Salam Ukhwah

Thursday, December 1, 2011

Sentiasa Mengharap

Semalam untuk kesekian kalinya temujanji di Klinik O & G HTAA, Kuantan. Alhamdulillah proses berjalan lancar. Sepanjang aku berusan di Klinik ni memang Kakak Misi di situ semuanya baik-baik dan mereka sangat membantu dan mereka selalu tersenyum.

Setiap kali aku ke sini memang selalunya dirunding cara dengan Doktor yang berbeza-beza. Kali ni dengan Dr. Nurul Huda Mat Ali. Dr. Huda itulah pangilan yang aku dengar daripada staf lain sepanjang tempoh jam aku berada disitu. Dr. Huda ni lembut jek orangnya, aku pecaya cakapnya pun pasti menyejukan hati patients yang berurusan dengannya. Menurut Dr. Huda setelah dia meneliti fail aku "saya tak nampak masalah pada u, semuanya normal dan keadaan yang baik" itulah ayat yang keluar dari mulut Dr. Huda.

Aku menarik nafas lega.. syukur sangat kepada-NYA. Yelaa sekurang-kurang aku sendiri dah pasti dan tahu bahawa aku berkeadaan normal dan tiada masalah untuk aku pregnant. Cuma rezki anak belum tiba.

Walaupun aku tahu jam biologi aku terus saja berputar tanpa henti. Tidak dinafikan kalua ikut teori perubatan memang usia aku yang bigini harapan makin menipis. Namun aku yakin pada ketentuan-NYA. Allah Itu Maha Berkuasa, Kun-faya-kun, semuanya boleh terjadi.

"Ya Allah Ya Tuhanku Kurnikan padaku dari sisi-MU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa menderngar (merima) doa" (al imran:38)
“Ya Allah, tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesulitan itu mudah, jika Engkau menghendakinya mudah.”


Andai permintaan yang satu ini Allah masih tidak kabulkannya, tidaklah pulak aku bersangka buruk pada-MU ya Robb kerana aku percaya dan penuh yakin bahawa Engkau Maha Mengetahui dan pasti ada perancangan terbaik dari-Mu. Pasti ada hikmah di atas apa yang ditakdirkan pada diriku.

Untuk masa ini aku hanya tidak dikurniakan rezki mendapat anak tapi Tidaklah pula aku mampu menyenaraikan setiap satu rezeki yang Allah telah kurniakan kepada aku. Pelbagai cara Allah dah bagi rezki cuma aku sendiri yang terkadang alpa. Biasalah manusia ni, sesuatu dah ada dalam tangan dan yang didepan mata tak nampak tapi masih lagi nak fokus kepada satu-satu yang belum ada @ tiada.

Aku punya rezki ...
2 mata yang boleh melihat dunia, ada 2 tangan yang boleh buat kerja dan amal ibadat, ada 2 telinga yang boleh mendengar, ada 2 kaki yang memampukan aku berjalan kesana dan kesini.. dan macam-macam lagi anugerah yang ALLAH dah bagi, tak tertulis dan Tidak terhitung banyaknya, tidak ternilai harganya, tidak tertimbang beratnya, tidak terukur jaraknya. Nikmat Allah yang manakah lagi yang nak didustakan???

Allah benar Maha Pengasih, tapi Allah tidak harus mengasihi setiap makluk-NYA dengan cara yang sama kan? Ada yang Allah kasihi dengan kenikmatan hidup, mungkin kerana dengan cara itulah hamba-NYA semakin akrab kepadaNYA. Ada juga yang Allah kasihi dengan cara memberinya dugaan yang pelbagai, karena dengan cara itu hamba-NYA akan menjadi lebih intim dengan-NYA.

Wahai diri... duhai hati..
Janganlah sekali-kali meragukanNYA. Jangan persoalkan Keadilan-NYA. Jangan ragu tentang cinta-NYA. Jangan tidak yakin dengan segala Sifat dan Nama Baik-NYA. Allah Maha Rahim dan dengan kerahiman-NYA, Allah hanya menghendaki kebaikan kepada setiap hamba-hamba-NYA. dan DIA pasti adil, dan kita harus mengakuinya sekalipun tidak dapat memahaminya. Allah berhak melakukan apapun terhadap hidup kita, dan DIA tetap Adil dengan segala perbuatanNYA.

SuaraHati: Engkau jualah yang Maha Mengetahui.. Ya Robb.

No comments: