Salam Ukhwah

Wednesday, June 10, 2009

Tawakkal itu....

Dipetik daripada buku : Jangan Bersedih Capailah Kebahagian tulisan Muhammad Ikram

Sesiapa yang mengkehendaki kebahagian dunia & akhirat, maka bertawakkallah kepada Allah…

  • Tawakkal itu percaya kepada ALLAH
  • Tawakkal itu pasrah pada ketentuan Tuhan dan takdirnya.
  • Tawakkal itu selalu bergantung dengan ALLAH s.w.t
  • Tawakkal itu ridha dengan ALLAH s.w.t
  • Tawakkal itu ketenteraman hati dengan ALLAH
  • Tawakkal itu keputusasaan dari makhluk dan bersandar pada ALLAH semata-mata.
  • Tawakkal itu kemurnian iman, kerana tawakkal itu wajib bagi hamba. Tidak ada iman kecuali tawakkal. Tawakkal itu boleh bertambah dan boleh berkurang. Manusia menuntut keutamaan dengan tawakkal dan iman menuntut keyakinan mereka masing-masing.
  • Tawakkal itu merupakan jalan menuju hidup yang tenang dan tenteram dan bahagia
  • Tawakkal itu merupakan pintu yang menyebabkan rasa takut menjadi hilang, dan kesedihan menjadi terputus. Orang yang betul-betul bertawakkal, hatinya tidak tunduk pada makhluk, kerana hatinya penuh dengan kepercayaan dengan ALLAH.
  • Orang bertawakkal dengan benar tidak berhasrat pada dunia, ia selalu puas dengan apa yang dianugerahkan padanya, kerana ia tahu bahawa hasrat itu tidak boleh memberi dan tidak boleh mencegah.
  • Orang yang benar-benar bertawakkal merasa cukup dengan ZAT yang memberi lagi mencegah, tidak perlu dari orang yang benar-benar tidak boleh memberi dan mencegah.
  • Orang yang betul-betul bertawakkal selalu tenteram jiwanya, damai hatinya, dan teguh jiwanya. Kerana makhluk tidak kuasa mengganggu hatinya.
  • Orang yang bertawakkal dengan benar lebih mengutamakan kejujuran walaupun membahayakannya, daripada bohong meskipun menguntungkannya.
"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

No comments: