Salam Ukhwah

Thursday, October 29, 2009

Kuasa Mutlak...

Kuasa Mutlak – hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini iaitu SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi Islam sehingga seseorang itu akan dimurkaiAllah sekiranya dia menyakiti atau tidak mentaati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.

Kalau isteri – bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan tidak diredoi dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana amalannya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak – anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul.Kesanya, amalan anak tersebut tidak diterima Allah, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Suara-hati: Takutnya bila fikir bab kesalahan yang tidak disedari... Ya ALLAH Ya Tuhan.. ENGKAU pimpinlah hamba-MU ini..

Janganlahh Marahhhh..

by Pahrol Mohamad Juoi
Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita.


Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”


Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.
Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.

Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.
Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!
Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.

Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…

Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!
Suara-Hati : Kenapala agaknye kita ni (diri saya terlebih dulu) susah sangat mengawal marah, sedangkan kita diberi akal fikiran untuk berfikir, keimanan untuk bersabar untuk kawal rasa marah itu. Betapa pentingnya nilai sabar dalam diri setiap yang begelar insan. Tips yang paling penting untuk mengawal marah ialah bersabar, kesabaran itu akan menunjukkan dan membawa kita jalan kebenaran. Kerana kesabaran itu mengasuh serta mendidik kita untuk lebih berhati-hati ketika bercakap, dan melakukan apa saja tindakan & perbuatan. Jadi jomlah sama-sama kita berfikir, renung balik dari dalam diri kita ni, cukupkah nilai kesabaran yang ada pada diri kita, kerana kita tidak akan terlepas dari menghadapi dugaan dan cabaran yang semkin mencabar. Kalau tahap kesabaran kita tinggi Alhamdulillah kita akan berjaya mengawal segala kekusutan, masalah dan perasaan marah yang akan datang, InsyaALLAH...
Teringgat saya sepatah kata bijak pandai "orang yang hebat adalah orang yang bisa tersenyum disaat dia sedang marah". Soalnya... BOLEHKAH AKU??????...........

Friday, October 23, 2009

Mana Milik Kita

Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakanya
Kita Allah punya


Bumi langit ciptaanNYA
Milikla apa saja
Tidak terlepas dari CiptaanNYA
Mana kita punya




Bumi langit ciptaanNYA
Milikla apa saja
Tidak terlepas dari CiptaanNYA
Mana kita punya


Tidak ada kepunyaan kita
Semua yang ada Allah punya
Tidak ada kita punya


Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Mengapa kita sombong ..... Memiliki Allah punya..... Mengapa tidak malu


Kepada Allah yang empunya... Patut bersyukur kepada Allah... Yang memberikan segalanya
Malulah kepada Allah.... Kerana milik Ia punya.... Jangan berbangga.... Apa yang ada pada kita
Kalau ALLAH tidak beri.... Kita tidak punya apa-apa..... Janganlah mengungkit

Mengungkit jasa kita.... Jasa kita di sisiNYA.... Yang sebenarnya Allah punya... Marilah kita bersyukur.... Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah..... Bukan mengungkit jasa..... Gunalah nikmat Allah itu....

Untuk khidmat kepadanya

Selepas itu lupakan saja.... Agar tidak mengungkit-ungkitnya..... Mana milik kita....
Semua yang ada.... Allah punya..... Tidak ada kita punya..... Kita hanya..... Mengusakan saja

Apa yang kita dapat..... Allah sudah sediakanya.

Suara Hati :- Hari ni buat pertama kali saya dengar lagu ni... menghayati serta menjiwainya.. sangat menyentuh hati... bagi saya lagu nih ada 'ruh'. Menghayati bait kata lagu ni mengingatkan diri sendiri bahawa apa yang kita ada sekarang semuanya hanya pinjaman semata-mata... makan, pakai.. keluarga... saudara dan apa saja... semuanya Allah bagi pinjam sebagai ujian & amanah. DIA nak menguji cara mana kita akan menguruskan pinjaman yang dibagi ni selaras dengan kehendak-NYA.... Ya ALLAH... betapa kerdilnya diri ini... kerdil sangat dihadapan ALLAH. Apa yang ada selama ni.. daya upaya, rupa & kecantikan, harta benda dah segala benda... semuanya milik DIA. semua ini DIA bagi pinjam kejab je... Atas sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, DIA berikan pada kita.. DIA nak melihat bagaimana kita menggunakan pemberian sementara itu.. bersyukur atau sebaliknya.. untuk kebaikan atau keburukan.. ke arah redha atau ke arah murkaNya. Mudah-mudahan esok-esok time TUHAN mengambil hakNya semula, DIA gembira dan sudi menghadiahkan ganjaran syurga atas apa yang telah kita lakukan. Aminnnnnn

Wednesday, October 21, 2009

Hati Yang Terluka...

“Di kala… gerimis membasahi tanah kering ini. Peristiwa kecil itu membuatku terhenyak sekejap sekadar untuk berfikir bahawa betapa gembiranya tanah yang sedang kehausan itu ketika menerima titisan demi titisan kesejukan dari langit. tanah tak pernah meminta pada langit untuk membasahinya, tapi karana kasih sayang dari pemilik tanah itu yang pada akhirnya memberikan kesegaran padanya dari langit. Langit, juga salah satu ciptaan yang juga tak pernah sedar bahawa ia diciptakan sebagai pembawa bahagia bagi tanah dibawahnya”

Terpikir oleh diri, bahwa manusia itu tidaklah boleh disamakan dengan tanah, air hujan, apalagi dengan langit. manusia itu adalah manusia. Dalam bahasa arab diartikan dengan “man” yang artinya siapa, “nasiya” yang artinya yang lupa / alpa. Disitulah manusia, tempat salah dan lupa. Berbeza dengan tanah, kesejukan dan kesegeran jiwa manusia itu tidak datang dengan sendirinya… tapi dengan sebuah permintaan, pengorbanan, dan penghambaan. Perbaikan “ishlah” jiwa itu bukanlah sebuah hal yang mudah dan otomatis tercapai dalam diri setiap insan. Tapi, perbaikan itu adalah sebuah sikap perjuangan diri menambal lubang-lubang kesalahan yang pernah dilakukan.

Ishlah, sebuah kata yang singkat, namun memiliki sarat makna. Ishlah itu memerlukan pengorbanan, bukan sekedar tekad, tapi juga kerja keras dan keistiqomah . Tidak sedikit orang yang bertekad untuk memperbaiki diri setelah melakukan kesalahan, malah mungkin kembali melakukan kesalahan demi kesalahan yang sama. Astaghfirullah …
Kembali merenungkan sebuah makna perbaikan, perbaikan hati dan jiwa adalah hasil dari pembangunan akhlaq yang mulia. Perbaikan hati adalah pintu dari tersentuhnya hati nurani yang selama ini terabai. Kecintaan pada dunia telah membuat hati nurani itu tak mampu lagi memberikan bisikan kebaikan pada seorang manusia. Semakin lama cermin itu tidak dibersihkan, semakin banyak debu yang menempel, semakin pekat, dan semakin sulit untuk dibersihkan.
Semakin lama hati itu tidak diketuk, semakin lama air mata tidak mengalir karena takut pada Allah, maka akan semakin sulit pula dan semakin besar pengorbanan yang diperlukan untuk membasahi hati yang sedang kering itu. Bukan seperti halnya tanah yang dengan sendirinya mendapatkan air hujan dari langit.

Sesungguhnya Hati yang jauh dari Allah itu adalah hati yang terluka. Sehingga hati itu tidak mampu bekerja seperti halnya hati yang sedang sihat, yang mampu memberikan kekuatan jiwa untuk melakukan kebaikan. Hati yang luka itu lah yang membuat kadar kekebalan hati rendah terhadap penyakit-penyakit yang lain mudah menjangkiti manusia. Penyakit cinta dunia , iri, dengki, dendam, suka ngegosip, muda marah, mudah tergoda, mudah lalai, tidak sungguh-sungguh , serta penyakit-penyakit lain begitu mudahnya masuk dalam diri manusia lantaran hati yang tidak lagi mem”filter” penyakit itu. ya Allah… ampunilah hati yang hitam ini ya Allah , begitu inginnya aku membahagiakan hati ini dengan ayat-ayat Mu … namun, apalah daya … hati ini sedang sakit, hati ini sedang terluka …

