Salam Ukhwah

Sunday, March 11, 2012

Tetamu HATI

Saya sangat terkesan dengan Perkongsian ini. Artikel dipetik daripada blog kegemaran saya iaitu http://my.opera.com. Disini saya kongs-kongsikan bersama rakan pembaca agar kita mendapat manfaat darinya.

Sedar atau tidak, hati kita umpama rumah persinggahan. Tetamunya datang bersilih ganti. Tetamu-tetamu itu tidak sekadar datang dan menumpang tetapi ada yang datang dan meninggalkan sampah sarap dan kekotoran hingga hati kita tidak lagi bersih. Ruang jiwa kita menjadi berantakan, susun aturnya berubah hingga kadang-kadang kita tidak lagi menjadi diri kita. Ada juga tetamu-tetamu yang bertanggungjawab bahkan menjadikan hati kita lebih baik dari sebelumnya namun tetamu begini tidak selalu sudi bertandang ke teratak jiwa kita. Mungkin ia menunggu dijemput, tidak seperti tetamu-tetamu yang lebih suka mengambil kesempatan; duduk percuma tetapi memporak perandakan hati kita.


Ya, hati kita seringkali diziarahi KESEDIHAN dan KEPUTUS ASAAN yang setiapkali datang bertandang membawa keresahan dan keraguan. Kita tidak pernah rela dengan kunjungannya namun tetamu ini seringkali tidak sedar diri bahkan menjadikan hati kita umpama rumahnya sendiri. Puas kita mengusir barulah ia mahu keluar tetapi sampah sarap yang ditinggalkan benar-benar tidak menyelerakan hidup kita. Bukan itu saja bahkan dalam tempoh yang singkat ruang hati kita jadi berantakan sehingga hilang rupa bentuknya yang asal. Sampah sarap keresahan dan keraguan yang ditinggalkannya benar-benar membebankan jiwa kita. Kita memerlukan masa yang panjang untuk membersihkannya.

KEMARAHAN juga sering datang bertamu. Walaupun perangainya begitu kasar dan pengotor tetapi entah kenapa kita seolah-olah merelakan kedatangannya. Datangnya tidak lama tetapi ruang jiwa kita umpama ‘tongkang pecah’ bahkan ada barang-barang hiasan kita yang rosak hingga hati kita ternampak buruk dan memedihkan mata yang memandang. Kita tidak pernah suka tetapi jarang pula kita mengusirnya hingga dia sendiri yang ingin pergi. Setiapkali ia pergi kita dapati ruang hati kita penuh dengan dendam, kebencian, sakit hati dan berbagai kotoran yang begitu memedihkan dan menjadikan hati kita sesak.

Ya, kadang-kadang KETENANGAN sudi singgah tetapi biasanya hanya seketika dan tergesa-gesa untuk pergi. Kehadirannya begitu membahagiakan. Sikapnya begitu bertanggungjawab hingga hati kita menjadi lebih baik dan indah setiapkali menerima kunjungannya. Kita tidak pernah meminta tetapi ia sering membersihkan kotoran berupa keraguan dan keresahan yang sering ditinggalkan oleh KESEDIHAN dan KEPUTUS ASAAN bahkan ia mengemas kembali hati kita yang bersepah dengan kebencian, dendam, dengki dan sebagainya yang ditinggalkan oleh KEMARAHAN.

KETENANGAN ini bukan sombong dan benci kepada kita cuma setiapkali ia datang bertamu kita sering lupa untuk menyambutnya dengan baik. Jarang kita berterima kasih, kita hanya inginkan kebaikan yang dibawanya hingga kita lupa untuk bersyukur dan berterima kasih. Benar, terima kasih hingga ia merasa senang untuk mendiami hati kita. Kecetekan ilmu dan rendahnya kematangan kita menjadikan kita seperti kanak-kanak kecil yang rakus dan hanya inginkan 'ole-ole' yang dibawanya.

Petikan dari Blog : http://my.opera.com


1403 - Junaidah binti Bujang

Assalamualikum wbt.

(14-03) - Selamat Ulangtahun Kelahiran buat sahabat yang jauh di JB sana, Junaidah binti Bujang. Syukur atas nikmat usia yang DIA pinjamkan.. bertambah angka bermakna semakin pendek perjalanan didunia ini untuk menuju ketetapan ITU. Selamat panjang umur dalam erti kata selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat menambah erat silturrahim, selamat menambah sedekah, selamat menambah rasa takut kepada Allah (merujuk kepada Solusi #24)


Buat Sahabatku Jun...

Semoga sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan agar terus gagah berkhidmat sebagai seorang isteri kepada suami, anak kepada mak, mama kepada anak-anak, adik kepada kakak & abang serta kakak kepada adik.

Syukur dikurniakan keluarga yang sejahtera, anak-anak yang sihat dan comel sebagai penghibur. Syukur punya kerjaya yang selesa sebagai sumbangan dan nilai tambah kepada keluarga.


Semoga didekatkan rezeki yang sedang diusahakan serta moga dilindungi dari tipu daya syaitan dan manusia.

Semoga Allah sentiasa melimpahimu dengan rahmah dan kasih sayangNya. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu dengan balasan yang berlipat ganda. Semoga Allah sentiasa meminjamkan kekuatan agar terus perkasa mendepani hari-hari mendatang. Semoga Allah mententeramkan hatimu disaat dirimu diuji dengan kesedihan. Semoga Allah meringankan bebanmu dikala ujian & dugaan menimpamu. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa hadir untukmu.

Terima kasih kerana menjadi sahabat Mina, Selamat menambah erat silaturrahim ini dan moga ikatan ukhwah yang terjalin sekian lama sentiasa terikat atas nama persaudaraan.


Kita berkongsi tarikh PENTING sebenarnya kan? pada tarikh 14-03 juga Mina mencatat sebagai tarikh yang mana ianya sangat penting kerana pada tarikh itu muktamad Mina menjawat jawatan sebagai seorang isteri. Pada hari itu jelas lagi tergambar Jun dan keluarga datang dari jauh untuk turut serta menemani Mina pada upacara yang sangat mustahak itu.. Terima kasih sekali lagi atas kesudian serta kesedian Jun & Suami. Diam tak diam 4 tahun telah berlalu.. rasa macam baru jek bulan lepas ianya berlangsung. Doakan kami ye Jun.. moga-moga Redha Allah sentiasa bersama-sama kami dan doakan juga moga dikurniakan rezeki mendapat anak keatas kami be-2.

SuaraHATI : Aku ingin kita terus bersahabat selamanya.. Ukhwah fillah abadan abada..


Thursday, March 8, 2012

Kerana Yang SATU Kami Bersatu

Kerana Yang SATU kami di satukan & kami bersatu.
 
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas kasih dan sayang-NYA, kami masih berpeluang ‘ada bersama’ pada tahun yang ke-4 dan moga hingga seterusnya kehujung hayat tetap bersama. Syukur sangat dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya yang tak terkata serta tidak terhitung banyaknya. Syukur masih diberi kurnia kudrat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Beberapa hari lagi genaplah 4 tahun usia perkahwinan saya & suami.

Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan kepada hamba-MU seorang lelaki sebagai suami yang baik lagi budiman. ‘Ya Allah engkau ilhamkanlah kepadaku untuk aku terus sentiasa ikhlas dalam melaksanakan khidmat dan tanggunjawab sebagai isteri disenangi oleh suaminya’.

48 bulan berlalu saya mendapat pelajaran bahawa :
Di dalam perkahwinan, cantik bila ada mawaddah dan rahmah, teguh bila ada pengorbanan dan perjuangan. Alam perkahwinan adalah "miniature" (kecil) syurga Allah. Iaitu rumahtangga adalah gambaran kecil syurga di akhirat kelak. Di dalam perkahwinan ada ketenangan, ada tawakkal, ada teguran, ada perubahan, ada pembaikan, ada seribu macam perasaan. Di dalam perkahwinan juga perlu ada mujahadah melawan syaitan, keegoan, ananiyah dan kejahilan. Perkahwinan adalah perjanjian untuk sama-sama menjadi hamba Allah, mempraktikkak segala ilmu yang dipelajari, berusaha mencontohi Nabi SAW di dalam segenap aspek, suatu cita-cita tinggi, sekiranya ada zuriat diharapkan mereka meneruskan cita-cita dan perjuangan.

Tahun yang ke-4 ini kami masih berdua, masih bermadu kasih dalam bulan yang madu. Hingga hari ni selepas 48 bulan kami membina rumahtangga kami masih belum dikurniakan cahayamata. Hari ke hari kami menghitung, bulan ke tahun juga kami tetap menunggu dan berharap moga-moga diizinkan rezeki ke atas kami untuk merasa nikmat bergelar ibu & ayah. Besar harapan kami, kerana kami tahu bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Maka saya sentiasa berharap dan meletakkan kebegantunggan hanya kepada-YA. Saya dan suami telah berjumpa doctor, dan kami disahkan mempunyai potensi untuk menjadi ibu & ayah secara normal. Harapan saya tak pernah tak tinggi. Sebab Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana dalam aturan-NYA.

Membaca dan meneladani kisah Nabi Zakaria menjadikan kami rasa tetap yakin dan sentiasa yakin akan anugerah ini. Diceritakan Nabi Zakaria berusia 90thn lebih dalam Sejak masih muda beliau kedua suami isteri itu ingin beroleh seorang anak. Makin bertambah tuanya, hasrat untuk beroleh anak itupun semakin hebat juga tumbuh di dalam jiwa kedua suami isteri itu. Inilah yang menyebabkan kedua orang suci ini sedih dan gundah selalu, apalagi menurut kebiasaan, orang yang sudah tua seperti mereka itu, tidak mungkin lagi beroleh anak., Namun Kuasa Allah yang MAHA KUASA yang menentukan segalanya… Mudah sahaja bagi ALLAH untuk mengadakan sesuatu. “Kun faya kun”. 

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. (surah al-anbiya, ayat 89)

Kini kami masih membilang hari. Saya tak tahu sampai bila tapi kami tak akan jemu. Kami tak pernah kenal erti lelah untuk berusaha. Apa sahaja jalan yang ada, kami akan laluinya. Insya Allah. Moga Allah mengilhamkan kepada kami jalan dan cara yang bagaimana harus kami usahakanya lagi. Mungkin dalam pengetahuan kami, kami merasakan anak adalah hadiah terbaik untuk kami tapi sebenarnya mungkin tidak. Allah Maha Mengetahui.

Mungkin kami terlalu mengangankan untuk menjadikan zuriat kami yang terbaik & sempurna sedangkan dalam pengetahuan Allah kami tak mampu dan kemampuan kami sangat terbatas, maka sebab itu DIA tangguhkan rezeki itu kepada kami. Sesungguhnya perancangan DIA adalah yang terbaik ke atas tiap-tiap hamba-NYA. Sebagai hambaNya, saya perlu memperlengkapkan diri dengan ilmunya yang luas buat perisai atau penjaga emosi dalam mendepani hari-hari mendatang. Tidak ada yang lain tempat saya bergantung harap selain dariNya. Segala yang ada di dunia adalah pinjaman semata-mata sahaja

Saya hanya wanita akhir zaman yang lemah. Kadang-kadang saya selalu gak tewas dengan soalan-soalan dari mereka. Seolah saya sangat bersalah di mata mereka dek kerana hanya saya belum mampu mengandung. Lidah mereka terlalu tajam dan ringan untuk memperkatakan sesuatu yang tak sanggup didengar oleh saya sendiri. Sering kali hati ini terhiris lagi. Ada masanya macam susah nak terima semua tuh. Namun akan saya gagahi juga untuk mengubati luka ini. Dalam hati selalu bertanya sendiri, 

“Tidakkah mereka percaya dengan kuasa Allah?” 

“Kenapa saya perlu disoal siasat dengan soalan yang bernada sindiran?”
Bukan kehendak dan pilihan saya untuk tidak mengandung. Merancang untuk mengandung, bukanlah sama seperti kita merancang untuk beli itu dan ini di kedai runcit atau di supermarket, juga tak sama macam kita nak pilih ikan di pasar. Saya sangat teringin untuk mengandung, tapi saya belum lagi berjaya. Boleh jadi belum rezeki saya lagi Allah nak bagi. Tapi saya tak dapat dan tak mampu nak mengubah pemikiran mereka dan juga tak boleh nak edit soalan-soalan mereka, apa yang hanya termampu adalah saya boleh mengubah diri saya sendiri. Saya perlu bersikap terbuka dan saya perlu banyak mencari ilmu mempertahankan emosi agar tidak menjadi terlalu sensitif, dan saya kena sentiasa yakin bahawa :

“Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua” Kerana Nabi berpesan :- “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)
Syukur atas Nikmat yang Allah pinjamkan ini, kami bahagia walau tanpa zuriat, Banyak lagi nikmat dari Allah yang kami perolehi. Tidak tertulis untuk dinyatakan dan tidak terjangkau untuk dihitung. Alhamdulillah!! Semoga kebahagiaan ini kekal abadi. Semoga suamiku akan tetap disisi dalam suka dan duka. Semoga kami dipelihara dari ngangguan serta tipu daya syaitan dan manusia. Moga kami tidak cepat melatah dengan dugaan duniawi ini dan moga rumahtangga kami terus rukun dan damai. Kerana kami yakin kalau pun kami tidak dikurniakan anak, boleh jadi ada hadiah dan anugerah lain yang Allah nak bagi, cuma kita je yang tak tahu. Kan??
4 tahun ini berlalu dan kami terus mengira. InsyaAllah.
SuaraHati : Saya menyeru kepada diri sendiri untuk melihat dan bermusahasabah. Apakah dugaan ini begitu berat wal hal lebih ramai yang diluar sana menerima kecaman dan dugaan yang lebih berat dari ini. Syukur dan sabar sebagai penawar.

Tuesday, March 6, 2012

Ucapan Buat Sahabat - Shawaliza Hj. Ali

7hb Mac 2008
48 bulan berlalu.. Syukur atas nikmat yang DIA pinjamkan. Buat sahabat sepermainan & seperkelahian
(istilah ciptaan sendiri) masa zaman kanak-kanak dulu.. 'Shawaliza Hj Ali' diucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4. Moga kalian sentiasa berbahagia dunia akhirat dan didekatkan rezki yang sedang diusahkan.

Kita sama kerana rezeki untuk kita merasai nikmat sebagai ibu belum tiba. Insayaallah 1 hari nanti andai ianya baik buat diri kita sama ada hari ini, esok dan akan datang moga-moga kita sama-sama dikrniakan anak sebagai penghibur hati-hati kita.

Saya tetap mendoakan moga Liza dan suami sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan dalam mendepani hari mendatang. Moga kita tetap bersabar & bertabah dalam apa jua dugaan duniawi yang ditentukan ke atas kita.

Moga bertambah erat ukhwah yang terjalin ini, dan insyaallah ada kesempatan dan kelapangan kita bersua lagi.

SuaraHATI : Rindu sangat dengan sahabat ini, rasanya dah lama kami tak berjumpa, bersembang dan bercerita seperti dulu-dulu.. Ya Allah engkau rahmatilah sahabatku ini.

Thursday, March 1, 2012

Kembali pada Mu…


Alangkah susahnya mendidik hati...

Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan...

Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...

Alangkah susahnya mendidik hati...

Bila dipuji sombong mengisi diri...

Bila diuji pencaci dibenci...

Hingga berdendam sampai mati...

Didiklah hati...

Menuju jalan kebenaran...

Demi mencari redha Ilahi...

Allahu ma'i,

Allahu nazirun ilayya,

Allahu syahidi...

Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan,

Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan,

Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan,

Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain..

Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira..

Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..

Jikaku bersedih tanpa kata...

Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..

Jikaku lemah tak berdaya..

Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..

Jika antara kita ada tembok yang memisah...

Ajaklah aku meleraikannya segera..

Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...

Luahkanlah agar aku mengubah diriku..

Dan jika esok kulena tanpa terjaga..

Iringilah lenaku dengan kalungan doa..

Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya...

Ingatlah,

Dalam kita melangkah...

Terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis...

Peritnya terasa...

Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali...

sejarah iman yg kian terkoyak

Lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keikhlasan...

Semoga kita tabah & ditetapkan iman...

Ya Allah,

Sesungguhnya kerana Mu lah kami di sini,

dan sesungguhnya, kepada Mu lah kami Kembali,

Maka,

Bila tiba saatnya nanti,

Sehingga tiba detik itu,

Ku mohon agar Kau pelihara lah diri kami ini...

Ameen~

http://theunutterablebeautyofphrases.wordpress.com/