kita, rumah kita dan pekerjaan kita, kesihatan kita, sahabat-sahabat kita dan dunia sekeliling kita.
“Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingarinya “ (Surah An-Nahl:83)

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Monday, July 6, 2009

Ayah & Ibu


Uuuu...Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka
Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara
Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa


"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Rahmat Jambatan

Pembinaan jambatan Kuala Krau yang dijangka siap selewat-lewatnya awal 2010 amat dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi nadi bagi merancakkan lagi pembangunan dan menjana ekonomi penduduk setempat. Lebih-lebih lagi saya sendiri memang tak sabar sangat, nanti takdelah kena pusing jauh untuk pulang ke rumah ibu mertuaku, buat sama sekarang untuk ke kampung sebelah perlu mengambil masa 30-45mnt perjalanan. 'Sebelum ini kalau hendak ke kampung seberang, kami terpaksa mengambil masa lebih sejam melalui Jerantut dan Bandar Jengka atau melalui Temerloh tetapi apabila jambatan ini siap nanti penduduk hanya mengambil masa 15 minit daripada Kuala Krau ke Kampung Rumpun Makmur di seberang Sungai Pahang.

Bot Penambang ini boleh dianggap sebagai nadi penghubung antara Pekan Kuala Krau dengan kampung sebelah yang dipisahkan oleh Sungai Pahang.

Jeti yang sedia ada sekarang telah beroperasi sejak dulu lagi, kalau tak salah pengiraan saya rasanya hampir melebihi usia saya sendiri. Pengusaha bot tambang memang setia menabur bakti bagi kemudahan penduduk sekitar, walaupun kalau nak dikirakan mungkin untungnya tidaklah seberapa namun kesetian & komitmen yang diberikan dalam perkhidmatan ini sangatlah membanggakan. Sejak puluhan tahun lalu penduduk yang dipisahkan oleh Sungai Pahang terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk berhubung melalui jalan raya atau mengambil masa 30 minit menyeberang sungai dengan menggunakan bot penambang.

Selain menjadi keperluan penduduk Kuala Krau dan beberapa buah kampung yang dipisahkan oleh Sungai Pahang, tambahnya, pembinaan jambatan itu turut memberikan manfaat kepada penduduk Jengka dan Temerloh.
p/s Saya sendiri memang tak sabar menanti jambatan ini siap sepenuhnya. Setiap kali balik kampung mesti jenguk jambatan, lalu hati berkata "hai cepatlah siap jambatan ini, senang sket nak ulang alik rumah mertuaku. (Jenderak Utara - Kg. Durian Hijau)".

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Wednesday, July 1, 2009

Senyumlah...

Senyumlah.. senyumlahhh ..

Hari ni saya nak mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu bahawa senyuman itu satu SEDEKAH, Senyumlahhh wahai diri….

Apakah kita menginginkan gajaran dan pahala tanpa kerja keras dan susah? Tersenyumlah pada saudara kita sesama muslim. Nabi s.a.w. telah bersabda :

“Senyumanmu pada wajah saudara adalah sedekah” (Riwayat Tirmizi. Dan hadis ini sahih menurut al-Albani)


Betapa banyak sedekah yang kita abaikan sebab wajah yang bengis, bermuka masam dan murung… Sebahagian orang yang menyangka bahawa apabila tersenyum pada orang lain, maka wibawanya berkurang. Apabila bermuka masam dan bengis maka mereka semakin menghormatinya. Pemahaman dan gambaran seperti ini keliru, kerana orang lain tidak menghormati sikap seperti ini, tetapi malah mereka menjauhinya dan menghindarinya.

Senyuman memberi manfaat bagi pemiliknya sebelum orang lain. Dengan sebab senyuman, muka jadi cerah, darahnya menjadi lancer, kedua matanya nampak begitu ceria. Senyuman itu sama halnya dengan melatih otot wajah.

Pengaruh senyuman itu merasuk ke dalam jiwa, hingga terasa damai, gembira dan senang. Senyuman boleh menghapus iri hati, menghilangkan permusuhan dan kemarahan. Senyuman itu bagaikan hadiah yang dihadiahkan kepada orang yang diberi senyuman. Jadi, jangan mengharamkan dirimu wahai diriku dan saudaraku dari keutamaan “tersenyum” yang boleh membuat kita dan orang lain bahagia.
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Biarkan....

BIARKAN MASA DEPAN MENGHAMPIRI KITA

“Telah pasti datangnya ketetapan ALLAH maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang)nya.”(surah An-Nahl:1). Jangan mendahului peristiwa. Apakah kita ingin menggugurkan kandungan sebelum waktunya? Apakah kita ingin memetik buah sebelum matang? Sesungguhnya hari esok itu abstrak, tidak memilik reality. Hari esok tidak berwujud dan tidak terasa, serta tidak bewarna. Jadi mengapa kita menyibukan diri kita dengan hari esok? Kita merasa takut dari cubaan masa yang akan datang, memerhatikan peristiwanya dan mengharap-harap bencananya.

“Kita tidak tahu apakah terhalang antara kita dan esok, atau kita mendapatinya, ternyata esok adalah kegembiraan dan kesenangan. Yang penting esok adalah kegembiraan dan kesenangan. Yang penting hari esok ada di alam ghaib yang belum sampai ke bumi. Mestinya, kita tidak boleh menyeberangi jambatan sampai kita mendatanginya, siapa yang tahu? Barangkali kita berhenti sebelum kita sampai, dan mungkin sahaja kita telah sampai kejambatan dan kita melaluinya dengan selamat.
Sesungguhnya ketika akal memberikan medan yang lebih luas untuk memikirkan masa depan dan membuka catatan yang tidak nampak, kemudian dicop dengan hal-hal yang tidak menyenangkan tetapi dinanti-nanti, maka hal itu tercela menurut syarak. Kerana hal tersebut terlalu banyak angan-angan, dicela oleh akal, serta bergelut melawan bayangan.

Ramai orang di dunia ini yang akan menyangka ia akan kelaparan, tanpa pakaian, penyakit, kemiskinan dan musibah pada masa mendatang. Semua ini termasuk subjek sekolah syaitan:

“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedang ALLAH menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan ALLAH Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (surah Al-Baqarah:268)


Mereka banyak yang menangis, kerana esok mereka akan kelaparan, mereka akan sakit setahun kemudian, dan alam ini akan berakhir setelah seratus tahun. Sesungguhnya orang yang umurnya berada di tangan orang lain, tidak seharusnya menggadaikan pada sesuatu yang belum pasti. Dan orang yang tidak tahu bilakah ia mati, tidak boleh menyibukkan dirinya dengan sesuatu yang abstrak tanpa realiti.

Biarkan hari esok mendatangi kita, jangan menanyakan tentang khabar esok hari, dan jangan menunggu hasilnya, kerana hari ini anda sedang sibuk.

Jika kita hairan, maka silakan hairan. Mereka yang berhutang kecemasan dengan tunai, akan membayarkan dengan ansur pada hari mentari belum bersinar dan cahaya belum terang. Maka waspadalah dengan angan-angan yang berlebihan.

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"