Boleh kah sekarang kita khabarkan masa kita akan mati? Bilakah dia akan mati? Bilakah dia akan mati? Mungkin sekarang saya menaip, lalu selesai sahaja pos terhenti nafas saya. Siapakan tahu… moga di ampunkan segala dosa isi bumi ini.
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”
Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah swt tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan maksud lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah swt. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.
Saat menerima perkhabaran kematian orang yang tersayang adalah masa terberat bagi insan.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 155 – 157)
No comments:
Post a Comment