Salam Ukhwah

Tuesday, July 14, 2009

Bersangka Baikla Kita

Bersangka baik adalah rahsia kerukunan hidup kita dalam sekecil-kecil intitusi keluarga sehingga dunia secara keseluruhannya. Bersangka baik itu dituntut oleh Islam. Rasulullah SAW sendiri bersangka baik dengan jirannya yang berbangsa Yahudi yang menyihir baginda. Apabila baginda mendapat perkhabaran jirannya itu sakit, baginda lantas mengunjungi jirannya dengan penuh sangkaan baik. Dan wanita itu mendapat hidayah dengan kemuliaan akhlak baginda.

"Bersangka baik itu doa, apabila kita bersangka baik kita sebenarnya sedang meminta doa untuk kebaikan."

"Bersangka baik juga dapat membantu membentuk jiwa ’salamah’ (sejahtera) dalam diri kita dan rakan-rakan disekeliling kita."
Sekiranya semua orang bersangka baik sesama sendiri, ternyata kerukunan itu akan lebih mudah dibentuk. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya ( Aristotle )

Apatah lagi sebagai seorang yang memikul tugas sebagai pendakwah, sepatutnya yang timbul di fikiran tatkala melihat mad’u seharusnya bukanlah yang negatif, sebaliknya datang simpati kepada si dia. Simpati kerana dia belum menerima hidayah dan kefahaman.

Pendakwah tugasnya bukan menghukum itu dan ini. Namun hukuman itulah yang sering dijaja ke sana sini. Bila kita ingin mendekati seseorang, secara tidak sedar, kita mula melabel. Yang tidak bertudung terus dilabel ‘teruk’. Yang saban hari menonton tv atau bermainan permainan video dirasakan ‘buang masa sahaja!’. Yang bercinta terus-terus dihukum ‘masih berakhlak jahiliyyah!’

Wahai orang-orang beriman, jauhilah diri kamu dari banyak berprasangka, sesungguhnya sesetengah prasangka itu adanya dosa. (Hujurat : 12)

Kita mungkin terpilih untuk menerima hidayah Allah lebih awal daripada mereka. Jika kita mula mencaci mereka samalah dengan kita tidak mengakui bahawa hidayah ALLAH itu milik semua. Seolah-olah kita menidakkan atas kuasa Allah lah seseorang itu diberi hidayah.
Siapa yang mampu memastikan jika hari ini kita mampu berbangga mendabik dada dengan ‘fatwa’ pelbagai gaya, esok lusa kita akan masih begitu? Nauzubillah jika Allah merentap kembali hidayah-Nya.

Janganlah kamu berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari mulut saudara kamu (sesama muslim) kecuali sangkaan yang baik. (Saidina Umar al-Khattab)

Tiada salahnya jika kita berfikiran positif dengan mad’u sebegitu. Dari segi psikologi juga, apabila kita meletakkan sangkaan yang negatif, maka kita hanya akan menumpukan kepada perkara yang negatif sahaja. Jika fikiran sentiasa negatif, bilakah dakwah kita akan menjadi positif?

Tatkala mula mahu bersangka buruk, duduk sejenak, dan fikir-fikirkan apa akibat tindakan kita kepada orang lain hasil sangkaan buruk tersebut. Kita mungkin membuka aib orang lain. Namun secara tidak sedar kita juga sedang membuka aib sendiri.

Mungkinkah sangka buruk tersebut menyebabkan timbulnya persengketaan?
Atau menyebabkan permusuhan?
Atau mungkin menimbulkan rasa benci di hati?
Berfikirlah sebagai da’ie, bukan sebagai mufti!
Wallahualam…
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

1 comment:

Ahliahnizam said...

Salam.

Kak .. letak le shoutbox. Senang aku nak sembang2 ngan ngko, ahakss :P

Err, tambah le link blog aku lagi satu ni haaa .. hehehehe *Promote le pulok*

http://www.ahliahnizam.blogspot.com