Menjadi Tetamu Allah dan Para
Penziarah Rasulullah adalah kenangan paling manis dalam hidup ini. Saya mencari kata yang paling
sesuai untuk saya ungkapkan disini. Kata yang mengambarkan perasaan saya ketika
berada di Tanah Haram. Tiada kata rasanya untuk mengambarkan perasaan dan
keindahan ketika berada di Tanah Haram Makkah dan Madinah Al-Munawwaroh. Its a wonderful feelinglah!
Satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup ni.
Sepatutnya saya dah lama menulis tentang pengembaraan rohani saya di
kedua-dua tanah haram itu. Tetapi entah mengapa perasaan indah yang hadir
ketika buat pertama kalinya kaki saya berpijak di situ telah membuatkan saya
ingin terus menganggap bahawa saya masih di sana, tanah yang menjadi saksi
kepada semua peristiwa dan merakamkan 1001 sejarah yang sepatutnya kita ambil
peduli. Satu Tempat dan satu keadaan dimana ianya telah menambahkan rasa
keimanan dan syukur saya kepada-Nya.
Tanah yang menjadi saksi terbitnya rasa rindu yang kian menyubur...
kemanisan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata... yang pasti, keinginan
saya yang terdorong kuat untuk menjejakkan kaki ke sana adalah saya anggap
merupakan dorongan daripada-Nya. Syukur Alhamdulillah....
Dimana mahu saya mulakan ya…Perjalanan
kami selama 15 hari 13 mlm. Pengalaman yang sangat bermakna. Moga ada jemputan
lagi dariNya untuk diri ini. Dalam kepala macam-macam nak cerita. Nak kongsi. Tetapi Sekadar bermain di kepala. :) Perjalanan saya ke
sana sangat bermakna kerana saya bersama saya Suami yang tercinta, Mak, Ayah yang dikasihi,
Adik dan 2 Sedara yang lain. Kami berangkat ke tanah suci bersama ahli pada 28
Mei 2013 berlepas jam 3.00 ptg menaiki Saudi Air.
Alhamdulillah route
perjalanan bermula di Makkah dan kemudian ke Madinah. Tiba di Mekah pada hari
yang sama jam 6.30 ptg waktu tempatan. Ketika kaki ni menjejak di
lantai Masjidil Haram buat kali pertamanya dalam perasaan saya ketika itu hanya
ALLAH jualah lebih tahu. Pertama kali menatap Kaabah depan mata hanya ucapan
kudus dari hati yang terucap. “Ya Allah… HambaMU yang berdosa ini datang
kepadaMU”. Kami melakukan umrah pertama
bersama Mutawwif iaitu Ustaz Fawwaz yang sangat berinformasi.
Kekuatan kaki dan
kesihatan paling penting. Terutama Mak dan Makcu (Mak Saudara). Derang jalan perlahan walaupun keadaan jalan yang agak meletihkan jarak dari hotel ke
Masjidil Haram adalah sekitar 10-15mnt berjalanan kaki tapi Mak tetap bersemangat. Perasaan solat dan
berdoa di Masjidil Haram sangat indah.
Syukur Ya Allah, kami panjatkan kehadrat-Mu atas izin dan kasih sayang-Mu kami dapat mengerjakan ibadah Umrah dalam keadaan kami sihat dan cergas. Cuaca disana pada ketika itu boleh tahan panasnya. Waktu siang suhu mencecah ke 47-48 darjah dan waktu malam pula suhunya 42 darjah. Bacaan suhu yang boleh kira agak panas untuk kita yang tak biasa ni kan. Namun Alhamdulillah... syukur sangat-sangat mak sihat dia nampak begitu bersemangat walaupun semua orang risaukan akan kesihatannya.
Kerajaan Arab Saudi telah membina sebuah muzium yang dikenali dengan
nama: Mathaf al-haramain al-Syarifain. Ia mula dibuka pada 25 Oktober
1420H, terletak bersebelahan dengan kilang Kiswah Kaabah. Alhamdulillah Allah izin rombongan kami dapat masuk ke Muzium Masjidil Haram yang lokasinya tidak berapa jauh dari Hotel Penginapan. Di muzium ini kami dapat menyaksikan tersimpan barang-barang lama yang berada di dalam Kaabah, seperti pintu,
kunci serta tiang Kaabah yang dibina pada tahun 65H serta Telaga Air Zam-Zam yang berusia beratus tahun.
Hari Ke-8 kami telah berangkat ke Madinah Al-Munawwaroh. Sedih rasa hati meninggalkan Bumi Mekkah.. Ya Allah Jemputlah kami lagi Ya Allah dalam keadaan kami baik dan dalam keadaan kami Sihat. Tiba di Madinah telah lewat malam, Ustaz menasihati kami hanya berehat saja pada malam itu sebelum melakukan ziarah dalam pada kesesokan harinya. Masjid Nabawi adalah Masjid yang penuh bersejarah dan di Masjid inilah adanya makam Nabi dan
sahabat-sahabat Baginda. Masjid ini terletak di tengah-tengah kota Madinah. Bersolat di Masjid Nabawi
pula amat banyak kelebihannya... pahalanya adalah seumpama 1000x ganda sembahyang
di masjid2 lain selain Masjidil Haram (Makkah)... MasyaAllah... senang-senang
kita dapat mengejar pahala yang 1000 X ganda tu... insyaAllah. Besar
sungguh ganjarannya... Mudah-mudahan Allah terima ibadat kami.
Yang ni pula Masjid Quba yang mana merupakan masjid yang pertama kali dibangun dalam peradaban
sejarah Islam pada 8 Rabiul Awal 1 Hijriah. Masjid ini terletak
di luar Kota Madinah. Masjid ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, Dalam sejarah Islam, masjid yang pertama adalah masjid Quba yang
dibangun oleh Sayyidina 'Ammar Radhiyallahuanhu. Ketika Baginda Nabi
Shaliallahu wasallam dalam perjalanan hijrah ke Madinah sebagai
tempat berteduh bagi Baginda seterusnya mendirikan solat disitu. Shalat di masjid Quba memiliki keutamaan. Menurut Hadits Nabi saw yang
diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif radhiyallahu ‘anhum, ia pernah
mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401)
“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba, lalu ia shalat di dalamnya, maka baginya pahala seperti pahala umrah”.( HR. Tirmizi no. 298. Ibnu Majah no. 1401)
Kenangan berada di Raudhah tetap dikenang sampai bila-bila. Rasai dan nikmati asakan dan
momen-momen untuk berada di Raudhah. Ianya akan menjadi kenangan paling
manis yang akan dirindui selalu. Moga-moga Allah jemput lagi saya ke sini.
Raudhah, salah satu tempat yang menjadi tumpuan dan impian setiap jemaah umrah dan haji untuk masuk solat dan berdoa di dalamnya. Kesesakan di Raudhah bagi Jemaah Perempuan memang sangat mencabar dan pada ini mungkin saya ambil peluang menghayati suasana Raudhah sambil melihat gelagat jemaah dari bermacam negara.
Pada masa ini hati terdetik.
dari saat saya mahu ke Raudhah. Menunggu giliran yang mengambil masa hampir 2
jam baru dapat menjejakkan kaki ke Raudhah. Bersesak-sesak dengan
pelbagai ragam manusia. Hati berbisik, 'ini adalah sedikit gambaran kita
nanti di padang masyar. ini baru sedikit. Nanti di bawah terik mentari
dengan lautan manusia menunggu giliran dihisab. Bagaimanakah keadaan
kita? Allahurobbi.
Suasana di Masjid sama ada didalam atau dibahagian luar Masjid sememangnya sentiasa meriah.
Sehingga hari ini kenangan berada di Haramain sentiasa bermain di fikiran. Saya berazam untuk menunaikan Fardhu Haji diusia muda ini. Moga saya dijemput lagi untuk mengerjakan Ibadah Haji dalam keadaan sihat dan dalam keadaan baik. Inshaallah
No comments:
Post a Comment