Salam Ukhwah

Tuesday, December 30, 2008

Kesilapan yang selalu......

Kesilapan yang selalu berlaku dan perlu diberi perhatian .

Terkadang suasana harmonis dan damai ini sering tercabar dan tergugat angkara "lemah" atau "salah" komunikasi . Lebih malang dakwah dan mesej perjuangan kita juga turut terencat keberkesanannya lantaran komunikasi dan interaksi yang "rambang"
1 . [ Merasa diri hebat. ]
Samaada dalam kenyataan atau ucapan , kita sering dengar orang berkata " saya yang buat...." " saya yang beri ..." " saya lah yang mengasaskan....." " sayalah yang lakukan ...."
Mungkin secara umumnya , orang akan melihat ucapan seperti itu membawa kepada "ananiah" atau ke"aku"an dan ke"saya"an atau dengan maksud lain , hanya ana , hanya aku , hanya saya .....
Merasa diri hebat dan ditunjukkan pula dihadapan ramai adalah satu akhlak yang tidak baik malah sangat tidak disukai oleh orang lain . Sebagai ahli jamaah , kita sewajibnya mengelak dari menggunakan ayat - ayat sedemikian dalam komunikasi dan interaksi kita justeru kesannya amat buruk kepada hubungan ukhuwwah dan dakwah kita .
Sepatutnya kita [ merendah diri ]
Apa yang perlu ialah merendah diri walau kita hebat . Contohnya dari segi akademi kita "Phd" , jawatan kita "Ydp" , pengalaman kita "senior" , Penglibatan kita "veteran" , ilmu kita "ustaz" dan sebagainya adalah sekali - kali tidak salah jika kita merendah diri , malah kehebatan kita tidak terjejas hanya kerana kita merendah diri sebaliknya diri kita lebih dihargai .... tak percaya , tanyalah orang ramai ! tanyalah ahli ! bukalah al quran .... kita akan temui kebenarannya.
2. [ Merendahkan Orang Lain ]
" Awak telah silap.... " . " Awak apa Tahu.... " , " Kenapa awak buat begini .... " " Awak lupa ..."
Ayat sebegini pula mempunyai nilai merendahkan orang lain atau menafikan kebijaksanaan orang lain dan menonjolkan elemen negatif terhadap pihak lain seolah - olah kita menidak dan menghukumnya dalam perkataan kita .
Mungkin kita tidak bermaksud demikian , tetapi nilai komunikasi dan interaksi kita merosot dan persepsi terhadapnya negatif . Orang tidak suka kita menggunakan ayat seperti meng"hujum" atau menyerang mereka walau tidak bermaksud menyerang .
Justeru , kita boleh elakkan atau berhati - hati ketika menggunakan perkataan "awak" dan "kenapa" walaupun ia hanya sekadar ingin bertanya dan memohon penjelasan kerana ia seolah - olah mempersoalkan kebijasanaannya .
Biasanya orang guna "awak" dan "kenapa" dengan maksud di atas dalam debate untuk mematah hujjah lawan , ertinya ia tidak sesuai dalam komunikasi dan interaksi untuk membentuk suasana harmonis dan damai antara ahli - ahli jamaah Islam apatah lagi terhadap madu'u kita .
3. [ Panjang - panjangkan Perkara Remeh ]
Apabila kita bercakap sesuatu isu , tidak perlu kita babitkan perkara - perkara lain yang tidak ada sangkut paut dengan isu asal apalagi kalau ianya adalah perkara remeh temeh . Meskipun ia remeh , tetapi sikap kita memanjangkan perkara remeh akan merosakkan komunikasi dan interaksi kita sesama ahli Jamaah .
Termasuklah sikap suka bertengkar , bertekak atau bertegang urat dalam perkara yang tidak perlu semata - mata ingin menang pendapat , menang idea , menang pengaruh dan 1001 macam menang yang kita dambakan . Kenapa kita tidak beralah sesama kita .... ?
Inilah beberapa perkara yang saya mahu kongsikan dengan sahabat semua . Sedikit sebanyak saya juga mesti belajar bagaimana memperbaiki dan meningkatkan mutu komunikasi serta interaksi . Semoga berjaya .
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Tuesday, October 21, 2008

Memelihara Kesucian Hati Sebagai Penerima Hidayah

Tajdid Iman:Oleh Dr Juanda Jaya

MENGINGATI mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat.
Membaca al-Quran, solat dan mengingati mati asas ummah capai ketenangan hidup

PENYAKIT berbahaya sehingga boleh menyuramkan masa depan seseorang ialah tekanan perasaan yang berpunca daripada hati sakit. Seorang guru yang tertekan boleh bersikap kejam dan melampau dalam mendisiplinkan murid atau mungkin membiarkan mereka tanpa kawalan dan pengajaran.
Seorang pegawai yang seharusnya melaksanakan amanah dengan dedikasi apabila diserang penyakit hati akan mengambil kesempatan lari daripada tanggungjawab dan menangguhkan kerja sehingga menjejaskan jabatannya.
Seorang pemimpin di rumah atau di tengah masyarakat jika tidak bersih hati akan rosaklah apa yang dipimpinnya dan terabai amanah. Seorang isteri yang tercemar hatinya suka menyusahkan suami, mengabaikan anak dan mendedahkan diri kepada dosa dan maksiat.
Seorang yang sembahyang, puasa dan sedekah dengan hati yang berpaling daripada Allah , hatinya akan mati, kotor dan menyimpan penyakit serta sudah tentu ibadahnya tidak memberi kesan kepada keperibadiannya.

Pertanyaan paling mahal dan bernilai bagi seorang Mukmin ialah: “Apakah aku sudah kehilangan hati suciku hari ini? Mengapa? Kerana hati menjadi asas segala sesuatu yang bernama sebuah kehidupan.

Hidup ini tidak akan bermakna tanpa hati yang hidup.

Jika hati mati maka semua amalan yang dilakukan akan menjadi tempang, kerja mengejar dunia akan mengaburi pandangan ke akhirat dan ibadat pula hilang kemanisannya. Fokus utama hati hanya akan terarah untuk memenuhi kehendak nafsu, padahal ia diciptakan untuk sentiasa memandang keagungan Tuhannya, menerima hidayah dan kemudian mengawal semua gerak kerja seluruh anggota badan semata-mata untuk keredaan Allah .
Namun demikian, hati juga diciptakan dengan ciri sensitif seperti mudah terpengaruh oleh persekitaran, mudah berubah, berbolak-balik, kadang tersesat dan kadang terpimpin.
Adalah menjadi tugas seorang Mukmin menjaga hatinya, merawat dan menghidupkan semangat iman di dalam hati.

Sahabat Rasulullah pernah menerima teguran langsung melalui wahyu-Nya, supaya mereka sentiasa mengurus hati dengan penjagaan baik agar ia dapat berfungsi dengan sempurna sebagai ejen penerima hidayah Allah . Menurut pendapat Abdullah ibn Mas’ud, Allah menegur mereka pada saat mereka baru empat tahun memeluk Islam. Dengan firman-Nya yang bermaksud:


“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Hadid ayat: 16)

Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah . Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya. Pernahkah anda melihat manusia yang tidak memiliki hati? Orang yang langsung tidak mahu mendengar apa kata hatinya akibat nurani bersih hasil limpahan ilham daripada Allah sudah tiada lagi. Kerana dia sendiri sudah meleburkan hatinya bersama kegelapan tanpa mahu menerima cahaya Ilahi.

Pada hakikatnya, cahaya menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata:


“Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.

Cahaya hati pertama - membaca al-Quran.

Kejayaan seseorang bergantung pada usahanya mengenal Allah , dan tiada jalan yang paling dekat untuk mengenal Allah selain mempelajari al-Quran. Dunia hanya boleh direbut dengan kekuatan daripada Allah , tanpa bergantung kepada-Nya manusia tidak akan mendapat apa yang diimpikan. Kejayaan itu ialah sejauh mana seseorang mengikat dirinya dengan Allah dengan ikatan kuat. Maka al-Quranlah yang menjadi ikatan antara hamba dengan Allah Taala. Melaluinya seseorang pandai memilih yang hak daripada batil, dia mengetahui jalan terang dan mengikuti petunjuk al-Quran. Meneroka dunia dan mengurus diri dan masyarakatnya melalui bimbingan wahyu. Dia lahir menjadi manusia jujur, kuat bekerja dan memiliki misi yang jelas dalam hidupnya kerana diniatkan segala pekerjaannya itu sebagai ibadah kepada Allah .


Kalaupun seseorang itu malas, miskin dan suka menyusahkan orang lain punca pertama penyakitnya ialah kerana dia jahil, jauh daripada bimbingan al-Quran dan tidak mengenal Allah dengan lebih dekat. Begitu pula kalau ada orang kaya dan berpangkat tetapi sengsara hatinya punca utama keadaan itu ialah jauhnya ia daripada Allah , merasa asing dengan ayat-ayatnya dan membiarkan diri terus menerus dalam kekeringan ilmu. Kejayaan atau kegagalan itu bermula daripada usaha mengurus hati, mengenal Allah lewat kalam-Nya suci.

Cahaya hati kedua - mendirikan sembahyang.

Siapakah yang mahu berjaya dalam perniagaan; yang bercita-cita kariernya sentiasa naik ke puncak; mengimpikan pasangan hidupnya setia dan jujur; berharap anak-anak dan keluarga menjadi penyejuk matanya dan mahu sentiasa bergembira dan bahagia? Semua itu hanya dapat dirasai dengan pertolongan Allah , yang memberi manfaat dan mudarat, membahagi dan mencabut rezeki bagi manusia, memberi petunjuk dan menyesatkan, mengatur segala urusan makhluk.


Siapa yang bergantung kepada selain Allah dia tidak akan mendapat faedah daripada pergantungannya itu. Ibnu al-Qayyim Rahimahullah pernah berkata: “Ketika manusia bergantung kepada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah . Ketika manusia bergembira kerana dunia, jadikanlah dirimu bergembira kerana Allah . Ketika manusia mencari bahagia dengan kekasih mereka, carilah bahagia dengan mencintai Allah dan ketika manusia pergi menghadap raja dan pembesar mereka pergilah menuntut hajatmu hanya kepada Allah .”

Sesungguhnya ibadah yang menghampirkan manusia kepada Allah dengan sedekat-dekatnya adalah sujud, permintaan tidak akan ditolak adalah doa ikhlas dan proses pembersihan dosa dilakukan terus menerus adalah sembahyang. Apakah kejayaan seseorang itu bergantung kepada kualiti sembahyangnya? Mengapa tidak, jika sembahyangnya itu melahirkan akhlak yang mahmudah.
Sembahyang yang didirikan dengan sempurna syarat, rukun dan khusyuknya boleh diumpamakan stesen minyak yang bertugas mengisi kekosongan pada tangki kereta agar dapat meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.’

Sembahyang adalah energi yang diperlukan untuk menghadapi perjalanan hidup mencabar.
Sembahyang berkualiti adalah yang boleh melahirkan jiwa yang reda sekali gus kuat berikhtiar semata-mata mahu berlumba-lumba melakukan amal salih dan membina kehidupan di dunia.
Namun demikian, dunia tidak akan memperdayakan orang khusyuk hatinya serta menyerahkan diri sebulat-bulatnya kepada Allah . Sembahyang juga menjaga seseorang daripada ancaman perhiasan dunia yang melekakan, dan menjadi salah satu cara kita mengingati diri supaya pandai merancang hidup yang selamat di dunia sampai ke akhirat.

Cahaya hati ketiga - mengingati mati.

Antara tanda kebijaksanaan orang Mukmin ialah pandai merancang masa depan.
Bukan hanya pandai melipatgandakan harta dan membina istana tetapi jauh pandangannya hingga menembusi alam akhirat. Pernahkah anda merancang bagaimana menghabiskan masa muda dan melewati masa tua dengan ketinggian ilmu dan persediaan amal, akhirnya merancang untuk mati dengan tenang?


Mengingati mati boleh menghidupkan hati, menyuntik semangat untuk beramal lebih baik daripada kelmarin, menumbuhkan rasa takut dan harap kepada Allah seterusnya menggugah hati untuk sentiasa bertaubat. Jika ramai manusia berlumba-lumba menghadiri pesta keriangan, memenuhi pasar dan mengunjungi tempat peranginan yang indah, tidak salah jika kita menjadikan ziarah kubur sebagai kegiatan rutin yang boleh mengingatkan diri kepada kematian.

Sebagaimana yang dilakukan Baginda Rasulullah lazim menziarah kubur dan mendoakan kaum Muslimin tidak kira siang ataupun malam. Dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan sentiasa mengingati mati seorang Mukmin melakukan penjagaan yang rapi terhadap hatinya.
Bagaimanakah pula keadaan orang yang tidak memiliki ketiga-tiga cahaya hati ini?
Mungkin hidupnya begitu hampa, jika kaya pasti merana, miskin pula mungkin lebih terseksa, jika jahil tersesat, kalau alim ilmunya pula tidak bermanfaat.
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Sunday, October 19, 2008

Bermulalah Cinta Hakiki

Rasa tertarik dan menarik untuk berkongsi artikel ini bersama rakan-rakan yang lain. Sebagai pesanan buat diri sendiri terlebih dahulu juga berkongsi dgn kengkawan semua.

Posted by Ustaz Muhammad Fauzi

Seorang senior sewaktu saya belajar di Mesir pernah menceritakan kepada saya pandangannya terhadap pasangan baru. Katanya, dia akan tersenyum setiap kali melihat gelagat pasangan baru. Saya pun senyum mendengar kata-katanya, walau pun saya sebenarnya tidak faham kerana saya belum berkahwin lagi ketika itu. Hari ini setelah 11 tahun mendirikan rumahtangga, saya rasa saya faham maksudnya kerana saya juga selalu tersenyum melihat gelagat atau mendengar cerita-cerita tentang pasangan baru.
Pasangan baru adalah pasangan yang hidup dengan kegembiraan penuh. Memang begitulah sepatutnya. Dan selayaknya saya tersenyum mendengar cerita seorang rakan yang ‘terlajak ceria’ sepanjang hari perkahwinannya. Sebelum akad dia senyum, semasa akad dia senyum, selepas akad dia senyum, jumpa sesiapa sahaja dia senyum. Ketika tidak ada sesiapa menyapanya pun dia senyum.
Pasangan baru tidak sanggup berpisah walau seminit. Jumpa rakan dan tetamu di majlis perkahwinan, tangan kanan salam tetamu dan tangan kiri terus memegang tangan isteri. Lepaskanlah sekejap, biarlah dia jumpa rakan dan tetamu wanita. Suami kata: “Eh bukan saya. Isteri saya yang tak nak lepaskan tangan saya ni.” Iyalah …. sama-samalah tu.
Pasangan baru ketika diajak rakan-rakan untuk makan di kedai, dia akan membalas: “Temankan minum sekejap boleh kot.” Tak lapar ke? Lapar tu, tapi memang sepatutnya dia buat begitu sebab pasangannya pun sedang menahan air liur melihat rakan-rakan wanitanya menjamu selera. Kedua-duanya tidak berjanji untuk makan bersama, tapi masing-masing tidak sampai hati untuk makan takut pasangannya lapar keseorangan.
Begitulah gelagat pasangan baru. Kehidupan baru yang perlu diterokai. Awalnya manis. Hujungnya mereka yang akan tentukan samada terus manis atau akan berubah rasanya.
Pasangan baru akan melalui satu fasa; fasa ini akan mendatangkan perasaan yang ganjil bagi mereka. Ganjil kerana mereka akan terbuai-buai di satu alam lain yang tidak pernah mereka lalui. Alam ini terpisah dari alam yang mengelilingi mereka. Mungkin sebab itulah pasangan yang baru mendirikan rumahtangga ada ‘bulan madu’. Saya tidak faham sangat tentang ‘bulan madu’ kerana saya bernikah ketika isteri sedang menghadapi peperiksaan tahun akhir. Dua minggu selepas nikah pula saya ke UK dan Ireland memenuhi jemputan untuk memberi pengisian selama hampir sebulan. Beberapa hari selepas pulang ke rumah sesudah itu, terpaksa ke perkhemahan musim panas di Ra’sul Barr, Sinai selama lima hari. Selepas itu, isteri pula masuk perkhemahan. Tambah lagi lima hari. Itu bukan ‘bulan madu’ rasanya. ‘Bulan madu’ ni mungkin macam seorang kenalan saya yang berkahwin dan kemudian bercuti di Summit Hotel sebelum sambung bercuti di Gold Coast, Australia. Tetapi apa pun bentuknya; bersama di hotel dan pantai atau jauh dipisahkan oleh lautan … semua pasangan baru rasanya akan merasai perasaan ini.
Alangkah baiknya jika ianya berterusan. Tetapi tabiatnya bukan begitu. Tidak lama, ia akhirnya akan kembali seperti biasa dan dari situ bermulalah cabaran yang hanya orang-orang yang ikhlas niat di dalam mendirikan rumahtangga akan mampu menghadapinya.
Saya kongsikan di sini nasihat yang pernah saya berikan kepada beberapa pasangan yang baru mendirikan rumahtangga (di antaranya yang berbulan madu di Summit Hotel tu).
1. Bukan mudah untuk seorang manusia duduk sepanjang hayatnya bersama seorang lagi manusia lain. Ke sana sini bersama. Makan bersama dan berkongsi semua perkara. Pasangan di Barat diikat dengan sebab-sebab material (seks, kebendaan, tumpang glamour dan sebagainya). Dengan sebab itulah maka mereka mudah bercerai. Tetapi bagi orang Islam, kita diikat dengan ikatan akidah dan matlamat ubudiah kepada Allah. Alangkah kuatnya ikatan ini bagi yang menghayatinya. Oleh itu bermujahadahlah agar ikatan ini kekal di dalam ikatan tersebut.
2. Isteri mempunyai kerenahnya dan begitulah juga suami. Belajarlah untuk saling memahami dan menghormati pasangan. Berusaha juga untuk saling bekerjasama dalam semua perkara. Dr Yusof Qardhawi mempunyai pandangan yang lain berkaitan pengurusan rumah oleh wanita di mana beliau berpendapat bahawa suami juga mempunyai tanggungjawab meringankan beban isteri di situ kerana wanita juga hari ini memainkan peranan mencari rezeki membantu beban suami.
3. Seorang muslim soleh bertemu dengan seorang muslimah solehah, hasil yang sentiasa diharapkan adalah bait muslim dengan segala ertinya. Tetapi kadang-kadang ianya tidak jadi begitu kerana kaedah yang betul adalah; bait muslim ini perlu dibina seumpama mereka membina keperibadian mereka ketika mereka bujang sebelum ini. Anggaplah bait muslim tersebut seumpama bayi yang baru lahir. Bagaimana kedua-dua suami isteri tersebut membentuknya, itulah hasilnya. Hidupkan rumahtangga dengan al-Quran dan ibadah. Jauhi hiburan yang melalaikan. Warnai dengan kasih sayang dan kesetiaan.
BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikum wa jama’a bainakuma fi khair

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Monday, October 6, 2008

Raya tahun ini...

Alhamdulillah selesai mengerjakan puasa tiba hari untuk beraya laks... tahun ni semua k'ga bekumpul rumah ayah kat kampung. semua ada bekampung beramai-ramai.. apa lagi riuh rendah lee kat rumah ayah macam nak terangkat dibuatnya. Tahun ni bagi aku raya yang sangat bermakna, beraya sbg orang baru dengan mood yg baru. Anak-anak buah semua dah besar-besar, rasa macam cepatnya masa berlalu... terasa macam baru jek lagi nengok dorang belari-lari main bungga api tp raya tahun nih dorang yg dulu belari-lari kini dah semakin dewasa..

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Wahai SUAMI yg Budiman


Hargailah isteri anda……Mulianya seorang isteri disisi Allah…Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteriini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka keranaisteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan…jadi ‘kilang ‘ manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerjadengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habisnyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayiseluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuamiseluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suamidia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akanterperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlisilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia takakan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidakderhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untukdisayangi.
Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.
“Wahai Tuhan…ku tak layak ke syurgamu …namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…kamilah hamba yang mengharap belas darimu …“Ya Allah…jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”……
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Sunday, July 27, 2008

Wahai Suami....




WAHAI SUAMI! LAYANI ISTERIMU DENGAN BAIK

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Setiap pasangan suami isteri pasti akan mengimpikan satu kehidupan yang bahagia dan harmoni. Setiap suami juga pasti mengidamkan seorang wanita solehah yang merupakan sebaik-baik kenikmatan dunia.
Sabda Nabi s.a.w:
"Dunia itu penuh dengan kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri yang solehah." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1467.
Namun begitu, apa yang sering dicanangkan adalah peranan isteri untuk membentuk keluarga yang harmoni, bagaimana isteri patut taat kepada suami, apakah balasan bagi isteri yang derhaka, apakah balasan terhadap isteri yang menolak pelawaan suami untuk bersetubuh dan tugas-tugas isteri untuk membahagiakan suami. Hanya sekali-sekala diketengahkan perbahasan tentang apa yang suami perlu lakukan untuk membina sebuah keluarga yang dihiasi dengan perasaan cinta (mawaddah) dan kasih-sayang (rahmah).
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." - Surah al-Ruum: 21.
Suami sememangnya telah diperintahkan oleh ALLAH untuk melayan isteri dengan penuh kebaikan.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik." – Surah al-Nisa’: 19.
Melalui buku ini, marilah kita menelusuri sunnah Nabi s.a.w tentang peranan suami dalam usaha membentuk hubungan yang penuh mawaddah (cinta) dan rahmah (kasih sayang) bersama isteri.Melayani Isteri Dengan BaikSeorang suami wajib melayani isterinya dengan perilaku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dengan syarak. Terdapat begitu banyak nas yang menunjukkan kewajipan ini.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Titmidzi, kitab al-Manaqib, hadis no: 3830.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi, hadis no: 1082.
Para suami juga dituntut berlaku adil terhadap isterinya dengan menunaikan segala haknya dalam semua perkara yang selari dengan syarak.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. DIA mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-NYA ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-NYA." – Surah al-Nahl: 90.
Bagi suami yang berlaku adil terhadap isterinya maka ganjaran ALLAH di hari akhirat nanti begitu besar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:"Orang-orang yang berlaku adil di sisi ALALH nanti akan ditempatkan di atas mimbar-mimbar yang diperbuat dari cahaya dari sebelah kanan al-Rahman 'Azza wa Jalla (ALLAH) lalu Nabi mengangkat tangan kanan-NYA. Orang-orang yang termasuk golongan itu (sebelah kanan Nabi) adalah orang yang adil dalam pemerintahannya, adil terhadap isterinya dan tidak menyimpang." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1827.Lelaki merupakan pemimpin bagi wanita sebagaimana
firman ALLAH S.W.T:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum perempuan." – Surah al-Nisa’: 34.Walaupun ALLAH telah menetapkan bahawa suami adalah pemimpin bagi keluarganya namun ia bukan menjadi 'lesen' bagi para suami untuk bersikap seperti seorang diktator, zalim, sombong serta berkeras terhadap isteri-isteri mereka.
Kekuasaan yang diberi oleh ALLAH itu sebenarnya menuntut sikap bertanggungjawab, kebijaksanaan, adil, sabar dan mampu untuk mengendali segala permasalahan atau bebanan yang timbul dalam rumahtangga. Dalam erti kata lain, status kepimpinan suami itu adalah dalam rangka untuk merealisasikan perintah ALLAH bagi melayan kaum wanita atau isteri dengan sebaik mungkin.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik." – Surah al-Nisa’: 19.Memberi Nafkah Zahir Yang Sempurna Mengikut KemampuanSudah menjadi kewajipan bagi seorang suami memberi nafkah untuk ahli keluarganya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan isteri yang tidak bercanggah dengan syarak.
Firman ALLAH S.W.T:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana ALLAH telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." – Surah al-Nisa’: 34.Kadar pemberian nafkah ini adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak sepatutnya membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T:
"Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH kepadanya (sekadar yang mampu). ALLAH tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan ALLAH kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) ALLAH akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." – Surah al-Talaq: 7.
Seorang sahabat bernama Hakim bin Mu’awiyyah bin Hidah al-Qusyairi r.a pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah:“Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1830.Memberi nafkah kepada isteri serta keluarga mempunyai keutamaan yang besar di sisi ALLAH.Sabda Nabi s.a.w:"Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan ALLAH, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 995.
Sabda Nabi s.a.w:
"Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya." - Hadis riwayat Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 2129.Adalah suatu kezaliman yang besar bagi seorang suami yang memiliki kemampuan dari segi ekonominya tetapi bersifat bakhil terhadap isteri dan keluarganya. Apatah lagi sifat bakhil merupakan sifat yang dicela oleh ALLAH dan Rasul-NYA.Sabda Nabi s.a.w:"Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150.
Bagi isteri yang mempunyai suami bersikap bakhil, maka dibenarkan baginya untuk mengambil harta suami tanpa pengetahuannya sekadar untuk memenuhi keperluan kehidupan seluruh ahli keluarga. Hindun bin ‘Utbah bin Rabi’ah pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:"Wahai Rasulullah! Abu Sufyan adalah seorang suami yang kedekut. Bolehkah apabila aku mengambil sebahagian hartanya untuk keperluan keluarga kami? Rasulullah bersabda: Tidak mengapa apabila engkau mengambil sesuai keperluanmu dengan cara yang makruf.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 2460.
Dengan cara yang makruf bermaksud pengambilan harta tersebut tidak berlebih-lebihan dan tidak merosakkan harta suaminya. Oleh itu, para suami hendaklah benar-benar prihatin terhadap kewajipan memberi nafkah buat ahli keluarganya. Apatah lagi ALLAH telah melebihkan kaum lelaki berbanding kaum wanita dengan beberapa keistimewaan.Adakah layak bagi seorang suami untuk mendapat keistimewaan ini sekiranya dia tidak menjalankan kewajipan mencari nafkah dan bergantung kepada harta isteri walaupun mereka mampu bekerja?Sesungguhnya lelaki yang merdeka dan mulia adalah mereka yang membina keluarga mereka hasil keringatnya sendiri dan tidak hanya bergantung kepada harta isterinya.Suami yang bergantung kepada harta isteri bukan sekadar telah lari daripada tanggungjawabnya tetapi juga mencerminkan kepimpinannya yang lemah. Malaikat juga akan melaknat para suami yang tidak menafkahkan hartanya kepada ahli keluarganya.
Sabda Nabi s.a.w:
"Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya ALLAH! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya ALLAH! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1442.Sabda Nabi s.a.w:"Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1442.Melayani Keperluan Seks IsteriSebagaimana pentingnya suami memenuhi keperluan material isterinya, sudah menjadi tanggungjawabnya melayani keperluan batin isteri. Kebiasaannya wanita memiliki sifat pemalu terutamanya untuk berbincang tentang kehendak seksualnya. Namun, sebenarnya mereka juga berkehendakkan kepada nikmat kepuasan ketika melakukan persetubuhan (berjimak) sebagaimana suami. Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Jika seseseorang antara kamu melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, dia hendaklah bersungguh-sungguh. Apabila dia hendak menyelesaikan hajatnya itu (mencapai kepuasan) sedangkan isterinya belum sampai klimaksnya, maka janganlah dia tergesa-gesa (untuk menamatkan persetubuhan tersebut) sehingga hajat isterinya diselesaikan pula." - Hadis riwayat al-Suyuthi di dalam Jami’ al-Saghir, hadis no: 549 dan al-Hafiz al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid, hadis no: 7566.Oleh itu, para suami hendaklah menjaga perasaan isteri ketika berjimak dan melakukannya dengan niat agar kedua-dua belah pihak mencapai kenikmatan. Janganlah para suami hanya memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa memastikan isteri mereka juga sudah mencapai klimaks.
Hal ini amat penting kerana jika seorang suami tidak prihatin terhadap permasalahan ini ia boleh menimbulkan kesan negatif seperti isteri membenci suaminya, melalaikan perintahnya ataupun menolak apabila diajak untuk berjimak dan sekiranya bersetuju pun ia tidak dilakukan dengan sepenuh kerelaan hati. Mungkin ada yang merasakan ini suatu perkara yang terlalu remeh untuk diperbincangkan. Tetapi, di dalam Islam berjimak adalah termasuk perkara yang boleh mendatangkan pahala.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Dan pada hubungan kelamin kamu semua (bersama isteri) merupakan sedekah. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah jika seseorang kami mendatangi isterinya (untuk berjimak) maka dia mendapat pahala? Rasulullah menjawab: Bagaimana pendapat kamu semua jika dia menyalurkan syahwatnya ke jalan yang haram, (sudah tentu) dia akan mendapat dosa kerananya. Demikian juga jika dia menyalurkan di jalan yang halal, pasti dia mendapat pahala.” -
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no:1006.Oleh itu, pastikan para suami dan isteri berkomunikasi sesama sendiri untuk sama-sama mendapat kenikmatan dari hubungan kelamin tersebut.
Suami Hendaklah Bersikap Romantik Terhadap IsterinyaPara suami hendaklah sering mencium isterinya. Budaya ini memang agak asing bagi masyarakat di nusantara. Namun, Nabi s.a.w sering mengucup isteri dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah s.a.w pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.Aishah r.a berkata:"Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 153.Justeru, apa lagi yang menghalang kita untuk mencium isteri kita setidak-tidaknya sebelum pergi atau pulang dari tempat kerja atau dalam apa jua kesempatan yang ada? Adakalanya si suami langsung tidak memandang wajah isterinya yang mengiringinya ke pintu rumah ketika suaminya hendak keluar ke tempat kerja. Ciumlah isteri kamu wahai para suami! Ikutlah sunnah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang begitu romantis terhadap isteri-isterinya hinggakan baginda selalu mandi bersama dengan isterinya.Aisyah r.a berkata:"Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah s.a.w menggunakan satu bekas air." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 250.Baginda sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah serta disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah r.a dengan gelaran Humaira’ yang bermaksud putih kemerah-merahan bertujuan memuji kecantikannya. Nabi juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah. Aisyah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah berkata kepadanya:"Wahai Aisyah! Malaikat Jibril tadi menyampaikan salam buatmu." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 3217.Aisyah r.a juga pernah menggambarkan betapa romantis baginda s.a.w sebagaimana riwayat berikut:"Suatu ketika aku telah minum. Ketika itu aku sedang haidh lantas aku memberikan gelasku kepada Rasulullah dan baginda meminumnya dari kesan mulutku di gelas itu. Dalam kesempatan lain aku memakan sepotong daging, lantas aku memberikan baginda potongan daging itu dan baginda memakannya tepat di tempat aku memakannya." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 300.Walaupun perkara-perkara ini nampak kecil, namun ia amat membahagiakan Aisyah sehingga dia sentiasa terkenangkan sikap-sikap romantis baginda s.a.w ini. Perkara-perkara sebegini sepatutnya diusahakan oleh para suami untuk dipraktikkan terhadap isteri-isteri mereka yang tercinta kerana adakalanya perkara yang kecil di mata suami tetapi ia amat besar menurut pandangan isteri.

Masih banyak lagi sifat-sifat romantis yang terdapat dalam hadis-hadis baginda. Oleh itu, marilah kita berusaha menjadi seorang suami yang romantis dalam rangka mencontohi sifat Nabi s.a.w.Suami Hendaklah Bergurau Senda Dengan IsteriHidup tanpa gurau senda dan tawa riang pasti akan membosankan. Namun, ia hendaklah dilakukan sesuai dengan suasana serta tuntutan syarak dan tidak berlebih-lebihan.Sabda Rasulullah s.a.w:"Setiap perkara yang tidak disertakan padanya nama ALLAH maka ia akan menjadi sia-sia (lagha), senda-gurau serta main-main kecuali empat perkara. Suami yang bercanda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seorang yang sedang memilih antara dua sasaran dan seorang yang berlumba dalam sukan renang." - Hadis riwayat al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, hadis no: 2312.Ternyata Rasulullah s.a.w juga sering bergurau-senda dengan para isterinya. Sebagai contoh, Aisyah r.a telah berkata:"Rasulullah berlumba lari denganku, maka aku menang ketika itu kerana aku belum gemuk. Kemudian, setelah gemuk aku berlumba lari dengannya, maka baginda memenanginya. Lalu baginda bersabda: Kemenangan ini sebagai penebus kekalahan yang lalu.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2214.Juga telah diriwayatkan daripada Aishah r.a bahawa Nabi s.a.w pernah membawanya menyaksikan permainan para sahabat yang berasal dari Sudan. Katanya:"Hari itu adalah hari raya di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (Aishah r.a) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya atau Rasulullah s.a.w yang berkata: Apakah kamu ingin melihatnya? Aku pun menjawab: Ya. Aku disuruhnya berdiri di belakangnya di mana pipiku bersentuhan dengan pipi baginda. Baginda berkata: Biar yang lain wahai Bani Arfidah! Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: Adakah engkau sudah puas? Aku menjawab: Ya. Baginda pun bersabda: Pergilah.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 950.Nabi s.a.w juga membenarkan nyanyian yang sesuai dengan syarak dilagukan di rumah Aishah r.a.Aisyah r.a berkata:“Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku (pada hari raya) dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu’ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 949.Oleh itu, wahai suami! Bercandalah dengan isterimu. Jangan biarkan suasana di rumah anda menjadi bosan dan muram.Suami Hendaklah Meluangkan Masa Bersama IsteriWalau sesibuk sekalipun mengurus tugasan hariannya, suami tetap perlu berusaha meluangkan waktu bersama isterinya. Kadangkala, kesibukan suami di luar rumah dengan kegiatan-kegiatan lain disamping mencari nafkah menyebabkan dia mengabaikan peranannya sebagai suami. Dia lupa bahawa isterinya memerlukan belaian manja seorang suami untuk menghiburkan hatinya.Adakalanya setelah penat dengan aktiviti di luar rumah suami hanya pulang dengan wajah yang kelesuan, tidak bermaya dan hanya menantikan disorong bantal untuk melelapkan mata. Yang lebih perit adalah apabila suami membawa masalah-masalah dari luar dan melepaskan geramnya terhadap isteri. Wahai para suami! Ingat
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik." – Surah al-Nisa’: 19.Nabi s.a.w juga pernah menasihati para sahabat r.a agar jangan terlalu menyibukkan diri dengan ibadah sehingga mengabaikan tanggungjawab melayani isteri dengan baik.Sabda Nabi s.a.w:"Wahai Abdullah (bin ‘Amr bin al-Ash r.a)! Adakah benar apa yang diceritakan kepadaku sesungguhnya engkau telah berpuasa setiap hari dan solat sepanjang malam? Aku (Abdullah bin ‘Amr) berkata: Benar wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Jangan kamu lakukan begitu. Berpuasalah dan tinggalkan (tidak berpuasa) serta solat dan tidurlah kerana sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu, kedua-dua mata kamu mempunyai hak ke atas kamu, isteri kamu mempunyai hak ke atas kamu dan tetamu kamu mempunyai hak ke atas kamu. Cukuplah bagi kamu berpuasa tiga hari setiap bulan dan sesungguhnya setiap kebaikan akan dibalas untukmu sebanyak sepuluh kali ganda yang sepertinya. Jika kamu melakukan begitu, ia seperti berpuasa sepanjang masa.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no 1975.Oleh itu, walau sesibuk mana sekalipun para suami dengan tugasan di luar sama ada urusan mencari nafkah mahupun aktiviti dakwah, para isteri tetap berhak mendapat perhatian serta belaian manja daripada para suami.
Membina Suasana Ibadah Dalam RumahtanggaSuasana yang harmonis hanya dapat dibentuk dengan bimbingan taufik dan hidayah daripada ALLAH. Oleh itu, salah satu faktor utama dalam pembinaan keluarga bahagia adalah membentuk sebuah rumahtangga yang sentiasa dihiasi dengan amal ibadah dan penuh dengan keimanan serta ketakwaan.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesiapa yang beramal soleh daripada kalangan lelaki atau perempuan sedang dia beriman, sesungguhnya KAMI akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya KAMI akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." – Surah al-Nahl: 97.
Para suami hendaklah sentiasa menganjurkan para isteri beribadah bersamanya seperti mengerjakan solat tahajjud, berpuasa sunat, bertadarus (membaca) serta mentadabbur (memahami) al-Quran dan belajar tentang hal-hal keagamaan yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Rasulullah s.a.w sentiasa menganjurkan para isterinya agar mengerjakan ibadah sesuai dengan perintah ALLAH S.W.T:"Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan engkau hendaklah tetap bersabar menunaikannya. KAMI tidak pernah meminta rezeki kepadamu, (bahkan) KAMIlah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik hanya bagi orang-orang yang bertakwa." - Surah Toha: 132.
Aisyah r.a berkata:"Rasulullah biasa mengerjakan solat malam (tahajjud) sementara aku tidur melintang di hadapan baginda. Bila baginda ingin mengerjakan solat witir, baginda akan mengejutkan aku." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 512.Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda:"Semoga ALLAH merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan isterinya untuk solat bersama. Apabila si isteri enggan (tidak mampu untuk bangun), dia akan memercikkan air ke wajah isterinya (supaya bangun). Semoga ALLAH merahmati seorang isteri yang bangun malam hari untuk mengerjakan solat malam lalu membangunkan suaminya untuk solat bersama. Apabila si suami enggan, dia memercikkan air ke wajah suaminya.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1113.
Sewajarnya para suami menghidupkan rumah mereka dengan pelbagai amal ibadah yang sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Disamping itu, suami isteri juga hendaklah berusaha untuk saling memperingatkan antara satu sama lain agar bersama-sama dapat melaksanakan segala perintah ALLAH sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah serta meninggalkan segala larangan-NYA.
Mereka hendaklah berganding bahu menegakkan kebenaran di dalam rumahtangga mereka, berusaha membentuk suasana yang islamik berteraskan kasih sayang dan kecintaan dan suasana yang harmoni. Saranan ini sesuai dengan Firman ALLAH S.W.T:"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras lagi kasar (layanannya); mereka tidak pernah derhaka kepada ALLAH dalam setiap perkara yang diperintahkan-NYA kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." – Surah al-Tahrim: 6.
Suami Hendaklah Sentiasa Menunjukkan Wajah yang CeriaRaut wajah seseorang boleh menggambar pelbagai makna dan ia boleh mempengaruhi suasana hubungan suami isteri. Wajah yang ceria tentu sekali akan menenangkan jiwa isteri. Janganlah masalah di tempat kerja di bawa pulang ke rumah sehingga menunjukkan air muka yang merengut. Apatah lagi telah tsabit perintah daripada Nabi s.a.w agar kita sentiasa mempamerkan wajah yang ceria sebagaimana sabdanya:"Janganlah engkau menganggap remeh perbuatan baik walau sedikit walau hanya menampakkan wajah ceria ketika berjumpa dengan saudaramu." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 2626.Lanjutan dari hadis di atas tentu sekali apa yang paling utama bagi suami adalah menunjukkan wajah ceria kepada isteri tercinta.Suami Hendaklah Menjaga Penampilan DiriDi samping mempamerkan wajah yang ceria, para suami juga hendaklah menjaga penampilan diri agar sentiasa kelihatan menarik dan bersih. Ini adalah penting demi menimbulkan keselesaan dalam hubungan suami isteri. Sesungguhnya isteri juga ingin melihat pasangannya memiliki penampilan yang menarik sebagaimana suami inginkan isteri yang anggun lagi bergaya.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)." – Surah al-Baqarah: 228.Ibn Abbas r.a berkata:“Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteriku sebagaimana aku senang jika isteriku berhias untukku.”Tambahan pula ALLAH menyukai keindahan termasuklah penampilan diri yang menarik serta sesuai dengan lunas-lunas syarak sebagaimana
sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya ALLAH itu Maha Indah dan menyukai keindahan." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 91.Rentetan dari ini maka para suami hendaklah berusaha kelihatan bergaya sehingga sedap mata isteri memandang ke arahnya.Suami Hendaklah Sabar Melayani Karenah IsteriPerempuan memang terkenal dengan sikap emosional dan suka ikut perasaan. Namun, para suami harus sabar ketika berhadapan dengan karenah sedemikian rupa. Para suami hendaklah berhadapan dengan situasi sebegini dengan penuh kesabaran dan hikmah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Nasihatilah wanita dengan baik. Sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk dan bahagian terbengkok dari tulang rusuk adalah bahagian atasnya. Seandainya kamu meluruskannya bererti kamu mematahkannya dan seandainya kamu biarkan maka ia akan terus membengkok. Untuk itu, nasihatilah wanita dengan baik." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5186.Hadis ini menganjurkan para suami menasihati para isteri dengan cara yang penuh hikmah dan lemah lembut. Jangan sesekali terburu-buru menggunakan kekerasan kerana ia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan permasalahan malah akan memburukkan lagi keadaan.
Oleh itu, para suami haruslah bijak mencari masa paling baik untuk menasihati isterinya. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan seperti ketika kemarahan isteri masih meluap-luap, sebaik-baiknya ditangguh dahulu penjelasan ataupun menasihatinya sehingga kondisi menjadi tenang dan tenteram.Sekiranya wujud di dalam diri isteri sifat-sifat yang kurang disenangi maka kita handaklah mencari sifat serta tabiat isteri yang positif untuk menghiburkan diri kita dan berusaha melenyapkan perasaan benci terhadap isteri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredhai akhlaknya yang lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1469.Sekiranya terdapat perbuatan isteri yang memerlukan para suami untuk meluruskannya maka ia hendaklah dilakukan secara bertahap-tahap dan tidak terburu-buru untuk berkeras terhadapnya.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, (kalau mereka masih juga degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar." – Surah al-Nisa’: 34.Jika suami telah melihat tanda-tanda penderhakaan wujud pada isterinya, dia hendaklah menasihatinya dengan mengingatkannya tentang hukuman ALLAH terhadap tingkahlakunya itu.
Sekiranya setelah menasihatinya tetapi dia masih tidak berubah, suami berhak memisahkan tempat tidur dan tidak menggaulinya (Hajr). Apabila hajr juga gagal untuk menyedarkan isteri akan kesilapannya, suami hendaklah memberi pelajaran kepada isteri dengan memukulnya dengan pukulan yang tidak menyakitkan seperti dengan menggunakan kayu siwak (kayu yang digunakan untuk memberus gigi) atau sejenisnya. Inilah tatacara yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk menangani sikap-sikap negatif yang mungkin wujud pada para isteri.
Kewajipan Suami Menyediakan Rumah Untuk IsteriMenyediakan tempat perlindungan untuk isteri dan anak-anak merupakan kewajipan seorang suami. Ia amat penting dalam membentuk sebuah keluarga yang harmonis kerana rumah adalah tempat sepasang suami isteri memainkan peranan masing-masing dan membesar serta mendidik anak-anak.
Firman ALLAH S.W.T:
"Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu." – Surah al-Talaq: 6.
Walaupun ayat di atas merujuk kepada isteri yang telah dicerai dan berada di dalam tempoh idah namun ini sebenarnya hanya menguatkan lagi pandangan bahawa isteri yang masih dalam status pernikahan lebih berhak mendapatkan tempat tinggal daripada suami.Tentang saiz serta reka bentuk rumah, ia bergantung kepada kemampuan para suami.
Firman ALLAH S.W.T:
"Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya." – Surah al-Baqarah: 233.Bagi suami yang memiliki sedikit harta, dapatkanlah rumah bersaiz kecil yang sesuai dengan kemampuannya itu. Sekiranya di masa hadapan harta semakin bertambah banyak, ketika itu usahakan untuk mendapatkan rumah yang lebih besar.Seorang isteri juga berhak mendapatkan rumah yang khusus bagi dirinya tanpa berkongsi dengan madu-madunya mahupun ahli keluarga yang lain. Isteri berhak menolak permintaan suami untuk tinggal bersama madu-madunya ataupun ahli keluarga yang lain dan suami wajib memenuhi tuntutan tersebut.Penolakan isteri itu berkemungkinan menunjukkan dia merasa tidak selesa dengan situasi tersebut ataupun mungkin ada perkara-perkara yang boleh menyebabkan suasana yang tegang dalam rumahtangga sekiranya duduk bersama dengan pihak lain.
KESIMPULAN
Inilah beberapa peranan suami menurut al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w yang dapat dijadikan tauladan membina sebuah keluarga yang harmonis. Semoga ia dapat dijadikan pedoman bagi seluruh pemimpin keluarga untuk membahagiakan para isteri mereka. Contohilah sunnah Nabi s.a.w kerana pada diri baginda terdapat contoh tauladan yang terbaik.
Firman ALLAH S.W.T:
"Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia sentiasa menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21.Sufyan bin ‘Uyainah r.h berkata:“Sesungguhnya Rasulullah adalah timbangan yang paling besar. Segala sesuatu harus diukur dengan akhlak, perilaku dan petunjuknya. Yang sesuai dengannya, maka itu benar dan yang tidak sesuai dengannya maka ia bererti batil.”

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Wednesday, July 23, 2008

Kemulian Ibu Dalam Islam

Kemuliaan Ibu Dalam Islam


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

Dua rakaat sholat wanita yang hamil lebih baik dari delapan puluh rakaat sholat wanita yang tidak hamil.
Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

Wanita yang bersalin dapat pahala tujuh puluh tahun sholat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, insyaa Allah bagai mendapat satu pahala haji.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti saat ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa empat puluh hari selepas bersalin ia dianggap sebagai mati syahid.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala dari pada tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala sholat dan puasa.

Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempo dua setengah tahun maka malaikat di langit khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesai karena menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan dua puluh orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri dua belas tahun pahala ibadah.

p/s : tak sabo-sabo rasa nak jadi ibu...

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

Istimewa Wanita


Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.
Istimewanya Wanita
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya." 50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tuesday, July 22, 2008

Gembira dan Kesannya

GEMBIRA DAN KESANNYA
Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi danrohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinyaditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampaimasa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan ataumenghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhiburatau terasa gembira.
Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuat-buat.Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak real dan tidak semula jadi.Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang daridalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohaniitu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala.
Gembira dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutuphingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah diagembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasagembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka.Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak,terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung,muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomel-ngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-kelalang.SEBAB-SEBAB GEMBIRAKita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidak boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang menggembirakan kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Diantaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:
1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidakduga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dansebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti inginlulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja,tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai sepertikepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kitasetelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dansayangi dan lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangankita mendapat kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan,atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa,guru, kawan kita dan lain-lain.
8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencanayang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekian sekian lama.
11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar.Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebihlagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
3. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakityang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berhargakepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yangselama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang,mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan.Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalamkehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyaklagi dari itu.
CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN
Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluarbatas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa danyang memberi nikmat.Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan,menari-nari kegembiraan,bercerita-cerita dan menunjuk-nunjukkesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa meluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkan kegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlismajlis maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegembiraan itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh mencacatkan hati orang atau persaudaraan.Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin melahirkan rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti berikut:
1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasamalu kepada-Nya.
2. Sujud syukur.
3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tandabersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.
4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.
5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana mengenangjasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada kita.
6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.
7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesamamanusia.
dari minda sahibuzaman...

Alkisah 1 Cerita

Alkisah tersebut lah satu cerita.

Luqman-Al-Hakim mempunyai seorang anak kecil dalam 10 tahun umurnya. Beliau juga punya seekor keldai. Suatu hari Luqman dan anaknya menziarahi seorang sahabat dihujong kota dengan keldainya. Luqman menunggang dan anaknya menunda keldai tersebut. Perbuatan itu dipersaksikan ramai orang di pasar. Maka berlakulah dialog berikut:

S: Apalah si Luqman ni, dia baguih punya menunggang, anak yg kecil disuruh berjalan. Zalim sunggoh sibapak ini!
J: Hai anakku,naiklah engkau keldai ini,biar ayah yang menunda.
S: Tengok si anak Luqman, apalah punya anak,ayah yang tua disuruh berjalan..dia baguih punya nunggang!
J: Hai ayahku, marilah menunggang bersamaku..
S : Engkau tengok dua beranak tu, adakah patut depa pi tunggang keldai tu berdua..tak kesian ke kat keldai tu?!
J : Wahai anakku, marilah kita berdua turun dan menunda keldai ini bersama!
S : Hangpa tengok si Luqman dua beranak..ada keldai tapi tak ditunggang!!
J : Hai anakku..marilah kita pikul keldai ini..
S : Alahai..apa lah gila si Luqman ni..adakah patut keldai dipikulnya??!!

Pengajaran: buatlah sesuatu perkara kerana ianya benar disisi ALLAH & Islam. Kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia..nescaya tiada apa yang kita buat boleh memuaskan nafsu semua orang. Pasti ada yang menyokong..dan tak kurang yang menentang.

Friday, July 11, 2008

Khawin Untuk Apa??


Kahwin Untuk Apa?

Koleksi ANIS/ Temubual: Zakaria Sungib

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini.

Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.
Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah . Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah . Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah , syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah . Ini formula yang tak boleh dilanggar.
Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya? Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?

Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah dulu. Kenal pasti apa yang Allah suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah .

Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah , kita minta pun dengan Allah . Allah taala akan pandu dalam usaha kita. Allah beri panduan. Allah tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah .

Jadi usaha mesti dengan Allah dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah .Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.

Dalam soal ini, Allah kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik. Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah , Allah tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.

Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah . Allah juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah , apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah pandu kita. Allah hanya akan memandu orang yang beriman.
Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?
Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.

Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?
Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat. Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah tapi bertambah jauh dari-Nya.

Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah ’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat. Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.
Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?
Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya. Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.
Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?
Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah . Orang yang kahwin kerana Allah akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah untuk mendapatkan pasangan.

Mari Mengaji

Ramai antara kita menyimpan sekurang-kurangnya senaskah al-Quran di bilik masing-masing. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja daripada bilangan yang ramai itu menjadikan alQuran sebagai bacaan harian. Sebahagian daripadanya mungkin sudah berbulan-bulan tidak menyentuhnya dan mungkin ada juga yang hanya menyentuhnya setiap kali hari jumaat sahaja.Selebihnya mungkin menjadikan al-Quran sebagai perhiasan sahaja. Sebagai muslim, kita semua tahu akan keistimewaan dan ganjaran membaca al-Quran.
Tetapi mungkin kerana kelemahan kita untuk menguasai bahasa arab menyebabkan kita tidak tertarik untuk membaca sesuatu yang kita tidak faham.Kebaikan membaca al-Quran sangat banyak, di antaranya ialah; bagi orang yang membaca al-Quran dengan maksud untuk menghafalnya dan dilakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membaca dan pahala susah payah dalam menghafalnya. Manakala orang yang membaca al-Quran dengan lisan yang tertatih-tatih dan rasa susah (gagap) maka baginya dua pahala juga.Dari Ibnu Mas’ud ra, Rasulullah bersabda, ”Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka akan mendapat hasanat dan setiap hasanat mempunyai 10 kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan bahwa ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” (hari Tirmidzi)Mungkin tidak ada masalah untuk membaca al-Quran pada masa iman tengah naik. Tetapi untuk menjadikannya sebagai rutin harian mungkin agak berat. Iman itu ada pasang surutnya. Antara cara mendorong diri supaya konsisten membaca quran ialah:
1. Jangan simpan quran di tempat yang sukar dicapai. Letaklah di tempat yang selalu anda lakukan kerja atau di tempat yang senang dilihat supaya anda tidak lupa dan senang terdorong untuk membacanya. Contohnya anda boleh menyimpan quran di atas meja belajar, sebelah komputer atau di kepala katil anda. Lebih mudah jika di simpan di tempat yang tidak memerlukan anda bangun dari kerusi anda. Maknanya simpan dekat dengan tempat anda duduk dan dalam capaian anda.
2. Jangan letakkan target yang luar biasa. Jika anda jarang-jarang membaca quran, sudah cukup baik jika anda ‘aim’kan untuk membaca 7 baris ayat (setengah muka surat) setiap hari. Jangan sekali-kali cuba untuk membaca seberapa banyak ayat yang mungkin (jangan tertipu dengan semangat), tetapi berusahalah untuk melaziminya setiap hari walaupun sekadar beberapa ayat. Anda tidak dikira benar-benar berjaya jika mampu membaca 7 baris ayat tersebut, tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila 7 baris ayat itu sebati menjadi bacaan rutin harian anda. Setiap orang boleh meletakkan target masing-masing berdasarkan kemampuan diri.
3. Bermulalah dengan surah yang anda minati. Jika anda tidak tahu surah apa yang anda minat, saya syorkan anda mendengar (mp3) bacaan surah Yusuf oleh Syeikh Saad Said al-Ghamidi. Dapatkan ‘feel’ daripada alunan bacaannya. Kemudian bacalah bermula dari surah tersebut dengan menggunakan alunan lagu yang sama.
4. Bagi yang belum lancar bacaan, gunakanlah sedikit duit untuk membeli vcd bacaan quran yang mempunyai visual ayat dan audio bacaan. Software ini sangat membantu untuk kita mengenal pasti cara bacaan yang betul. Rujuklah software ini apabila bacaan anda tersangkut atau anda tidak yakin bagaimana cara sebutan yang betul.
5. Kadang-kadang kita ada keinginan untuk membaca quran. Tetapi keinginan itu terbantut disebabkan rasa malas untuk ke bilik air mengambil wudhuk. Barangkali sejuk untuk membasahkan diri. Lawatilah www.quranflash.com. Gunakanlah paparan quran yang cantik itu dengan sebaiknya. Anda tidak perlu bersusah payah untuk berwudhuk terlebih dahulu. Anda juga boleh membacanya pdaa bila-bila masa sahaja. Apa salahnya jika meluangkan sedikt masa anda di depan komputer untuk membaca quranflash ini. Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda melayari quranflash, ia akan membuka paparan pada muka surat yang sama seperti mana ketika anda menutupnya. Jadi anda boleh melanjutkan bacaan anda secara konsisten sehingga surah yang anda baca itu tamat.
Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah untuk sentiasa mendengar, membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.
p/s: Tahukah anda, masa yang diambil untuk membaca satu muka surat (15 baris ayat) dengan kadar (kelajuan) bacaan yang normal hanyalah 4 minit sahaja. Maknanya hanya 2 minit sahaja diperlukan setiap hari untuk membaca separuh muka surat daripada quran.