Salam Ukhwah

Wednesday, December 21, 2011

Kem Akad Nikah & Perjanjian Bahagia

21-12-2011 (Rabu) Menyertai Program anjuran PIMPIN, UMP bertempat di Astaka. Penceramah jemputannya memang best iaitu Nama yang tak asing lagi.. Puan Suzana bt Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie (BINA BAHAGIA SERVICES).

Perkongsian oleh beliau dan pengisian program sangat bermanfaat bagi pasangan suami isteri dan juga bagi bakal-bakal pasangan suami isteri.

Antara yang menarik berkisarkan tentang Tanggungajawab vs Hak ,

Tangungjawab suami adalah hak isteri dan Tangungjawab isteri adalah hak suami. Dengan kata lain Suami perlu laksanakan segala tanggungjawab agar isteri mendapat hak yang sewajarnya menurut syariat sama juga si isteri perlu laksanakan tanggungjawabnya agar suami mendapat hak yang sewajarnya menurut syariat.


Di sesi yang kedua kami yang berpasang-pasang ini diberikan sekeping kertas dan diberi peluang menulis surat cinta meluah rasa berkaitan kelebihan dan kekurangan pasangan serta ikrar kepada pasangan masing-masing. Dalam masa yang sama kami juga diminta untuk menyenaraikan persamaan dan perbezaan yang ada pada pasangan. Saya sendiri syok menulis tentang kelebihan yang ada pada sang suami tapi bila part kelemehannya pula.. macam no idea plaks. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah meminjamkan saya lelaki itu ' Noordin bin Ramli' sebagai suami. Thank You Allah

Kesimpulan daripada program yang berlangsung, Seperkara yang menarik untuk dikongsikan disini adalah bak sepatah kata beliau " (bukan sepatah sebenarnya tapi bepatah-patah) ngee...

"Saya, anda, kita semua mempunyai satu persamaan iaitu BERBEZA! Berbeza rupa, berbeza minat, berbeza gaya hidup, berbeza pendapat, berbeza pemikiran dan macam2 lg. Perbezaan ini yg jadikan kita UNIK dan tersendiri. Perbezaan bukan bererti tidak serasi atau tidak boleh hidup sekali. Malah perbezaan jadikan hidup bersama sbg perkara istimewa, sbg rakan malah sbg pasangan... "

Dan bagi diri saya sendiri Program ini sangat bagus dan terkesan kepada saya dan suami. Terima kasih kepada suamiku yang sangat saya kasihi 'Noordin bin Ramli' kerana sudi meluangkan masa untuk turut serta bersama-sama dalah majlis ilmu ini demi untuk manfaat kita bersama. Tak lupa juga Syabas kepada kepada pihak penganjur iaitu Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) yang seringkali menganjurkan program-program yang menarik.

Sebagai tanda kenang-kenangan pihak penganjur telah menghadiahkan kepada kami cenderamata yang comel ini.

Kepada Puan Penceramah, Puan Suzana Ghazali, lebih mesra dengan pangilan Kak Su, terima kasih dari saya dan seluruh peserta atas perkongsian yang diberikan moga kita berjumpa lagi di program-program yang akan datang. InsyaAllah...


SuaraHati: Setiap pasangan perlu sentiasa mendoakan antara sama sama lain dan meletakan kebergantungan hanya kepada ALLAH Ta'ala.


No comments: