Salam Ukhwah

Thursday, March 25, 2010

Wahai Diri.... Koreksi Diri....

Tengahari dihari jumaat ini biasalah.. masa yang sangat aku suka kerana inilah masanya untuk aku membelek dan mencari serta melayari mana-mana blog yang dapat memberi apa saja info yang bermanfaat... Kengkawan yang lain semua dorang pakat keluar ke MacD Teluk Cempedak katanya... makan-makan sambil menyaksikan panorama lautan Teluk Cempedak yang memang cantik dan mendamaikan.
Nak jadi cerita.. sambil-sambil duk scan PC nih.. maka terfikir jugak oleh diri ni... komputer perlu discan seberapa kerap yang perlu supaya kita dapat kesan virus-virus yang bersarang & menyerang software yang ada dalam PC / Laptop kita kan.. so begitu jugaklah sama keadaannya dengan diri kita ini. Scan yang dimaksudkan adalah sama maknanya dengan muhasabah diri. Mungkin ini satu cara dan kaedah dalam mencari kelemahan dan kekurangan diri agar iman kita tidak rosak dan terhegeh-hegeh atau dalam dengan kata lain tersengguk-sengguk

Virus pun ada macam-macam adik beradik dan kerurunan. Ada bemacam-macam nama yang kadang2 aku sendiri pun tak tahu nak sebut. Tergantung kepada bahaya dan serius penyakit yang dibawa. Begitulah sama juga dengan penyakit dalam diri kita ini. Terdiri daripada bermacam-macam bentuk dan sifatnya. Ada yang sangat bahaya, ada yang bahayanya hanya kepada diri kita sendiri saja, ada yang perlu dikaji juga diservis cuma sikit-sikit tak kurang juga ada yang perlu di consult dan dirujuk atau dibincang dengan orang yang pakar contoh orang yang lebih tinggi ilmunya seperti golongan (ustaz / ustazah / ulama). Dan yang paling.. paling bahaya apabila kita tak sedar atau tak kisah nak pakai anti virus.. atau tak amil berat tentang virus penyakit yang ada pada kita lalu kita pun biarkannya dan buat-buat tak faham.

Macam-macam jenis penyakit hati yang ada sebenarnya. Perasaan Hasad Dengki (PHD) yang memakan kebaikan. Hinaan & celaan yang membawa kepada kepapaan diri diakhirat kelak. Nafsu syahwat yang bermaharajalela yang punya kekuatan menundukkan diri. Zalim yang mengundang kepada sebuah kemurkaan. Riak yang sebagai pembunuh kenikmatan ikhlas. Dan lagi sebenarnya.
Ada orang mana yang rajin dan mana-mana yang sentiasa beringat maka dia bermuhasabah setiap hari.. dia scan diri setiap hari secara yang istiqomah dengan cara ini InsyaALLAH kita mampu menyedari perubahan kecil yang berlaku dalam diri kita. Jadi, Takdelah kita akan terkejut sangat bila terjumpa virus dan ia masih boleh dirawat melalui proses tarbiyah jika di stage / peringkat awal.
Antivirus ni kaspersky ke... apa ke... sebenarnya kegunaannya adalah sebagai langkah untuk kita jaga komputer or laptop supaya tidak diserang virus. Tetapi yang lebih penting dari itu... kita sebagai manusia lebih perlu sentiasa bersedia dan berhati-hati menjaga hati-hati kita kerana malang itu tidak berbau. Bila-bila masa saja kita dipanggil pulang dan tinggal dibilik penginapan itu.. so bila dah termasuk ke dalam lubang itu, baru nak menyesal susah gak kan.. sangat susah. Sebagaimana rasa bahayanya bila komputer tiada antivirus, begitu juga kita perlu rasa bahaya bila tiada atau lemahnya iman kita.

Jom.. saya menyeru pada diri saya sendiri terlebih dahulu.. marilah kita sentiasa bermuhasabah. Kena banyak memerhati diri, koreksi diri... dan andai tersilap langkah, segeralah ambil tindakan & dan kena cepat-cepat repair sebelum jentera mesin kita ini terus terhenti buat selamanya...
Suarahati : Hati ni perlu lebih kerap untuk pergi ke pusat servis agarnya ianya tidaklah mudah bekarat & bersawang... bila dah makin tebal karatnya maka makin susah untuk mengikis kekaratan itu... dan bila telah banyak sawangnya maka makin kaburlah lintasan cahaya untuk menembusinya.

Tuesday, March 23, 2010

Redha Allah Terletak Pada Redha Ibu Bapa


Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berapa kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.


Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.


Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.

Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?

Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya.
Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.
Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?
Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!


Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.

Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?

Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.


Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.

Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.

Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?

Jika anda bertanya begitu, sila ulang baca ayat pertama pada awal tulisan ini!
Suarahati : Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana aku dikurniakan kedua ibubapa yang sangat sayang pada anaknya ini.. kini aku perlu gandakan tugas untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab pada mereka & akan sentiasa bahagiakan mereka hingga ke hujung usia... Mak & Ayah... ampuni anakmu atas segala kesalahan & ketelanjuran sama ada dalam sedar atau sesuatu yang tidak disengajakan...

Thursday, March 11, 2010

Gembirakan Kami Dengan Redha-MU

Sempena 14hb Mac nih.. terpanggil macam nak mencoret sesuatu laksss kat laman ni... eceh.. skima sangat lah pulaks.. "ULANGTAHUN PERNIKAHAN"
Hari yang aku duk tunggu-tunggu dah tiba. 2 hari lagi adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 2. Walaupun tidak dijanjikan dengan sebarang hadiah tp hati tetap tak sabar jugak. Suamiku ini memanglaaa bukan jenis yang pandai nak buat benda-benda tuh semua.. mula dulu terasa jugak macam tekecik hati ni coz dia tak bekisah pun nak kasi apa-apa.. namun kena didik hati sendiri supaya malas sangat nak ambik pusing pasal tu sebabnya banyak lagi kebaikan & kelebihan dia yang lain yang patut dihargai & disyukuri.
Sebenarnya masih terlalu muda usia rumahtangga ini dan terasa juga seolah macam masih berbulan madu.... banyak sangat lagi pelajaran dah ilmu kehidupan berumahtangga yang masih perlu pelajari dan diterokai lagi.

Aku sedar aku tak boleh sangat sekadar berpuashati dengan keadaan dan apa yang ada waktu ini.. Banyak yang perlu selalu dibaja, disubur-suburkan, dan sentiasa mohon dilimpahi rahmah dan mawaddah bagi menjamin keutuhan perhubungan suci ini. Ia bukan sekadar hanya janji di mulut, manis dibibir semata-mata atau sign pada kertas aje... tapinya lebih daripada itu... datang tanggunjawab bersama cinta dan yang paling penting bulat tekad yang perlu ditanam di dalam hati dalam melaksanakan peranan & tanggungjawab.

Alhamdulillah.. dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas kasih dan sayang-NYA, kami masih berpeluang bersama pada tahun ini dan moga hingga seterusnya kehujung hayat tetap bersama. Suamiku.. dialah jiwa, dialah sumber kekuatan, dialah semangat dan dialah lelaki yang aku cinta. Rasanya takde ucapan lagi dahhh yang mampu menggambarkan rasa hati ini.. Ya Allah Ya Rahman.. Engkau selamatkanlah perjalanan suamiku.. pergi dan pulangnya, Engkau dekatkanlah rezki yang dia usahakan.. Engkau Perkukuhkanlah Kasih Sayang antara kami... & Kurniakanlah kami zuriat dari sisiMU.. aminnn

Buat suami tersayang...
Indahnya alam berumahtangga walaupun begitu banyak rintangan dan cabarannya yang menanti dan kita perlu bersiap sedia dari segi kekentalan jiwanya.. dari segi ketabahan hatinya untuk diuji kelak. Semoga apa juga yang berlaku kita sama-sama menghadapinya. Isterimu ini akan berusaha sebaik mungkin untuk memahami dirimu. Mungkin diri ini belum teruji lagi setakat mana kekuatan untuk menghadapinya. Memanglah kalau kita tanya semua orang pun & kita sendiri jugak sure orang lain & kita sentiasa nak kan pasangan mengikut kehendak dan acuan yang kita angankan. Ketika itulah tak mustahil konflik akan berlaku sekiranya ia bertentangan. Tapi kita beri masa... dan perlu lebih banyak memberi daripada hanya meminta & menuntut apa yg disebut sebagai ’hak’.

Ehem... Kenangan paling manis dalam hidup aku (rasanya semua kaum hawa kot sama) ialah apabila mendengar suami melafazkan akad nikah dan kita selamat sah menjadi suami isteri. Duduk berdua di singgah sana yang serba sederhana.. Haii... terbayang-bayang lagi saat & ketika itu. Pelamin yang digubah sendiri secara bidan terjun oleh abangku & isterinya.

Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan ini.. dan yang dibina atas rasa kehambaan.. semoga kasih sayang ini . tetap harum subur hingga ke akhir hayat ... InsyaALLAH. Moga Allah mengurniakan kepada kita anak-anak, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Ya Rabb.. yang kerana-Mu, kami bertemu. Ameen…
Suarahati : i love u so much..

Sunday, March 7, 2010

Jambatan Siap 100%

Jambatan Kuala Krau bernilai RM64 juta yang menghubungkan laluan Temerloh-Jerantut dan Rumpun Makmur Gunung Senyum di Jengka dengan menyeberangi Sungai Pahang, kini siap sepenuhnya dan boleh dilalui. Dijadual perasmian akan disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada hari ini.

Dengan siapnya jambatan sepanjang 490 meter dan lebar 13.9 meter itu dijangka memberi kemudahan perhubungan kepada lebih 60,000 penduduk di kawasan terlibat kerana dapat memendekkan perjalanan orang ramai untuk ke Temerloh, Jerantut atau Bandar Jengka.

Perjalanan antara Kuala Krau-Jerantut-Bandar Jengka melalui jalan sedia ada sepanjang 55 kilometer ke laluan baru sepanjang 22 kilometer dengan itu dapat menjimatkan masa perjalanan selama 30 minit berbanding satu jam sebelum ini. Paling memberi makna buat diri saya sendiri apabila hanya mengambil masa lebih kurang 20mnt iaitu dengan jarak 17km dari Felda Jenderak Utara ke rumah mertua di Kg. Durian Hijau yang terletak berhampiran Kg. Rumpun Makmur. Perjalanan sebelum ini melibat jarak sejauh 65km melalui jalan jerantut feri dengan 45minit – 1jam perjalanan.

Rata-rata penduduk tempatan berharap dengan siapnya jambatan itu juga dijangka dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat selain menjadi pemangkin segala kegiatan kemasyarakatan kerana dua kawasan yang terpisah, kini dapat disatukan. Tidak ketinggalan juga Kawasan Rekreasi Gunung Senyum juga dijangka menerima penambahan pengunjung dengan hebatnya.

Saya secara pribadinya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana atas kasih dan sayangNYA telah mengilhamkan idea ini kepada pemerintah & telah mengurniakan kudrat kepada tenaga kerja dalam melaksanakan tugas untuk membina Jambatan ini bagi kemudahan yang sangat bermakna buat penduduk sekitar.

InsyaALLAH lepas nih.. mana kampung-kampung terpencil sebelum ini dijangka akan bernafas semula. Antara kampung berhampiran adalah Kg. Gunung Senyum, Kg. Rumpun Makmur, Kg. Pulau Raya, Kampung Durian Hijau, Felda Jengka 24 & 25 dan dan banyak lagi.


SuaraHati:- Senang sket nak ulang alik.. 1 hari boleh 3-4x.. siap boleh tuko2 lauk lagi...




Thursday, March 4, 2010

Menerima Musibah Sebagai Anugerah

Di sebuah desa pedalaman daratan China, ada seorang petani yang sedang termenung kerana kuda yang biasa digunakan untuk mengerjakan ladangnya lari ke dalam hutan yang ada didekat desa itu dan hampir seminggu tidak kembali. Para jiran dan saudara mara datang memberikan simpati sambil menghibur sang petani. “Kasihan sekali dengan nasib burukmu. Sekarang, tanpa kuda, kamu tidak boleh mengerjakan ladangmu lagi.” Sang petani menjawab, “Saya tidak tahu apakah ini yang disebut musibah atau anugerah.”

Seminggu kemudian ketika sang petani sedang mencangkul ladangnya, tiba-tiba dia mendengar derap kaki dan suara ringkik kuda. Ketika petani tadi melihat kearah datangnya suara itu, dia terkejut kerana kudanya yang hilang telah kembali bersama 3 ekor kuda betina yang tampak masih liar. Sang Petani merasa gembira. Para jiran dan saudara mara datang dan berkata “Nasibmu sungguh baik kawan. Sekarang kamu mempunyai 4 ekor kuda” ..Sang petani menjawab
“Saya tidak tahu, apakah bertambahnya kuda-kuda ini disebut musibah atau anugerah.”

Esok harinya, anak lelaki sang petani, melihat 3 ekor kuda betina berada di kandang. Sementara yang jantan sedang mengerjakan ladang dengan sang petani – bapa belia itu. Tiba2 dia ingin mencoba untuk naik kuda tersebut mengingat selama ini kuda yang ada hanya untuk mengerjakan ladang. Ketika sang belia baru menaiki kuda tersebut, kuda itu memberontak kerana masih liar. Sehingga sang belia terlempar dan jatuh ke tanah dengan kuat. Sang petani terkejut dan berlari ke arah anaknya. Para jiran dan saudara mara datang dan berkata : “Kasihan sekali .. betapa buruk nasibmu anak muda” .. Sang petani berkata
“ Saya tidak tahu, apakah ini disebut musibah atau anugerah.”

Kerana kaki sang belia patah, maka dia hanya mampu duduk atau berjalan menggunakan tongkat. Beberapa hari setelah kejadian tersebut, datang utusan Raja ke desa itu mengumumkan bahawa semua belia yang sehat wajib masuk tentara berperang melawan tentara musuh. Semua belia direkrut kecuali sang belia yang sedang patah kakinya. Semua jiran dan saudara mara datang mengatakan ..: “Anakmu sungguh bertuah, kerana patah kaki membuat dia tidak ikut berperang. Sang petani itu hanya berkata :
“Saya juga tidak tahu, apakah ini disebut musibah atau anugerah.”

Dalam kehidupan ini kita sering menerima dua perkara yang berlawanan yaitu musibah atau anugerah. Kita berharap untuk sentiasa mendapat anugerah, kerana anugerah adalah perkara yang sangat menggembirakan hati. Hidup ini akan terasa indah manakala kita menerima anugerah, dengan mudah kita akan bersyukur keatas anugerah diterima.

Bagaimana saat kita menerima suatu musibah, apakah kita masih boleh beryukur....? Adalah sesuatu yang berat beryukur saat kita menerima musibah. Kebiasaan yang terjadi, kita akan mengeluh, dan merasa tidak bersedia untuk menerima musibah. Mungkin kita merasa Tuhan tidak adil. Tak jarang kita menyalahkan hidup atau menyalahkan Tuhan

Pernah saya menerima dua surat yang isinya sangat berlawanan dari seorang sahabat. Saat sahabat saya itu menerima anugerah yang berlimpah, suratnya berbunyi " Kawan, saat ini saya sedang mengalami kemajuan dalam bidang usaha yang saya ceburi, dan saya mendapat beasiswa untuk meneruskan pelajaran dari perusahaan tempat saya bekerja. Alhamdulilah kawan, Tuhan begitu baik pada saya atas semua yang diberikanNya, Tuhan maha pengasih lagi maha penyayang." Sahabat saya begitu bersyukur atas semua rahmat dan anugerah yang diberikan oleh Tuhan. Itulah yang terjadi kita akan mudah bersyukur dalam keadaan ini

Dan suatu ketika saya mendapat surat dari sahabat saya yang sama, ketika dia mendapat musibah, suratnya berbunyi : " Kawan saya sedang mengalami sakit parah dan berpanjangan, sudah banyak waktu dan biaya yang saya keluarkan untuk mengobati penyakit saya ini, badan saya sudah kurus, Tuhan tidak adil, tiada guna aku berdoa. Do’aku tidak didengar Tuhan, sehingga sakit saya tidak juga sembuh." Dalam keadaan seperti inilah sering kita tidak bersyukur atas musibah yang kita terima. Kerana bersyukur pada saat tertimpa musibah itu lebih susah untuk melaksanakannya.

Banyak orang yang menjadi sakit parah, menjadi stress, kerana hati mereka tidak boleh bersyukur saat mereka ditimpa musibah. Musibah jika dijalani dengan beryukur, masalahnya akan terasa lebih mudah dan ringan. Tetapi jika kita tidak mampu untuk bersyukur saat ditimpa musibah, maka masalahnya mungkin akan bertambah dan bertumpuk, sehingga membuat kita semakin terpuruk.

Rasa syukur sangat penting dalam kehidupan, rasa syukur membuat hati dan fikiran menjadi terbuka menerima apapun keadaan yang kita alami dalam kehidupan, dan selalu mengingatkan akan semua kurnia saat mendapat anugerah. Dengan bersyukur kita akan mampu menghadapi masalah secara proporsional. Kerana setiap masalah pasti ada jalan keluar, dan dibalik masalah terdapat hikmah yang tersembunyi. Dengan beryukur kita boleh melihat hikmah disebalik masalah

Dengan bersyukur kita boleh mengawal diri, yaitu tidak bersikap berlebihan saat menerima anugerah atau musibah. Rasa syukur merupakan kekuatan yang luar biasa untuk menghilangkan atau mengatasi masalah dalam kehidupan.
Hidup akan terasa bahagia atau menderita, semua bergantung pada cara pandang dan pikiran kita. Dengan selalu bersyukur akan dapat ditemukan apa yang kita cari. Jika pikiran kita menghendakii sesuatu yang indah dari setiap musibah dan menysukurinya, maka hal indah yang akan kita dapat. Maka Marilah mensyukuri kehidupan yang kita jalani, baik saat kita mendapat musibah atau saat mendapat anugerah.

"Dengan bersyukur kita dapat menerima musibah sebagai anugerah "
dibaca dari blog http://www.keruak.com
SuaraHati : Kadang-kadang akal kita terhad dan jiwa kita terlalu kerdil untuk memahami dan mengetahui segala hikmah yg tersirat disebalik kekecewaan.. kesakitan atau kepedihan tatkala kata diuji dengan pelbagai ujian. Saya mennyeru kepada diri saya sendiri juga sahabat ziarah semoga kita sentiasa bersangka baik terhadap takdir ALLAH yang telah ditentukan kepada kita agar kita lebih mendapat ketanangan kerana setiap perkara / musibag yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.