Salam Ukhwah

Thursday, November 24, 2011

1 Impian Yang Penuh Harapan

Mencoret rasa meluah bicara..

Bila aku ditanya lagi.. saat aku disoal lagi.. oleh meraka-mereka yang datang kepada aku.

Antara soalan-soalan yang biasa akan keluar ialah:

“eh belum ada anak?” dengan riaksi muka yang pelik.

Dan ada juga yang berbunyi “Lama dah tapi lum lekat ek?” dan lagi hebat ada satu soalan tu “eh taknak beranak ke?

Aku lebih banyak diam & hanya senyum je bila aku diaju soalan-soalan yang begitu. Kerana aku sendiri tak tahu nak jawab yang bagaimana lagi. Mungkin diam adalah lebih baik kerana ianya tidak akan mejadikan wujudnya soalan yang ke-2 dan seterusnya oleh si tukang soal. Dalam diam aku tetap berusaha lagi dan lagi.

Namun ada masanya juga macam ringan je mulut ni untuk menjawab tapi aku perlu Sabar… dan HARUS Sabar lagi. .Aku rasa yang bertanya tu mungkin dia kurang faham kot, dan moga mereka tepuk dada dan tanya iman sendiri mungkin itu lebih baik gaknye. Bukankah semua itu ketentuan dan aturan Allah??..layak kah kita sebagai hamba DIA yang kerdil ni membuat andaian dan ukuran berdasarkan kemampuan kita yang sangat sedikit ini.

Dari pembacaan yang aku faham, masalah orang tiada anak ini adalah sangat unik. Setiap orang ada masalahnya sendiri dan tidak semua orang akan faham. Menurut kajian terdapat beberapa sebab dan tidak bersebab masalah tiada anak ini. 40% berpunca dari lelaki, 50% dari perempuan..mana pulak 10%...inilah yang dikatakan tiada alasan yang dapat dibukti oleh ilmu sains perubatan tapi Allah telah bagitahu dalam Quran, sebahagian kami anugerah anak perempuan, sebahagian anak lelaki dan sebahagian mandul. Bayangkan sedih tak orang yang tidak ada anak tapi disahkan oleh doktor sebagai tiada sebab. Insyaallah semuanya ok, rahimnya, haidnya, hormonnya dan darahnya pun ok. Mereka tentu sedihkan?. Kemudian apabila pertanyaan datang lagi berbunyi “kenapa tak ada anak lagi”???? pasti soalan ini membuat air mata gugur lagi, ...tapi siapa akan faham?? dan siapa yang sudi nak faham.

Kadang-kadang ada jugak orang nak cerita pengalaman mereka atau orang lain, ada baiknye dengarkan saje. Biasanya masalahnya tidak sama. Oleh sebab itu tidak mudah kita nak buat andaian yang pelbagai, mungkin kalau mereka mengalami sendiri, then mereka akan faham.

Kini dan Insyaallah selagi mampu usaha tetap akan diusahakan walaupun 1001 kesukaran yang terpaksa dihadapi. Hanya ALLAH jualah tempat mengadu dan suami sebagai teman bicara. Allah yang menentukan segalanya. Semasa kita berada dalam kandungan lagi dan serentak dengan roh kita ditiupkan..Allah telah menentukan rezeki, ajal, jodoh pertemuan serta kematian hamba-NYA. Hanya Allah yang mengetahui. Semoga Allah tambahkan kecekalan hati kami untuk lebih redha dengan ujian ini.

Kenapa masyarakat kita tak memahaminya ek??, rasanya sebab mereka suka buat andaian sendiri kot. Inilah antara cabaran yang terpaksa aku hadapinya. Suka atau tidak, gemar atau tidak maka aku perlu sabar dan terus sabar untuk mendepaninya.

Kesimpulannya, orang tak akan faham masalah kita, mereka akan memberi pendapat menurut kefahaman mereka sendiri aje. Kadang-kadang bukan nak menambah motovasi & semangat tapi boleh buat sakit dan dalam tak sedar telah merendah-rendahkan motivasi diri.. Siapa yang tak nak anak apabila berkahwin?? ada ke?

Jauh disudut hati ini… tetap yakin dengan rahmat Allah. Semua orang ada ujian dan dugaannye yang tersendiri, apapun kita kena berbaik sangka kepada Allah. Di sebalik ujian ini pasti terselindung 1001 hikmah yang tersembunyi dah tidak terjangkau oleh akal kita untuk memikirkannya

Cuma rezki anak jek yang belum tiba untuk aku tapi dah banyak sangat rezki dan nikmat lain yg DIA bagi. Allah uji kita sebab Allah SAYANGKAN KITA...lagipun banyak sangat dah nikmat Allah yang kita dah dapat. Jadi apa salahnya di suatu sudut yang lain Allah tangguhkan sedikit permintaan & hajat kita SUPAYA KITA LEBIH AKUR DAN SEDAR SERTA MENGAKUI AKAN KEKUASAAN & KEHEBATANNYA.

Ya Rohman, Ya Rohim..

SuaraHati : Hanya kepada-Mu tempat aku meminta pertolongan.

2 comments:

Liya said...

xpe jas.. just take it positively.. masyarakat kita kan suka bertanya.. cthnya: "tengah makan ke?"..walhal dah sah2 tgk kita tgh makan.. so.. bersabar je la.. insyaAllah ... pasti ada hikmah disebaliknya.. hehe.. sama2 kita ikhtiar yek! =)

Jasmin said...

Mekasih Liya Muhamad

Allah lebih tahu kan.. mungkin dalam pengetahuan DIA jas n suami belum mampu nak terima @ menjaga amanah-NYA lagi wat masa ni...

Allah MAHA mengetahui