Salam Ukhwah

Sunday, April 20, 2014

KepadaMU TUHAN kuserah Harapan..

Dikesunyian ini hati rasa ingin berkata-kata dan jari ingin menulis. Menulis meluah rasa dan hati memanjatkan doa kehadrat Ilahi. Kerana diri begitu yakin bahawa Allah Ya Rohman Ya Rohim kasih sayang-NYA sentiasa dekat kepada hamba-NYA.

Allah Yang Maha Mendengar.. pasti mendengar keluhan dan rintihan hamba-NYA ini, hati juga yakin bahawa Allah tak pernah akan jemu menyaksikan rintihan demi rintihan hamba-NYA ini.

Kini setelah 6 tahun berlalu.. hati masih tak putus berharap… masih mengharap dan harapan tetap ada. Itulah.. ZURIAT.



Saya sangat pasti 99.99% pasangan yang sudah berkahwin menginginkan rezeki anak sebagai penyeri rumahtangga mereka. Ada pasangan yang kahwin terus jer pregnant. Ada yang dah bertahun-tahun kahwin masih belum direzkikan anak. Semuanya adalah rahsia yang Allah simpan untuk hambaNya. Juga sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kebergantungan hamba kepada TuhanNya. Bagi saya, semua ini adalah ujian untuk memberi kesedaran bahawa kita masih bergantung pada pencipta kita sendiri Yang Maha Mencipta.

Di wall FB sering kali membaca pelbagai jenis post tentang kegembiraan rakan-rakan mengenai rezeki yang mereka perolehi. Post tentang pekembangan anak masing-masing. Ikhlas saya katakan semua tu memang akan menyentuh jiwa dan hati saya. Sekali fikir tersentuh sebab sedih kerana “aku masih tidak punya anak” Tetapi bila dikenang, direnung, dikaji dan difikirkan semula, sebenarnya tersentuhnya hati dan jiwa itulah dapat membawa saya lebih dekat lagi pada Ilahi. Kadang-kadang saya terfikir, saya dan mereka yang belum dikurniakan rezeki itu adalah lebih baik kerana selama itu saya dan mereka akan meminta, meratap serta merayu pada Pemberi rezeki dan Allah suka pada hamba-NYA yang sentiasa meminta kepadaNya. Beruntungkan kita? Dan selama mana saya bersabar dalam berusaha maka moga-moga pahala sabar saya terhitung oleh-NYA. Jadi sekarang senyum sentiasa..(doktor sendiri dah cakap kan, saya masih bepotensi untuk mengandung dalam tempoh terdekat asalkan saya tidak stress).

Jadi , saya harus terus bersabar dan berusaha hingga Allah tetapkan masanya yang sesuai. Amin.. Allah Lebih Tahu.

Maka dalam Hal ini…. bersangka baiklah pada Allah.. bersangka baiklah pada Allah... bersangka baiklah pada Allah... Allah Maha Baik....

Saya dan suami mesti mendahulukan rasa syukur atas apa yang telah ALLAH berikan nikmat-nikmat yang lainnya dan syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Sekurang-kurangnya kesempatan masa yang ada ini kami dapat memperbaiki diri masing-masing dan menimba ilmu mengenal TUHAN dengan lebih lagi. Kesempatan ini juga Allah bagi peluang untuk kami lebih “Memberi”. Memberi dalam erti kata membantu apa-apa yang patut kepada saudara terdekat.

Saya tak nafikan, kadang-kadang ada saja bisikan nakal yang terjah kedalam hati dengan pelbagai persoalan. Mengapa Dia masih belum beri anak? Wahai diriku dan dirimu, Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu KERANA DIA MAHA BAIK!

Ramai yang berpesan Buang semua perasaan sedih, Jangan fikir-fikirkan sangat dan jangan stress.  Part ni kadang-kadang gagal. Susahnya nak control. Rasa sedih tu datang tanpa dapat ditahan-tahan. Air mata bejurai macam air mata air yg mengalir.. sebenarnya kadang-kadang bukan sedihkan  sebab takde anak semata.. tapi sedih mengenangkan diri ni.. “kenapa aku tak kuat nak menghadapi ujian Allah yang sedikit ini”  telah banyak nikmat lain yang Allah bagi pada aku.. tetapi kenapa aku asyik focus pada ujian yang satu ni. Oh hati, bertabahlah

Wahai diriku dan dirimu Berlapang dada & senyum selalu. Jadilah insan paling bahagia walau tanpa anak.. Kerana mungkin itu kehendak Allah dan perancangan Allah. Yakinlah segala apa yang ketentuan ini adalah dalam kebijaksanaan-NYA. Siapa kita untuk mempersoalkannya.

Walaupun beberapa usaha yang telah dilakukan. Jumpa Pakar O&G sana sini… Terkini saya direzkikan untuk bertemu dengan Pakar O&G yang tak asing lagi iaitu Dr. Hamid Arshat. Merelakan diri untuk melakukan
Laparoscopic surgery,
4 bulan berlalu namun masih menanti dan terus menanti. Apa-apapun atas segala usaha & doa, DIA masih memilih saya dan suami untuk tidak dikurniakan anak setakat hari ini. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini.

SuaraHATI : Aku tetap Yakin apa yang telah ENGKAU tentukan ke atas diriku ini adalah dalam kebijaksanaanMU yang lagi Maha Bijaksana.

4 comments:

Unknown said...

Sesungguhnya, kesabaran itu lebih mahal dari segala-galanya. Sungguhpun akak belum lagi dikurniakan zuriat, mai percaya kesabaran itu pasti mendatangkan hasilnya berlipat kali ganda dari tu. InsyaAllah.. Amin.

Azura said...

Sabar Kak. Ujian kita sama..namun semuanya rahsia Allah. Allah uji hambaNya mengikut tingkatan iman hamba itu.

mamaA said...

Assalamualaikum Jas,

yakinlah...Allah itu sebaik2 Perancang dan Penentu. Hikmah disebalik semua ini terlalu besar utk hambaNya seperti kita. Jas kena selalu pujuk hati Jas,

"Buat masa ini, inilah yang terbaik utk Jas dan suami."

Sampai saat yg sesuai, Allah pasti beri pada Jas dan suami. Selagi belum ada rezeki, beerti saat yg sesuai belum tiba lagi.

Betul kata Jas, Allah itu Maha baik, dan Dia hanya akan beri yg terBaik buat kita. InsyaaAllah....

Doa kak meen, Semoga Allah terus beri kekuatan dan ketabahan utk Jas terus bersabar...ameen.

Jasmin said...

terima kasih atas doa kalian..
Mai, Azura & Kak Meen..

Moga kita sama2 dikurniakan kebaikan dunia akhirat dengan apa bentuk sekalipun...