Salam Ukhwah

Sunday, November 20, 2011

Seronoknya Bersembang Bersama Mak & Ayah

Minggu yang lalu aku balik kampung sorang diri sebab si suami ke KL seawal pagi lagi. Jadi kami dah berjanji bertemu di rumah mak ayah aku di FJU.

Sesampainya di rumah seperti biasa aku disambut ceria oleh mak ayah. Pasti tatkala aku berjumpa & menatap wajah keduanya hatiku rasa begitu damai. Mungkin inilah rahmat Allah yang DIA curahkan buat hati-hati kami.

Pada hari tu cuma aku seorang sahaja anak mereka yang balik kerana adik beradik yang lain tak dapat balik dek kerana kengkangan hal masing-masing. Esok aku & suami akan bawa mak ayah balik ke kampung Keramit kerana memenuhi jemputan majlis menyambut menantu adiknya mak (Pandak Mustafa) kiranya sepupu aku lah yang punya majlis kawin.. (Mohd Sufian bin Mustafa). Bila kenduri yang begini inilah peluang terbaik utk mak ayah balik ke kampung dan dalama masa yang sama mereka dapat bertemu dengan sanak saudaranya serta rakan taulan yang mungkin dah lama tak bertemu.

Nak ceritanya malam tu, aku dan mak ayah ralit bersembang. Bukan senang aku nak dapat peluang bercerita dan mendengar cerita yang begini dengan mereka. Kebetulan kepulangan aku kali ni hanya aku seorang.. tiada lah riuh rendah dengan keletah anak saudara yang comel-comel itu.

Ayah bersemangat bercerita sesekali mak menyelah pada part cerita mana yang perlu dicelah. Cerita mak ayah berkisarkan pengalaman mereka semasa permulaan membina hidup, pahit getir yang telah dilaluinya, suka duka yang menjadi asam garam serta hitam putih kehidupan mereka.

Aku terus berminat untuk terus mendengar dan sekaligus mengamati cerita-cerita mereka. Dari cerita yang disampaikan aku dengan sendiri dapat gambarkan betapa tabahnya mak ayah, kuatnya semangat mereka, cekalnya hati mereka dan kayanya mereka dengan kasih sayang terhadap anaknya yang 10 ini. Hebatnya Allah kerana telah meminjam kehebatan kepada mereka. Pemurahnya Allah kerana telah berikanlah kudrat kepada mereka. Ya Allah terima kasih kerana Engkau telah anugerahkan hati yang cekal, semangat yang jitu kepada kedua orang tuaku.

Atas berkat kesabaran dan kecekalan mak ayah mungkin inilah sebahagian kecil hadiah yang Allah nak bagi kepada mereka iaitu anak-anak serta cucunya semua sayang dan kasih akan mereka.

Daripada cerita mak dan ayah pada malam itu banyak pelajaran yang aku ambil. Antaranya ialah:
  • Diri jangan berlaku ego, dan berlagak sombong kerana kelak akan rugi.
  • Jangan pilih kasih
  • Harus sabar dalam mendepani dugaan yang Allah bagi
  • Sentiasa yakin dengan rahmat Allah
Aku bangga kerana aku dilahirkan sebagai anak-anak mereka. Kami anak-anak mak ayah akan membahagiakan kalian hingga ke hujung usia.

Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapaku seperti meraka mengasihiku & menyayangiku sewaktu aku masih kecil.. Amin Ya Robb

SuaraHati : Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya serta keringatnya. Istighfarlah... Istighfarlah...Mak Ayah, ampunkanlah dosa-dosa anakmu ini...

No comments: