Salam Ukhwah

Monday, November 21, 2011

Cara Terindah Untuk Mati

Buku yang dibeli di MPH Jaya Jusco Wangsamaju pada 28hb Oktober 2011. Memilik buku ini mengajak diri untuk sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi keMATIan.

Buku terbitan PTS yang dikarang oleh Rachmat Ramadhana Al-Banjari. Membaca kata pengantarnya sahaja dah cukup untuk menarik hati untuk membaca hingga ke mukasurat yang terakhir.

Antara inti patinya.. Hidup didunia ini ibarat persinggahan yang sementara. Mukimnya adalah kembali kepada Allah, " Kita sekadar di persinggahan, Pasti kembali kepada yang menciptakan.." Persinggahan itu adalah bagi menyiapkan bekalan sebelum kembali kepada-Nya. Sekembalinya kita nanti, Allah menilai sejauh mana kita menghargai detik-detik persinggahan yang dianugerahkan kepada kita bagi mempersiapkan bekalan bertemu dengan-Nya.

MATI itu kiriman Tuhan. Suatu pangilan pulang yang pasti terjadi kepada settiap manusia di dunia ini. Tidak kira cepat ataupun lambat, tiada jiwa yang mungkin terlepas daripadanya. Tiada insan yang tahu baki masanya di dunia ini. Setahun sehari ataupun sesaat lagi. Tiada yang dapat menjangka dan tiada yang dapat merancangnya. Baik orang biasa mahupun seorang ahli statistik, sama sahaja batanya. jeneral ataupun prebet, kedua-duanya pun terpaksa menyerah sahaja.

Kita, manusia, hanya dapat menerima mati seadanya.

mati itu pasti, maka hanya ada satu jalan. Moga-moga jalan yang akan datang tidak semestinya menyakitkan.

Mari kita mati lalu menerusi alam kubur tanpak seksa. Mari kita mati dan melalui titian sirat serta Padang Mahsyar dengan tenang. Mari kita mati dan gembira bukan kepalang bertemu Tuhan serta nabi kesayangan. Kemudian terus dalam kenikmatan demi kenikmatan.

Lalui Cara Terindah untuk Mati, maka damailah kita kekal abadi. Moga dengan membaca buku ini kita dapat manfaat dengan harapan Allah meredai dan membinbing kita kepada kehidupan yang husnul khatimah iaitu akhir kehidupan yang baik...

SuaraHati : Ya Allah jadikan langkah-langkah kaki ini sentiasa berjalan di atas rahmat, reda dan cinta-MU. Amin ya Rohim...

No comments: