Salam Ukhwah

Wednesday, July 1, 2009

Senyumlah...

Senyumlah.. senyumlahhh ..

Hari ni saya nak mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu bahawa senyuman itu satu SEDEKAH, Senyumlahhh wahai diri….

Apakah kita menginginkan gajaran dan pahala tanpa kerja keras dan susah? Tersenyumlah pada saudara kita sesama muslim. Nabi s.a.w. telah bersabda :

“Senyumanmu pada wajah saudara adalah sedekah” (Riwayat Tirmizi. Dan hadis ini sahih menurut al-Albani)


Betapa banyak sedekah yang kita abaikan sebab wajah yang bengis, bermuka masam dan murung… Sebahagian orang yang menyangka bahawa apabila tersenyum pada orang lain, maka wibawanya berkurang. Apabila bermuka masam dan bengis maka mereka semakin menghormatinya. Pemahaman dan gambaran seperti ini keliru, kerana orang lain tidak menghormati sikap seperti ini, tetapi malah mereka menjauhinya dan menghindarinya.

Senyuman memberi manfaat bagi pemiliknya sebelum orang lain. Dengan sebab senyuman, muka jadi cerah, darahnya menjadi lancer, kedua matanya nampak begitu ceria. Senyuman itu sama halnya dengan melatih otot wajah.

Pengaruh senyuman itu merasuk ke dalam jiwa, hingga terasa damai, gembira dan senang. Senyuman boleh menghapus iri hati, menghilangkan permusuhan dan kemarahan. Senyuman itu bagaikan hadiah yang dihadiahkan kepada orang yang diberi senyuman. Jadi, jangan mengharamkan dirimu wahai diriku dan saudaraku dari keutamaan “tersenyum” yang boleh membuat kita dan orang lain bahagia.
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

1 comment:

Ahliahnizam said...

Senyumlah ... senyumlah, ahai cik mek molek :D