Hati yang redho vs hati yang sabar
Dua
situasi ini sangat berbeza.
Hati
yang sabar adalah hati yang menekan rasa, menelan derita, hanya diri sendiri
yang tahu amukan badai di dalam jiwa kerana keadaan dirinya tidak nampak di
luaran.
Diri
mampu tersenyum riang bersama keluarga, rakan dan taulan tapi jiwa merana hanya bercerita dengan Allah, mengadu dan bermunajat.
Lagi
dan lagi,….
Manakala
hati yang redho, derita dan sengsara sudah tidak dirasai,…
Dia
tenang luar dan dalam.
Sangat
tinggi penyerahan dengan Allah swt,..
Hati
sentiasa berkata2 dengan Tuhannya,.
Wahai
Allah, aku ini hanya hambaMu, Engkaulah Tuhanku,.. Buatlah, lakukanlah sesuka
hatiMu terhadap diriku, aku redho. Walau apapun qadha dan qadarMu yang telah
Kau tetapkan untukku, ketahuilah wahai Allah, itulah yang terbaik
untukku, kerana ianya datang dariMU… takkan mungkin Kau
dengar keluhan dari ku, baik dari mulutku, apatah lagi dari hatiku, kerana
wahai Allah, Engkaulah kekasihku, Engkaulah jiwa ragaku, mana mungkin akan
timbul ketidakpuasan hati kerana hatiku sudah mabuk dengan kasih sayangMu,
lantaran itu, buatlah wahai Allah, apa jua pun untukku,…
Hati
yang redho, akan mengalir dalam jiwa raganya ketenangan yang shahdu,.. yang
nampak hanya Allah. Allah dan ALLAH.
walau
kekadang jatuh dalam struggle, tetapi cepat nampak ini dari kekasihku, ALLAH
swt, lalu hati terus tenang , damai dan tenteram,..
Dengan
sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita
akan mencapai kejayaan.
Allahu akbar
SuaraHATI : Alirkanlah rasa sabar ke dalam hati hamba-MU ini untuk aku berdepan dengan dalam segala hal.
No comments:
Post a Comment