Dua
situasi ini sangat berbeza.
Hati
yang sabar adalah hati yang menekan rasa, menelan derita, hanya diri sendiri
yang tahu amukan badai di dalam jiwa kerana keadaan dirinya tidak nampak di
luaran.
Diri
mampu tersenyum riang bersama keluarga, rakan dan taulan tapi jiwa merana. Hanya
bercerita dengan Allah, mengadu dan bermunajat.
Lagi
dan lagi,….
Manakala
hati yang redho, derita dan sengsara sudah tidak dirasai, Dia tenang luar dan
dalam. Sangat tinggi penyerahan dengan Allah swt,..
Hati
sentiasa berkata2 dengan Tuhannya,.
Wahai
Allah, aku ini hanya hambaMu, Engkaulah Tuhanku,.. Buatlah, lakukanlah sesuka
hatiMu terhadap diriku, aku redho. Walau apapun qadha dan qadarMu yang telah
Kau tetapkan untukku, ketahuilah wahai Allah, itulah yang terbaik
untukku, kerana ianya datang dariMU… takkan mungkin Kau
dengar keluhan dari ku, baik dari mulutku, apatah lagi dari hatiku, kerana
wahai Allah, Engkaulah kekasihku, Engkaulah jiwa ragaku, mana mungkin akan
timbul ketidakpuasan hati kerana hatiku sudah mabuk dengan kasih sayangMu,
lantaran itu, buatlah wahai Allah, apa jua pun untukku,…
Hati
yang redho, akan mengalir dalam jiwa raganya ketenangan yang shahdu,.. yang
nampak hanya Allah.... Allah.... dan ALLAH.
Walau
kekadang jatuh dalam struggle, tetapi cepat nampak ini dari kekasihku, ALLAH
swt, lalu hati terus tenang , damai dan tenteram,..
Allahu
akbar,..
Kami
Mohon Keampunan-MU Ya Allah..
sumber : https://hatiwanita.wordpress.com/
sumber : https://hatiwanita.wordpress.com/
SuaraHATI : Wahai diri.. Sebenarnya lagi Allah sayangkan seseorang hamba itu, lagi akan diuji dan diuji hambaNya itu...
No comments:
Post a Comment