Ya Allah, masihkah ada kesempatan bagiku untuk selalu menyandarkan diri ku pada -Mu, walaupun aku merasa tak pantas lagi mendekat dan bersimpuh di hadapan-Mu dengan membawa diri yang seringkali berbohong kepada-Mu dengan air mata palsu ini… berilah kesempatan pada langit untuk membasahi tanah kering ini, di saat tanah kering ini benar-benar memerlukan kesejukan dan kesegaran. Sehingga, dengan demikian, tumbuhlah bunga-bunga yang indah, yang berwarna-warni, yang segar, dan setiap orang senang memandangnya …
Kurniakanlah kepada hati ini anugerah hidayah dan petunjuk-Mu setiap saat Ya ALLAH…. Di saat hati ini sedang terluka, kepada siapa lagi hamba meminta penawar kalau tidak kepada-Mu, wahai Sang Pemilik Hati….

sumber : by Muhammad Yasrif

Thursday, October 15, 2009

Meluruskan Tulang Yang Bengkok

Dikesempatan waktu rehat dihari jumaat yang panjang ini.. saya menghabiskan masa didepan PC.. melawat & berziarah blog rakan-rakan.. mencari berita & cerita yang boleh dimanfaatkan oleh diri. Menjadikan & menorong diri sendiri sebenarnya bukan satu perkara yang mudah & ringkas sekiranya diri sendiri tiada kekuatan untuk 'istiqomah'.

Satu artikel yang menarik dan tertarik hati bila membaca.. disini ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan ziarah... semoga Hati-hati kita sentiasa cenderung untuk memperbaiki diri dan memolekkan amalan seterusnya meningkatkan rasa taqwa yang mendalam disudut hati nurani. Lebih-lebih lagi untuk diri sebagai si isteri.

Kak Radieah macam mana sekarang bergelar isteri?”

Isss dia ni. Tak ada soalan lain dah ke?”

“Alah akak ni kongsilah dengan saya. Saya pun nak tahu juga”.

“Tak ada yang luar biasa. Semuanya biasa-biasa”.

“Kak Radieah kalau saya tanya tentang hal peribadi, susah sungguh nak bercerita”. Mukanya mula masam mencuka.

“Okeylah saya tukar soalan. Apa pandangan Kak Radieah tentang suami soleh dan isteri solehah… Macam mana nak jadi macam tu?”. Tak berputus asa nampaknya junior saya yang sorang ni.

“Mudah je. Just ikut je apa yang Rasulullah pesan dan apa yang Allah cakap”. Balasku bersahaja.

“Yang tu saya tahu”. Balasnya.

“Abis nak yang macam mana. Apa lagi yang tak cukup?”. Soalku sengaja.

“Saya tahu, Kak Radieah ada pendapat dan pandangan sendiri. Macam Ust Hasrizal, ada pandangan sendiri”.

“Kalau dah baca blog dengan buku Ust Hasrizal, apa lagi yang perlu Kak Radieah cakap. Semuanya telah dijelaskan”.

“Alah kak…” keluhnya. Melihatnya yang begitu bersungguh-sungguh, akhirnya saya bersuara.

“Suami ni tempat pergantungan sepenuhnya seorang Isteri. Lebih berat lagi, keimanan seorang isteri turut terletak pada suaminya. Macam Ust Hasrizal kata perkahwinan adalah tempat untuk memberi sebanyak-banyaknya. So seorang isteri harus beri sebanyak-banyaknya kepada suaminya. Tetapi seorang suami yang baik tidak menyusahkan isterinya dengan pelbagai perkara semata-mata dengan alasan supaya si isteri boleh kutip sebanyak-banyak pahala darinya”.

“Saya tak faham”. Berkerut dahinya cuba memahami perkara yang saya katakan tadi.

“Suami yang baik akan memudahkan perjalanan isterinya untuk ke syurga. Bukan memaksa, meminta dan pelbagai perkara lain supaya dilakukan oleh isterinya sedangkan sebelum bergelar suami, perkara tersebut merupakan rutin hariannya. Maklum sajalah, apa sahaja yang suami minta, si isteri wajib tunaikan… seolah-olah macam nak mengambil kesempatan atas hukum yang Allah tetapkan ke atas para isteri.

Bukan maksud Kak Radieah tak boleh minta bantuan langsung. Tetapi bantulah si isteri tu sama. Sekarang isteri tidak lagi suri sepenuh masa. Dialah yang keluar bekerja… Dialah yang keluar berdakwah… Dialah yang melakukan tugas jemaah… Dialah yang menguruskan anak… Dialah yang menguruskan rumah tangga. Dia isteri, pendakwah, ibu, anak, majikan, pekerja, macam-macam lagilah.

Tugas yang dulunya dipikul oleh kaum lelaki kini dipikul oleh seorang isteri. Agak-agak awak, tak penat ke isteri dalam keadaan di luar dia bekerjaya, di rumah menguruskan rumah tangga?”

“Penat. Kadang-kadang saya rasa, tempat isteri tu yang terbaik di rumah bukan di luar rumah”. Balasnya perlahan.

“Ya betul. Sebaiknya tempat yang baik untuk wanita solehah adalah di rumah. Tetapi tuntutan di masa ini membuatkan kita tidak boleh lagi berada di rumah sahaja. Di luar sana sangat ramai yang memerlukan kita sama ada di dalam kerjaya, dakwah dan sebagainya. Bagi Kak Radieah, isteri yang berada di luar rumah sekarang tidak lagi sekadar membantu suami mencari nafkah tetapi berperanan menutup lompang-lompang yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki.

Misalnya keperluan kepada doktor perempuan untuk merawat pesakit perempuan dan melakukan dakwah yang akhir zaman ini, golongan perempuan lebih ramai dari lelaki”.

“Kalau dapat suami yang baik, ahlamdulillah. Tapi kalau dapat yang jahat?... emmm...” Ada nada keluhan di hujungnya.

“Kalau yang jahat, maknanya Allah nak bagi perempuan tu tempat yang tinggi di sisiNya dengan kesabaran yang dilalui olehnya sepanjang berada di alam rumah tangga. Macam Aisyah, isteri Firaun. Kawan Kak Radieah pernah cerita macam mana sengsaranya mak dia sewaktu hidup dengan ayahnya. Tapi dia cakap mak dia sangat tabah. Dia rasa tak ada orang setabah mak dia. Ayah dia dah ceraikan pun mak dia sekarang”.Junior ku tadi hanya memandangku tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya.

“Perempuan ni, Allah ciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Peranan seorang suami adalah meluruskannya*. Jadi nak luruskannya bukan mudah. Tak boleh terlalu kasar atau cepat-cepat.. takut nanti patah. Masalahnya biasanya kita terlalu nak cepat… tak sabar. Sehingga terlupa kalau dah tulang dah tentu tak akan lurus. Tulang hanya akan lurus dengan izin Allah.. Ikhtiar manusia? tak sampai 5% pun menyumbang kepada lurusnya tulang tadi. Kak Radieah tak ingat baca tentang ni kat mana”.

“Eh, Kak Radieah kena cepat ni. Ada hal. Nanti kalau dah jadi isteri banyakkan bersabar dengan karenah suami dan tak lupa...karenah anak-anak. Tu je…mudah je…dan jangan lupa memberi sebanyak-banyaknya. Jangan persoalkan hak yang harus kita dapat dari suami tetapi persoalkan apa yang telah dan harus kita beri kepada suami dan anak-anak awak nanti.

Kak Radieah dah lewat ni... pergi dulu. Assalamu'alaikum”.

"Wa'alaikumsalam". Balasnya perlahan.


*Rasulullah s.a.w bersabda "Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Keterangan lanjut berkenaan tulang rusuk yang bengkok sila rujuk Danial Zainal Abidin (2007). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Selangor: PTS Publications.


Posted by Radieah Mohd Nor

Tuesday, October 6, 2009

Iktibar Dari Al-Quran

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Marilah kita bersama-sama menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt
Sumber : by Nasrudin Hassan at Tantawi