Salam Ukhwah

Tuesday, December 16, 2014

Pemujuk Rasa


Suatu ketikanya saya sangat tertekan, buntu dan rasa tidak puas hati apabila pertanyaan yang diajukan itu mendapat jawapan seolah masih terdapat saki-baki fakta yang disimpan oleh pihak yang menjawab. 

Perasaan tak puas hati makin membuak-buak seperti hendak memaksa untuk pihak yang menjawab itu memberi jawapan seperti jawapan yang saya petenkan untuk dia.

Hati memberontak! fikiran meracau-racau, jiwa jadi kacau bilau, tidak keruan otak ligat berpusing menafsirkan saat berperang dengan emosi sendiri. Terasa kegersangan, kekosongan, kecewa pun ada seolah tetutup pintu mata hati untuk menerima sebarang peringatan mahupun teguran.

Rasa amarah yang melangit, hati tidak berhenti menutuk diri sendiri. 

Ahhhhhhhh!!!!! apa yang aku nak buat ni!!, apa salah aku!!, mana semangat aku menghilang!!, kenapa ada orang cuba nak tipu aku!!! Kenapa aku mudah sangat lemas dalam nafsu!! kuatkan semangat aku!! aku amat memerlukannya. 

Namun aku tetap gagahkan diri, kebalkan hati untuk terus memujuk rasa.. mulut kumat kamit mengucapkan "Astaghfirullahal'adzim, alladzi la ilaha huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih" (Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, tiada tuhan selain DIA yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat pada-Mu). 

Masih tidak lekang pada bibir ini.. bersama air mata bagaikan berlumba-lumba untuk mencurarah keluar. 

Akhirnya, di sepertiga malam itu, saya duduk besimpuh merapati  Kalamullah. Dalam air mata yang masih belum berhenti ini, bibir masih tertutup dan terkunci rapat, bibir hati sibuk menyusun kata-kata yang mahu diluahkan kepad-NYA. Pasti dan sangat pasti DIA tidak pernah lalai daripada mendengar luahan dan pengaduan hamba-NYA dalam permasalahan hati hambaNya ini. Lalu diniatkan dalam hati  

Allah… Engkau yang maha mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi… aku dengan penuh rasa kehambaan bermohon padamu Ya Allah.. berikanlah aku kekuatan hati dalam aku melalui detik getir ini.  

Lantas tangan terus membuka surat cinta dari-NYA.. 

Secara spontan mata terpaku pada helaian yang didepan mata. Dihidangkan dengan Surah Al-Ahzab ayat 45:

(Awasilah keadaaan-keadaan kamu, kerana) jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan dia, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan segala-galanya. - Al-Ahzaab 33:54



Allahumma.. air mata semakin laju… Masyaallah… Engkau telah menjawab segala ketidakpuasan hati ini, Engkau telah memujuk apa yang aku rajuk.

Pengajarannya untuk diri ini.. bila kita betanya sesuatu pada seseorang yang yang sangat kita harapkan kejujurannya, andai jawapan yang kita terima itu masih belum mampu kita pecaya sebulatnya, maka wahai hati serahkanlah jawapan penuh itu hanya kepada-NYA.. yakinlah bahawa Allah Maha Tahu. Apa yang mereka nyatakan atau apa yang mereka sembunyikannya itu masih tetap dalam pengetahuan Allah. 

Kerana kita tidak mampu untuk memaksa orang berkata benar kepada kita dan apalah kemampuan yang kita ada untuk memastikan sejauh mana kebenaran akan kata-kata mereka melainkan kita perlu mengharapkan pertolongan Allah pada tiap-tiap kesulitan yang kita hadapi.

Wahai hati... Usah gusar dan usah gundah gulana.. soal mereka berkata benar atau sebaliknya, semua itu adalah urusan mereka dengan Allah. 

Allah -Ya Sobur, kurniakan kesabaran-Mu padaku agar daku menjadi hamba-Mu yg Sabar dalam apa jua keadaan aku. Allahumma... Mohon dipinjamkan kesabaran lebih dari sebelumnya... agar aku bisa menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah dan tenang
 
SuaraHATI:- Cukupla Allah bagiku.. DIAlah sebaik-baik penolong
 

Wednesday, November 19, 2014

Wahai Diri..


Wahai diri....
Kenapa engkau seakan tak sudi
Mengapa engkau begitu sangsi dengan-NYA.
Percayalah wahai hati!!!!
DIA telah sediakan sesuatu untukmu
DIA telah susun segalanya untukmu
DIA juga LEBIH TAHU & MAHA TAHU
 apa yang tersimpan dihatimu

Wahai diri....
Kembalilah... 
susunlah langkahmu, bersegeralah kamu
Janganlah nanti engkau berputus asa walau seminit dua
Hadapkanlah dirimu
Persembahkanlah wajahmu dan jiwamu
Bulatkanlah hatimu
Nyatakanlah rintihan hatimu

Yakinlah.....
Bahawa selepas hujung gerimis
DIA tontonkan untukmu pelangi


Thursday, September 25, 2014

Sanah Helwah to Me



Menginsafi sangat-sangat sebenarnya tentang maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam sebagai meraikannya.

Bila tibanya tarikh lahir 27hb September, sebenarnya tarikh ini aku sepatutnya terlebih dulu jadikan titik muhasabah diri tentang apa yang telah aku lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada. Andai tidak Ya Allah… takutnya andai tiada lagi kesempatan lain. Panjangkanlah usiaku agar aku lebih lama mentaati-Mu. Ya Allah tambahkanlah amalanku disaat bertambahnya usiaku.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi.. aku masih diberi peluang untuk berada dalam jasad ini. Terima kasih Ya Allah di atas kesempatan dan peluang yang Engkau kurniakan padaku. Terima kasih di atas segala nikmat dan kesenangan yang Engkau kurniakan kepadaku sejak dari dalam perut ibuku. Terima kasih di atas setiap hela nafas dan kejadian tubuhku yang sempurna yang Engkau anugerahkan untukku. Terima kasih di atas rezeki dan makanan yang Engkau kirimkan sepanjang usiaku ini. 

Terima Kasih wahai Mak Melahirkan anakmu ini (27/09/1976).. Terima kasih Mak Ayah membesarkan saya, membimbing saya dan menumpahkan sepenuhnya kasih sayang yang tidak ternilai harganya buat saya.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umurku pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hariku adalah ketika dan saat bertemu denganMu. 

Allahurobbi… Sungguh terlalu banyak dan banyak sangat rahmat yang Engkau limpahkan ke atas aku, cuma aku yang masih terlalu sedikit pengabdianku kepadaMu Ya Allah. Malunya aku!!!. Ampunilah dosa-dosaku yang silam dan di masa akan datang. Sungguh aku kadang kalah dengan diri sendiri dan rebah  bila dugaan melanda dan gelabah dengan ujian yang sedikit. Tetapi, rahmat-Mu tidak pernah putus untukku. Terima kasih Ya Allah di atas peluang-Mu untukku. Ku mohon janganlah Engkau putuskan rahmat-Mu ke atas diriku dan keluargaku.  

Akhir kata moga-moga usia yang berlalu ini, usia kini dan usia yang masih ada beroleh keberkatan ALLAH swt.  Semoga diri saya dapat memaknai hari kelahiran ini dengan dengan berbuat perkara-perkara yang dapat mendekatkan diri kepada-NYA.


SuaraHATI : Sanah Helwah to Me. Barakallah Fikum… Semoga Allah memanjangkan umurku, menarik pergi segala masalahku,  memudahkan segala urusanku, melapangkan segala kekusutanku, menerima segala amalanku, serta melimpahkan maghfirah-Nya yang terluas buat aku, Amin ya Rabbal ‘Alamin… 


Sunday, September 21, 2014

Aku Belum Baik

Aku Belum Baik…

Memang, aku bukanlah baik sangat dan bukan juga yang terbaik. Apatah lagi nak dikatakan beriman. Jauh lagi nak capai tahap tu. Jauh lagi. Aku tak baik pun. Akhlak pun pincang & lintang pukang. Aku ni insan lemah. Selalu sangat lupa dan lalai. Memang banyak sangat kelemahan. Lain yang dicakap, lain yang dibuat. Cakap tak serupa bikin. Aku hina. Kalau aku cuba baiki perangai buruk yang itu, perangai buruk yang lain pulak terserlah dan muncul. Macam kain buruk yang compang-camping. Ingin ditampal yang terkoyak di atas, di bawah pula carik. Ya... pastinya aku  tak boleh nak tipu diri aku sendiri.

Aku memang terasa down sangat. Sangat-sangat down. Aku cuba ingat Allah di saat down gini. Aku cuba sedaya upaya. Itupun setelah dosa demi dosa aku buat. Aku rasa malu dengan Allah. Malu sangat-sangat!! Dosa pagi tadi yang dibuat, telah menyesal, menangis dan memohon keampunan Allah. Tengah hari, dosa lain lak yang dibuat. Belumpun lagi sempat istighfar mohon ampun untuk dosa baru, petang dan malam nanti terbuat dosa lain pulak. Aka rasa, semua dosa yang aku buat tu semua dosa besar. Sebab tu, aku rasa sarat dan berat dengan dosa. Sebab tu hati aku ni tak tenang. Kadang-kadang memang langsung tidak tenang. Macam-macam aku cuba buat untuk jadi fokus buat sesuatu, tapi masih tidak tenang. Semacam sesuatu yang hilang. Aku rasa lost.

Aku tahu aku banyak dosa. Aku sedar yang aku ni banyak buat dosa. Allah masih sayangkan aku, sebab tu DIA hadirkan rasa sedih yang amat ini pada diri aku. Perasaan semua bercampur baur. Aku ada ilmu, walaupun tak seberapa, Ilmu yang tanpa amal. Aku lah orang yang rugi itu. Aku masih sedar semua ni. Aku bingung. Titik.

Ada masanya hubungan aku sesama manusia gagal. Boleh jadi disebabkan tali hubungan aku dengan Sang Pencipta tidak comel. Baik dengan Allah, maka dengan manusia pun akan baik. Itu lumrahnya. Luruskan hati dengan Allah makanya pasti Allah menguruskan hubungan kita sesame makhluk.

Aku kena struggle untuk ikhlaskan hati beribadah. Aku kena bersihkan hati aku yang kotor ni. Banyaknya lagi perkara belum buat dan belum lakukakan.. sedangkan masa makin lama makin pendek.

Oooohhh Ya Allah. Aku ingin keluar dari tampuk lama. Bawa aku keluar. Aku ingin menimba ilmu lagi. Ya Allah. Aku ingin baiki diri. Aku mohon kekuatan… aku perlu kekuatan. Aku mohon petunjuk dariMU Ya Allah. Tolonglah hamba-MU yang lemah ini Ya Allah. Memang aku bukan baik, tapi aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik. Aku nak jadi baik. 

Aku takut untuk ke nerakaMU Ya Allah. Namun, aku sedar aku tak layak untuk ke syurgaMU. Aku sedar Ya Allah, aku dengar. Aku takut ya Allah, jika maut menyergah insan berdosa seperti aku ni. Panjangkan peluang untuk aku bertaubat Ya Allah. Jangan sempitkan. Hanya dengan mengingatiMU dalam tangis. Terima kasih ya Allah. Engkau sebaik-baik tempat mengadu. Dan Engkau maha penerima taubat. Ampunilah aku Ya Allah. Faghfirli ya Allah… Faghfirli ya Allah …. Faghfirli ya Allah

  SuaraHATI : Ya Allah.. ampuni aku... tunjuki aku.. lindungi aku.