Salam Ukhwah

Tuesday, December 27, 2011

KESAKSIAN SEORANG DOKTOR

Semalam lepas waktu kerja saya bersama rakan-rakan yang lain gi ziarah anak kepada sahabat kami Wan Salwanis iaitu Ayyash Muhklis yang baru balik ke Malaysia bersama Abinya. Bertemu Ayyash mengajak kami mengingati Umminya kerana muka Ayyash sangat mirip muka Umi dia.

Tak disangka-sangka bahawa kedatangan kami dihadiahkan sebuah bahan bacaan oleh Abi Ayyash. Bahan yang sangat ilmiah secara tak langsung mengajak kami untuk menyelami kisah-kisah menarik yang terkandung dalam naskah yang comel ini. Masa nak balik tuh kami semua dihadiahkan buku “KESAKSIAN SEORANG DOKTOR” – Mensucikan Hati Melalui Kisah-kisah Nyata - . Terima kasih kepada Akhie Ahmad Johari bin Mohamad atas pemberian yang sangat manfaat ini. Ini juga satu bentuk Dakwah kan..? Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah hendaknya. Aminnn.

Becerita tentang buku ini, bagi saya ianya sangat menarik kerana membaca Mukaddimahnya sahaja dah cukup membuatkan saya tertarik untuk meneruskan pembacaan helaian demi helaian yang seterusnya. Penulis berkongsi cerita kisah-kisah yang sarat dengan pelajaran dan nasihat. Buku ditulis oleh Dr. Khadil bin Abdul Aziz Al-Jubair, SpJP (Doktor Pakar Bedah dan Jantung)

Penulis menyampaikan sebuah kisah, kemudian mengungkap keajaiban-keajaiban dari kisah tersebut, dan disusuli dengan pelajaran dan hikmah yang dapat diambil dari kisah-kisah yang itu.

Hal yang menarik dalam buku ini adalah bahawa kisah-kisah yang diceritakan oleh penulis betul-betul kisah nyata yang dialaminya selama bertugas di Hospital Riyadh, Saudi Arabia hingga sekarang. Disamping sebagai seorang Doktor Pakar Bedah Jantung, penulis juga merupakan seorang da’I yang masyhur. Sehingga setiap pelajaran dan nasihat yang disampaikan dibalik kisah-kisah dan kesaksiannya selalu disertai dengan penjelasan daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Beliau juga sering menyampaikan dakwahnya di masjid-masjid dan pada acara seminar.

Semoga pelajaran dari kisah-kisah tersebut dapat menjadikan nasihat dan tauladan bagi kita semua. Amiin. Selamat Membaca.

SuarahHati: Salah satu tajuk dalam buku ini berkaitan Penyakit Hati. Dinyatakan bahawa penyakit hati adalah pintu kerosakan, jalan menuju berbagai macam dosa, penyebab utama perpecahan umat dan keretakan rumah tangga.


No comments: