Salam Ukhwah

Monday, August 17, 2009

Mengendalikan Diri Dalam Mencari Rezeki

Masalah adalah warna kehidupan dan setiap manusia tentu mempunyai masalah masing-masing. Hal itu tidak boleh dielakkan kerana itulah fitrah kehidupan. Kadang-kadang timbul masalah yang mendewasakan diri kita namun bagi mereka yan tidak tahu mengendalikannya, masalah itu umpama suatu malapetaka. Dalam menghadapi apa sahaja masalah, sebaik-baiknya kita menganggapnya sebagai sarana bagi kita menjadi matang dan maju dalam pemikiran, tindakan dan sikap.
Kita boleh menganggap masalah sebagai cubaan, ujian mahupun teguran. Masalah boleh menekan jiwa kita dan menghimpit fikiran kita. Namun, masalah juga mampu menumbuhkan emosi kita. Ini adalah bergantung kepada kapasiti seseorang menghadapinya. Semakin bertambang usia kita, biasanya semakin besar cubaan dan semakin bertambang pula masalah yang kita perlu hadapi.
Dalam hidup ini, kita sering saja dihadapkan dengn pelbagai masalah yang memerlukan penyelesaian. Masalah wujud apabila persoalan yang tidak dapat diselesaikan. Dalam hal ini, manusia sering berada dalam situasi yang kurang menguntungkan. Pada waktu itu, timbul keinginan atau dorongan yang menimbulkan keresahan. Keinginan atau dorongan itu teperangkap di alam bawah sedar sebagai tekanan yang boleh menimbulkan tindakan. Ia adalah naluri manusia yang semula jadi. Contohnya, dorongan bagi mengendalikan sesuatu pekerjaan supaya memperolehi keuntungan dan tidak rugi. Ini adalah dorongan semula jadi yang ada pada setiap manusia. Masalah timbul apabila dorongan itu condong kepada tindakan negatif.
Dalam hal ini Quraan dan hadis menyeru kita mengendalikan semua dorongan dalam batas-batas syariat. Quran tidak menyeru manusia menghapuskan dorongan semulajadi itu. Apa yang perlu adalah mengendalikannya secara sihat demi kebaikan manusia itu sendiri. Oleh itu, ayat-ayat Quran lebih menjelaskan mengenai pemenuhan dorongan fisiologi yang diperlukan oleh setiap manusia.
Allah menjelaskan :-
Wahai sekalian manusia, makanlah makanan yang halal dan baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. – (Al-Baqarah :168)
Kita perlu mengendalikan diri termasuk dalam hal mencari rezeki, kerana apabila kita membiarkan keinginan menguasai diri kita, maka kita menjadi lalai, sama ada secara langsung ataupun tidak.

Allah menjelaskan :-
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang ALLAH halalkan bagimu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang melampai batas. Makanlah makanan yang halal lagi baik.
daripada apa yang ALLAH rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada ALLAH serta berimanlah kamu kepadanya.” (Al-Maidah : 87-88)
Dalam mencari rezeki, ALLAH menekankan supaya setiap manusia memilih rezeki yang halal. Halal di sini termasuk cara mencarinya iaitu ia perlu sesuai dengan syariat yang ALLAH tentukan. Sedangkan rezeki yang haram adalah rezeki yang diperoleh dengan cara yang diharamkan misalnya mencuri / rasuah. Mencari rezeki dengan cara haram wujud daripada cara berfikir yang sesat. Sesat berfikir itu pula terhasil apabila manusia tidak mengendahkan tata aturan yang benar. Manusia seperti itu hanya mementingkan hawa nafsu dan mahu mencapai segala yang diinginkan tanpa menghiraukan caranya.
Biasanya apabila seseorang yang lama terhimpit dengan kesusahan mendapat kesempatan ataupun peluang, dia menggunakan kesempatan itu tanpa mengira adakah ia benar atau sebaliknya. Dengan itu, dorongan negative menguasai dirinya. Pemikirannya terhambat dan ia tidak lagi berfungsi dengan betul. Dia sanggup mengambil jalan yang menyimpang dan bukan jalan yang lurus.
Apabila pemikiran seseorang terhambat, dia menjadi static dan tidak mampu menerima pendapat serta fikiran baru. Apabila seseorang sampai kepada keadaan yang demikian, pemikirannya kehilangan nilainya. Seterusnya dia kehilangan karakter utama yang membezakannya di antara manusia dan haiwan.
Sumber : Buku : Magnet Rezeki Dgn Solat Dhuha

No comments: