Salam Ukhwah

Monday, February 9, 2015

Mujahadah Itu Payah


Perlu kepada berfikir " Sayangnya Allah kat aku" Diuji dan terus diuji mengikut kadar umur yang telah dipinjamkan kepadaku. Kita mudah untuk menasihati orang lain bila kita diminta untuk memberi pandangan dan memujuk hati yang lain yang sedang dirundung DUKA. Ye.. pada ketika itu kita hanya memahaminya namun kita belum dapat merasai serta menjiwainya tentang RASA yang sebenarnya.

Kini wahai hati, Allah sedang datangkan ujian kepada kamu dan Allah uji apa yang telah kamu perkatakan, kerana kamu perlu tahu dan faham bahawa :- 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

.....Bahawa memahami belum sama dengan merasainya.

Masyaallah.. Allah sedang menguji aku dengan perasaan yang tak enak dan tak sedap yang mana pasti semua orang tidak menginginkan RASA yang sebegini menghantaui benak hatinya. Namun kita tak punya banyak pilihan. Kadang-kadang bermacam perasaan yang timbul, rasa sedih, pilu, sayu, hampa dan bemacam yang tak terungkap disini. Namun wahai hati yakinlah bahawa RASA itu semua memerlukan usaha keras untuk dilawan walaupun hati merasakan macam dah penat dengan ujian perasaan dan keimanan ini. 

Dulu masa belum berkahwin diuji dengan ujian emosi dan perasaan, ingatkan bila dah berkahwin tidak lagi dihantui dengan rasa-rasa yang sedemikian. Tapi sebenarnya bila telah berkahwin dan ada banyak amanah dan tanggunjawab ujian emosi itu lebih lagi hebat dan sangat perlu kepada Mujahadah.

Apa itu mujahadah?? Kalau ikut fahama akal yg dhoif ini Mujahadah adalah Berjuang meluruskan perasaan dan tindakan pada meraih keredhaan Allah Taala dan Rasul SAW. Sampai bila nak bermujahadah?? Jawapannya sampai bila-bila.. kita diajarkan doa oleh Nabi "Wahai Tuhan yang membolakbalikan hati, tetapkan hatiku ini diatas agamaMU" - inilah doa yang sangat perlu untuk diamalkan dan kita rayukan kepada Allah, moga-moga turun naik iman kita, baik buruk perasaan kita dalam mendepani tiap ujian kita tetap berada di Jalan-NYA dan memohon agar hati kita tetap lurus dalam mentaati-NYA.

Orang kata mujahadah itu payah?? memang payah dan sangat payah. Adakalanya sangat pahit untuk kita laksanakannya. Namun diri ini yakin bahawa yang pahit ini akan ada manis jua akhirnya nanti. Tinggal lagi bagaimana untuk istiqomah dalam mujahadah ini? Allahumma bantu hamba-MU yang dunggu ini Ya Allah.. Allah Maha Kuat, pinjamkanlah kepada hamba-MU ini kekuatan, kekuatan untuk bertabah, kekuatan untuk bersabar dan kekuatan untuk sentiasa berada dijalan-MU.
 
Semoga diri ini tetap bertenang dalam mujahadah ini, moga keluarga dan sahabat sekeliling juga tenang dan kita saling menenangkan antara satu sama lain. 


No comments: