Salam Ukhwah

Sunday, August 9, 2009

DOA Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah.. Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah... Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu. Sekiranya aku engkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu.

Ya Allah... sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu. Aku buta tanpa bimbinganMu. Aku cacat tanpa hidayahMu. Aku hina tanpa RahmatMu. Ya Allah.. Kuatkan hati dan semangatku. Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu. Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah. Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yg kerap keliru. Kerana aku leka dengan keindahan duniamu. Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu. Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu. Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa dihati. Ya Allah, Kau sejahterakanlah keluarga kami seperti mana keluarga keluarga yang telah Kau redhai

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. :)

No comments: