Salam Ukhwah

Wednesday, June 17, 2009

Ringgankan Beban Derita

Dipetik dari buku : Jangan BERSEDIH Capailah Kebahagian. Terbitan Jasmin Enterprise

Tidak diragukan lagi bahawa manusia itu dijadikan sebagai objek bencana dan musibah, akan tetapi ai tidak sepatutnya membayangkan bahawa hal itu adalah akhir hidupnya, dan membayangkan bahawa dialah satu-satunya orang yang diuji dengan musibah tersebut. Namun, ia harus boleh meringankannya pada dirinya sendiri dengan beberapa hal dibawah ini:


Mengetahui bahawa takdir telah mendahului cubaan yang dialaminya. Zat yang menetapkan dan merelakannya adalah Hakim Yang Maha Adil. Maka sebainya ia merelakan apa yang ditakdirkan dan ditetapkan oleh ALLAH s.w.t.

Mengetahui bahawa dunia ini tempat yang penuh dengan cubaan dan ujian, tidak ada kesenangan yang boleh diharap dari dunia, sebagaimana yang disebut oleh syair “Mataku tidaklah mengangap perpisahan yang telah aku alami itu asing, lagi pula mataku tidak memberitahu diriku selain hati yang mengerti.”

Mengetahui bahawa duka cita itu tidak akan ada gunanya tetapi malah membayakan agama dan dunianya.

Membayangkan bahawa ada musibah yang lebih besar daripada cubaan yang ia hadapi. Seperti halnya orang yang telah kehilangan salah satu dari kedua anaknya. Maka hendalah ia membayangkan bagaimana seandainya ia kehilangan kedua anaknya.

Memerhatikan keadaan orang yang diuji dengan cubaan yang serupa, lalu ia bersabar. Sesungguhnya menghibur diri sendiri itu merupakan ketenangan yang besar. Al-khansa berkata : Seandainya tidak ramai orang menangis di sekitarku saudara-saudara mereka, nescaya aku akan membunuh diriku sendiri. Tidaklah mereka menangis seperti saudaraku, akan tetapi Muliakanlah jiwa dari tangisan dengan menghiburkan diri sendiri.

Memerhati orang yang diuji dengan cubaan yang lebih banyak lagi. Maka cubaannya akan jadi ringan.

Mengharap balasan dari ALLAH s.w.t. Telah dikatakan pada Luqman: Isterimu telah meninggal. Ia menyahut: Tilamku menjadi baru lagi.

Memohon pahala sebab menanggung beban kesabaran. Maka hendaklah ia memerhatikan keutamaan bersabar, pahala perjalanan hidup, dan kesabaran orang-orang yang bersabar. Jika sabarnya naik ke tingkat ridha, maka itulah yang menjadi tujuan akhir.

Memerhatikan kenikmatan yang ia miliki dan tidak dimiliki oleh orang ramai.

Tidak menyerah pada rintangan yang menyertai musibah.

Mengetahui bagaimana takdir berlaku, maka itulah kebaikan baginya.

Mengetahui bahawa cubaan yang semakin berat itu khusus diperuntukan bagi orang yang baik-baik.

Mengetahui bahawa ia adalah hamba yang dikusai (Oleh Tuhannya) dan hamba tidak punya apa pun untuk dirinya sendiri.

Mencaci dirinya sendiri ketika mendapat duka, sambil menjelaskan bahawa cubaan itu merupakan sesuatu yang pasti adanya. Maka duka yang dihadapinya juga termasuk sesuatu yang pasti adanya.

Mengetahui bahawa musibah itu banyak menghilangkan penyakit takbur, “ujub, sifat Fir’aun, dan hati yang keras.

"Kita selalu mahukan hari yang CERAH, namun ALLAH lebih mengetahui hakikat hujan perlu diturunkan"

No comments: