Salam Ukhwah

Tuesday, October 21, 2008

Memelihara Kesucian Hati Sebagai Penerima Hidayah

Tajdid Iman:Oleh Dr Juanda Jaya

MENGINGATI mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat.
Membaca al-Quran, solat dan mengingati mati asas ummah capai ketenangan hidup

PENYAKIT berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.
Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila diserang penyakit hati akan mengambil kesempatan lari daripada tanggungjawab dan menangguhkan kerja sehingga menjejaskan jabatannya.
Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabai amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat.
Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling daripada Allah , hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan kepada keperibadiannya.

Pertanyaan paling mahal dan bernilai bagi seorang Mukmin ialah: “Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini? Mengapa? Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama sebuah kehidupan.

Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup.

Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang, kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya. Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah .
Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin.
Adalah menjadi tugas seorang Mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati.

Sahabat Rasulullah pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai ejen penerima hidayah Allah . Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:


“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Hadid ayat: 16)

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah . Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya. Pernahkah anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham daripada Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri sudah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi.

Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata:


“Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.

Cahaya hati pertama - membaca al-Quran.

Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah , dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari al-Quran. Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan daripada Allah , tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kejayaan itu ialah sejauh mana seseorang mengikat dirinya dengan Allah dengan ikatan kuat. Maka al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak daripada batil, dia mengetahui jalan terang dan mengikuti petunjuk al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu. Dia lahir menjadi manusia jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah .


Kalaupun seseorang itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh daripada bimbingan al-Quran dan tidak mengenal Allah dengan lebih dekat. Begitu pula kalau ada orang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia daripada Allah , merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya suci.

Cahaya hati kedua - mendirikan sembahyang.

Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan; yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak; mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur; berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya dan mahu sentiasa bergembira dan bahagia? Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah , yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk.


Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah daripada pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah . Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah . Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja dan pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah .”

Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah dengan sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan tidak akan ditolak adalah doa ikhlas dan proses pembersihan dosa dilakukan terus menerus adalah sembahyang. Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah.
Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya boleh diumpamakan stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tangki kereta agar dapat meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.’

Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup mencabar.
Sembahyang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal salih dan membina kehidupan di dunia.
Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah . Sembahyang juga menjaga seseorang daripada ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati ketiga - mengingati mati.

Antara tanda kebijaksanaan orang Mukmin ialah pandai merancang masa depan.
Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang?


Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai kegiatan rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian.

Sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah lazim menziarah kubur dan mendoakan kaum Muslimin tidak kira siang ataupun malam. Dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan sentiasa mengingati mati seorang Mukmin melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya.
Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini?
Mungkin hidupnya begitu hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula mungkin lebih terseksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Sunday, October 19, 2008

Bermulalah Cinta Hakiki

Rasa tertarik dan menarik untuk berkongsi artikel ini bersama rakan-rakan yang lain. Sebagai pesanan buat diri sendiri terlebih dahulu juga berkongsi dgn kengkawan semua.

Posted by Ustaz Muhammad Fauzi

Seorang senior sewaktu saya belajar di Mesir pernah menceritakan kepada saya pandangannya terhadap pasangan baru. Katanya, dia akan tersenyum setiap kali melihat gelagat pasangan baru. Saya pun senyum mendengar kata-katanya, walau pun saya sebenarnya tidak faham kerana saya belum berkahwin lagi ketika itu. Hari ini setelah 11 tahun mendirikan rumahtangga, saya rasa saya faham maksudnya kerana saya juga selalu tersenyum melihat gelagat atau mendengar cerita-cerita tentang pasangan baru.
Pasangan baru adalah pasangan yang hidup dengan kegembiraan penuh. Memang begitulah sepatutnya. Dan selayaknya saya tersenyum mendengar cerita seorang rakan yang ‘terlajak ceria’ sepanjang hari perkahwinannya. Sebelum akad dia senyum, semasa akad dia senyum, selepas akad dia senyum, jumpa sesiapa sahaja dia senyum. Ketika tidak ada sesiapa menyapanya pun dia senyum.
Pasangan baru tidak sanggup berpisah walau seminit. Jumpa rakan dan tetamu di majlis perkahwinan, tangan kanan salam tetamu dan tangan kiri terus memegang tangan isteri. Lepaskanlah sekejap, biarlah dia jumpa rakan dan tetamu wanita. Suami kata: “Eh bukan saya. Isteri saya yang tak nak lepaskan tangan saya ni.” Iyalah …. sama-samalah tu.
Pasangan baru ketika diajak rakan-rakan untuk makan di kedai, dia akan membalas: “Temankan minum sekejap boleh kot.” Tak lapar ke? Lapar tu, tapi memang sepatutnya dia buat begitu sebab pasangannya pun sedang menahan air liur melihat rakan-rakan wanitanya menjamu selera. Kedua-duanya tidak berjanji untuk makan bersama, tapi masing-masing tidak sampai hati untuk makan takut pasangannya lapar keseorangan.
Begitulah gelagat pasangan baru. Kehidupan baru yang perlu diterokai. Awalnya manis. Hujungnya mereka yang akan tentukan samada terus manis atau akan berubah rasanya.
Pasangan baru akan melalui satu fasa; fasa ini akan mendatangkan perasaan yang ganjil bagi mereka. Ganjil kerana mereka akan terbuai-buai di satu alam lain yang tidak pernah mereka lalui. Alam ini terpisah dari alam yang mengelilingi mereka. Mungkin sebab itulah pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ada ‘bulan madu’. Saya tidak faham sangat tentang ‘bulan madu’ kerana saya bernikah ketika isteri sedang menghadapi peperiksaan tahun akhir. Dua minggu selepas nikah pula saya ke UK dan Ireland memenuhi jemputan untuk memberi pengisian selama hampir sebulan. Beberapa hari selepas pulang ke rumah sesudah itu, terpaksa ke perkhemahan musim panas di Ra’sul Barr, Sinai selama lima hari. Selepas itu, isteri pula masuk perkhemahan. Tambah lagi lima hari. Itu bukan ‘bulan madu’ rasanya. ‘Bulan madu’ ni mungkin macam seorang kenalan saya yang berkahwin dan kemudian bercuti di Summit Hotel sebelum sambung bercuti di Gold Coast, Australia. Tetapi apa pun bentuknya; bersama di hotel dan pantai atau jauh dipisahkan oleh lautan … semua pasangan baru rasanya akan merasai perasaan ini.
Alangkah baiknya jika ianya berterusan. Tetapi tabiatnya bukan begitu. Tidak lama, ia akhirnya akan kembali seperti biasa dan dari situ bermulalah cabaran yang hanya orang-orang yang ikhlas niat di dalam mendirikan rumahtangga akan mampu menghadapinya.
Saya kongsikan di sini nasihat yang pernah saya berikan kepada beberapa pasangan yang baru mendirikan rumahtangga (di antaranya yang berbulan madu di Summit Hotel tu).
1. Bukan mudah untuk seorang manusia duduk sepanjang hayatnya bersama seorang lagi manusia lain. Ke sana sini bersama. Makan bersama dan berkongsi semua perkara. Pasangan di Barat diikat dengan sebab-sebab material (seks, kebendaan, tumpang glamour dan sebagainya). Dengan sebab itulah maka mereka mudah bercerai. Tetapi bagi orang Islam, kita diikat dengan ikatan akidah dan matlamat ubudiah kepada Allah. Alangkah kuatnya ikatan ini bagi yang menghayatinya. Oleh itu bermujahadahlah agar ikatan ini kekal di dalam ikatan tersebut.
2. Isteri mempunyai kerenahnya dan begitulah juga suami. Belajarlah untuk saling memahami dan menghormati pasangan. Berusaha juga untuk saling bekerjasama dalam semua perkara. Dr Yusof Qardhawi mempunyai pandangan yang lain berkaitan pengurusan rumah oleh wanita di mana beliau berpendapat bahawa suami juga mempunyai tanggungjawab meringankan beban isteri di situ kerana wanita juga hari ini memainkan peranan mencari rezeki membantu beban suami.
3. Seorang muslim soleh bertemu dengan seorang muslimah solehah, hasil yang sentiasa diharapkan adalah bait muslim dengan segala ertinya. Tetapi kadang-kadang ianya tidak jadi begitu kerana kaedah yang betul adalah; bait muslim ini perlu dibina seumpama mereka membina keperibadian mereka ketika mereka bujang sebelum ini. Anggaplah bait muslim tersebut seumpama bayi yang baru lahir. Bagaimana kedua-dua suami isteri tersebut membentuknya, itulah hasilnya. Hidupkan rumahtangga dengan al-Quran dan ibadah. Jauhi hiburan yang melalaikan. Warnai dengan kasih sayang dan kesetiaan.
BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikum wa jama’a bainakuma fi khair

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Monday, October 6, 2008

Raya tahun ini...

Alhamdulillah selesai mengerjakan puasa tiba hari untuk beraya laks... tahun ni semua k'ga bekumpul rumah ayah kat kampung. semua ada bekampung beramai-ramai.. apa lagi riuh rendah lee kat rumah ayah macam nak terangkat dibuatnya. Tahun ni bagi aku raya yang sangat bermakna, beraya sbg orang baru dengan mood yg baru. Anak-anak buah semua dah besar-besar, rasa macam cepatnya masa berlalu... terasa macam baru jek lagi nengok dorang belari-lari main bungga api tp raya tahun nih dorang yg dulu belari-lari kini dah semakin dewasa..

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Wahai SUAMI yg Budiman


Hargailah isteri anda……Mulianya seorang isteri disisi Allah…Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteriini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka keranaisteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan…jadi ‘kilang ‘ manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerjadengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habisnyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayiseluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuamiseluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suamidia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akanterperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlisilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia takakan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidakderhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untukdisayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.
“Wahai Tuhan…ku tak layak ke syurgamu …namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…kamilah hamba yang mengharap belas darimu …“Ya Allah…jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”……
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"