Salam Ukhwah

Tuesday, November 22, 2011

Terus Berharap

Kepada-MU TUHAN kuserah harapan...

Hati ini tidak berhenti berharap dan naluri ini tetap berhajat. Doa terus juga dipanjatkan ke hadrat Allah swt moga-moga Allah terus pinjamkan kekuatan ini, mohon DIA ilhamkan untuk diri teruskan usaha selagi mana ada kemampuan.

Jarum saat tidak henti-henti meneruskan tugas, minit juga berlalu tanpa menunggu apa-apa dan sesiapa seterusnya hari berlalu dan tahun tetap akan berganjak mengikut aturan-NYA.

Namun hati ini terus berDOA...

Ya Allah,Ya Rabbi Tuhan Pencipta Sekalian Alam.Hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat dan rahsia yang tersulam. Janganlah Engkau biarkan diriku seorang diri, kerana Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Kurniakan padaku zuriat yang sempurna, berakhlak mulia, beriman dan terang mata hatinya.

Kurniakan padaku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik.

Ya Allah... hanya pada-Mu jua tempat aku berserah dan meminta.. Engkau perkenankanlah doa yang kutitipkan. Engkau berkatilah usaha yang kami lakukan. Engkau kabulkanlah impian dan harapan hamba-MU ini Ya Robb. Sesungguhnya Engkau jualah yang maha mengetahui.

SuaraHati: Moga diri terus sabar dan sentiasa sabar untuk mendepani dugaan ini.


No comments: