27-09-2012
Hari
nih...
36
tahun berlalu, bermakna selama itu juga tempoh masa yang telah diamanahkan oleh
Allah SWT kepadaku.. dan semuanya ini bakal ditanya kelak. Ternyata Masa yang ditinggalkan dah panjang
berlalu dan masa yang tinggal ni makin sikit. Allahhurabbi..
Entah
kenapa ek, di hari ini saya berasa sangat
sayu… rasa pilu menerjah ke lubuh hati.. rasa bedebar-debar yang tak tahu apa
sebab dan penyebabnya.. tarasa seperti orang hilang punca.. serba tak kena
dibuatnya. Mungkin merasa pilu atas masa yang berlalu.. terasa pilu
mengenangkan bekalan untuk dibawa balik bertemu dengan-NYA sekiranya aku dijemput
pulang pada saat ni, debaran yang dirasakan ini bila teringgatkan dosa yang
menggunung.
Dipanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kasih dan sayangnya masih memberikan kepadaku
sedikit lagi kesempatan untuk bertapak dibumi-NYA, masih diberi ruang &
peluang untuk memperbaiki diri dan Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat
kesihatan untuk meneruskan usia yang berbaki ini agar sempat mencapai redha-MU.
Terima
kasih Mak kerana melahirkan saya…
Terima kasih ayah kerana bekorban membesarkan
saya..
Terima kasih
suami kerana menikahiku, kerana tidak jemu memimpinku, kerana sangat sabar
dalam menjagaku.
Terima kasih abang kakak kerana mengambil berat tentang saya..
Terima
kasih adik kerana meletakkan diri ini sebagai ‘kakak yg dikasihi’.
Ya Allah, Ya
Rahman,
hari ini hambaMu
ini
Bersedia untuk
dipanjangkan umur
bersedia untuk
melakukan kebaikan
bersedia untuk
menerima rezekiMu
bersedia untuk
membuka pintu hati menerima cahayaMu ya Allah
HambaMu ini
bersedia untuk menerima segala kehendakMu ya Allah
Oleh itu ya Allah,
HambaMu yang lemah ini mohon agar
Dikurniakan olehMu
umur yang berkat
Diberikan petunjuk & kekuatan dalam melakukan kebaikan
Dipinjamkan
ketabahan & kesabaran dalam mendepani setiap ujian kehidupan
Ya Allah..
banyaknya amanah dan tanggungjawab yang belum selesai. Bantu aku Ya Allah, hambaMu ini ingin menjadi
hamba Yang Taat, Hamba yang sentiasa membuat kebaikan, Hamba yang sentiasa
dekat denganMu ya Allah. Hamba yang mengikut segala perintahMu dan yang
meninggalkan segala laranganMu.
SuaraHati :
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami
mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan
permudahkan kami meninggalkannya."
No comments:
Post a Comment