Menanti dan terus mengharap...
Saya memahami dan cukup yakin bahawa soal rezeki adalah termasuk dalam tirai rahsia Allah. Sebenarnya tak terhitung rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah Ta’ala. Saya ada 2 tangan yang lengkap jari jemarinya, saya ada 2 kaki yang membolehkan saya bergerak sana sini, saya juga dikurnikan fizikal yang sihat Alhamdulillah, punyai pekerjaan sebagai sumber pendapatan dalam memenuhi keperluan harian dan macam-macam lagi kurnia dari-NYA. Kalau nak disenaraikan tentu sekali tidak terhitung. Jadi nikmat Allah yang mana lagi nak didustakan?? Nyata sekali tanpa sedar kita leka akan rezeki yang telah diberikan oleh Allah. Marilah kita sama-sama renung kembali akan nikmat yg diberi oleh-Nya. Peringatan juga buat diri saya sendiri terlebih dahulu.

Cuma…
Mungkin rezeki saya & suami untuk mendapat
zuriat belum tiba lagi. Boleh jadi Allah tangguhkan lagi untuk kami menerima
amanah & anugerah ini mungkin dalam pengetahuan Allah kami belum mampu. Kerana
DIA jugalah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami berdua.
Tidak dinafikan sama sekali ada di antara kita
meskipun tidak punya anak tetapi diberi Allah pasangan yang saling menenangkan
hati, dikurniakan nikmat kesenangan & kecukupan harta, tak kurang juga ada
yang mudah naik pangkat, ada juga mereka disenangi orang dan rakan taulan.
Ditemukan sahabat yang soleh pun salah satu rezeki Allah juga, serta ada pula yang dipermudahkan laluan dan urusan seharian dan macam-macam lagi.
Namun..
Ada sesetengah pula di antara kita, apabila Allah
mengurniakan kita zuriat yang berderet-deret, maka kita pun terdengarlah
keluhan-keluhan yang adakalanya secara tak langsung menampakan seolah tidak
bersyukur.
“Alamak lekat lagi laa”
Ada juga yang dah dapat anak bederet lelaki tapi
teringin anak perempuan. Sedangkan zuriat dah ada jika nak dibandingkan dengan
orang lain yang belum ada zuriat. Biasala manusia dah namanya MANUSIA yang
sifatnya tak pernah cukup dengan apa yang diperolehi.
Ada orang ada anak tapi diuji Allah dapat anak
istimewa.. sekiranya saya.. maka mampukah saya??
Tak kurang juga ada orang dah ada anak yang comel,
sihat dan keletah menghiburkan tiba-tiba Allah uji dengan ujian kehilangan.
Jika saya berada ditempat itu.. maka persoalannya terdayakah saya melalui ujian
begini…? Jawapannya belum tentu.
Itulah kehidupan.. persoalannya adalah UJIAN kehidupan,
memang kita sebagai hamba maka kita layak diuji. Bukan sahaja berkisar tentang
zuriat semata tetapi perkara pokoknya adalah UJIAN.. sama ada punya zuriat atau
tidak kita tetap akan diuji. Siapa kita untuk mengatur dan mencatur takdir-NYA? menentukan
bahawa zuriat kita sekian dan sekian, siapa kita??? Semuanya telah termasuk dalam tirai rahsia
Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha selagi mana tidak melanggar
syariat, berdoa dan bertawakal semoga Allah melapangkan jalan impian kita.
Wahai diriku dan dirimu, kita sedang diuji
Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari seribu
satu keburukan. Setiap kepahitan akan berakhir dengan kebaikan. Moga-moga kita
menjadi seseorang yang berlapang dada dan bersyukur penuh redha agar kebaikan
dunia akhirat menjadi milik hati kita. Berkat redha dan ikhlas serta dengan
sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, moga semuanya digantikan dengan
ketenangan bersama.
Walaubagaimanapun…
Jauh disudut hati ini..masih menanti, masih
mengharap dan masih memohon moga-moga Allah kurniakan anak kepada kami andai
dengan kehadiran anak itu lebih mendekatkan kami dengan-MU ya Allah.. Andainya
kami mampu untuk menjadi ibu bapa yang baik seperti mana perintah-MU maka
berikanlah kami peluang untuk pikul amanah itu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha
Berkuasa.
SuaraHati: Kadang-kadang diri kalah dengan persekitaran yang seakan mendesak & menekan..
No comments:
Post a Comment