“Susahnya
nak menjaga hati ni…!!”
Alhamdulillah Allah bagi kita hati dari situ kita
ada perasaan.
Dan mujur lah Allah ciptakan manusia tu
dengan satu hatinya. Sebab apa dengan satu hati ni pun kita dah tak
terjaga, jadi macam mana kalau kita punya banyak hati.
– Nak jaga ia dari bersangka-sangka dengan orang,
nak jaga dari terluka.
Dengan satu hati ni pun dah banyak kali terluka,
banyak sangat dah bersangka sangka dengan orang. Satu hati yang
dikurniakan kalau kita pelihara dia elok elok Allah indahnya.
Tapi Allah tu baik. Maha baik.
Walaupun hati ini banyak sangat buat dosa, Dia
tetap hadirkan sekelumit rasa getaran itu tanda hati masih hidup, masih ada
iman.
Walaupun pun hamba Allah ni berdosa sekalipun bila
Allah bagi getaran pada hatinya, Allah bagi ujian buat hambaNya, Nak suruhnya
kita ni kembali padaNya, kembali ingat padaNya.
Saya tahu
ramai yang pernah kecewa dengan dunia.
Dah kata dunia ini macam makanan yang manis, tapi
bila kita ambil dalam kuantiti yang banyak ia bahaya pada kesihatan kita tapi
itulah yang sedap. Itulah yang kita nak kan?
Dalam artikel ni saya nak bawakan satu bahagian
saja pasal hati.
Something yang dekat dengan anak remaja, belia
kita. Macam Allah uji hati anak remaja dengan satu term yang sangat indah,
Cinta.
Berapa ramai yang kecewa sebab cinta, berapa ramai
yang terpedaya kerana cinta?
Sebenarnya indah hikmah yang Allah selitkan dalam
proses membawa hati itu kepadaNya.
Ya, mungkin jalan ini ada jalan yang kamu perlu
lalui dalam proses menjadi seorang hamba yang lebih baik.
Saya terbaca satu post di instagram:
Aku bukan tak sabar, hanya tak ingin menanti.
Kerana berani memutuskan adalah juga kesabaran.
Kerana terkadang penantian membuka pintu-pintu syaitan.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia
mempersilakan. Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
-Salim A. Fillah
Kadang–kadang
bukan kita kecewa dengan manusia, kita yang mengecewakan hati kita
sendiri.
Ya kita memilih untuk membiarkan hati itu patah
dengan tindakan kita.
Ingatlah takkan bersatu dua cinta, cinta pada Allah
dalam masa yang sama cinta pada maksiat.
Kemudian kita yang harus memilih, dan ternyata hati
memilih untuk terluka.
Luka yang terjadi itulah hikmah.
Hikmah yang diri sendiri akan nampak sepanjang
proses penyembuhan. Hikmah yang diri akan nampak saat hati kita betul betul
redha.
Ketahuilah ia bukan satu proses yang mudah kerana
perlunya mujahadah. Tapi percayalah, segalanya mudah apa bila Allah
memudahkannya.
Satu yang perlu tahu dalam proses penyerahan hati,
penyembuhan hati kepada Allah itu ujian-ujian Allah selalu mengiringi.
Sedarlah bahawa didikan sabar sedang dipraktiklan
oleh Allah kepada kamu.
Sahabat saya berkata
“Allah hantar kamu untuk bantu yang lain”
Itu takdir Allah, kita yang pernah sakit dulu, akan
bantu orang lain hasil dari rasa sakit yang pernah kita lalui.
Saya pandang sahabat saya, mendengar cerita,
harapan, tekad nya bawa saya jauh ke ketika saya berada ditempat dia sekarang,
saya selalu cakap, memang tak mudah hanya tekad dan doa saja. Jangan pernah
takut.
Hati yang
sedang sakit perlu dirawat segara, moga tidak melarat.
“Sakit hati” ni bukan dengki tapi sakit hati ini
ialah dimana, kita mula lemah dalam langkah menuju tuhan.
Rawatlah dengan bicara denganNya, rawatlah dengan
membaca kalamNya.
Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi
Ismail a.s. Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi
semangat baru dalam jiwa jiwa kita.
“Allah tidak akan mensia-siakan kita”
– Tinta yang menulis ini masih berjuang dengan
ujian Allah. Mohon doa nya.
SuaraHATI : Bukan mudah untuk menjaga hati dari keadaan sekeliling
No comments:
Post a Comment