Salam Ukhwah

Monday, July 6, 2009

Rahmat Jambatan

Pembinaan jambatan Kuala Krau yang dijangka siap selewat-lewatnya awal 2010 amat dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi nadi bagi merancakkan lagi pembangunan dan menjana ekonomi penduduk setempat. Lebih-lebih lagi saya sendiri memang tak sabar sangat, nanti takdelah kena pusing jauh untuk pulang ke rumah ibu mertuaku, buat sama sekarang untuk ke kampung sebelah perlu mengambil masa 30-45mnt perjalanan. 'Sebelum ini kalau hendak ke kampung seberang, kami terpaksa mengambil masa lebih sejam melalui Jerantut dan Bandar Jengka atau melalui Temerloh tetapi apabila jambatan ini siap nanti penduduk hanya mengambil masa 15 minit daripada Kuala Krau ke Kampung Rumpun Makmur di seberang Sungai Pahang.

Bot Penambang ini boleh dianggap sebagai nadi penghubung antara Pekan Kuala Krau dengan kampung sebelah yang dipisahkan oleh Sungai Pahang.

Jeti yang sedia ada sekarang telah beroperasi sejak dulu lagi, kalau tak salah pengiraan saya rasanya hampir melebihi usia saya sendiri. Pengusaha bot tambang memang setia menabur bakti bagi kemudahan penduduk sekitar, walaupun kalau nak dikirakan mungkin untungnya tidaklah seberapa namun kesetian & komitmen yang diberikan dalam perkhidmatan ini sangatlah membanggakan. Sejak puluhan tahun lalu penduduk yang dipisahkan oleh Sungai Pahang terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk berhubung melalui jalan raya atau mengambil masa 30 minit menyeberang sungai dengan menggunakan bot penambang.

Selain menjadi keperluan penduduk Kuala Krau dan beberapa buah kampung yang dipisahkan oleh Sungai Pahang, tambahnya, pembinaan jambatan itu turut memberikan manfaat kepada penduduk Jengka dan Temerloh.
p/s Saya sendiri memang tak sabar menanti jambatan ini siap sepenuhnya. Setiap kali balik kampung mesti jenguk jambatan, lalu hati berkata "hai cepatlah siap jambatan ini, senang sket nak ulang alik rumah mertuaku. (Jenderak Utara - Kg. Durian Hijau)".

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

No comments: