Bismillah wal
hamdulillah..
Didoakan moga
sahabat-sahabat, muslimin muslimat berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sekadar berkongsi dan
coretan dari hati dalam mencari kekuatan…
Suka saya mengajak diri
saya sendiri dan sahabat pembaca bertanya pada diri dan cek diri kita sendiri..
“Benarkah orang yang
bersangka baik dan sentiasa meletakkan sangkaan baik mendahului sangkaan buruk
adalah orang yang sabar”?
… InsyaAllah bersangka
baik ada kaitannya dengan sabar. Bahkan jika difikir-fikirkan, dekat sangat.
Bukan mudah untuk bersangka baik kerana ianya melibatkan hati. Perlu mendidik hati. Dan kita tidak akan
mampu mendidik hati untuk bersabar melainkan dengan memandang dengan sangkaan
yang baik.
Tertarik dengan kata-kata
Nabi Yaacob a.s.. “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan
dan kesedihanku” (Surah Yusuf:86)
Orang yang sentiasa
bersangka baik dengan Allah akan sentiasa juga bersangka baik dengan manusia.
Dan salah satu sunnah serta adab Rasulullah SAW: senyumannya mendahului kemarahannya..
soalnya mampukan kita?? Subhanallah wa astaqhfirullah…
Mari kita cek balik diri
kita…
Adakah kita mampu
bersangka baik pada keadaan kita seperti ni..
Ø Kita
dengan semangat menyapa orang yang selalu bersama kita, namun tiba-tiba hari tu
dia mendiamkan diri dan buat acuh tak acuh dengan kita.. sedih tak?
Ø Perkara
yang kita rancang dan kita usahakan tiba-tiba tergendala di atas sebab-sebab
tertentu… kecewa tak kita?
Ø Tugasan
atau kerja kat office yang yang dah
selesai kemaskini dan simpan dalam pendrive
dan yang perlu kita submit pada boss tiba-tiba saja pendrive tersebut
hilang dan kebetullan tak pulak kita simpan sebarang copy file tersebut… Allahu
Ø Sahabat
yang paling baik dan paling rapat dengan kita.. dan sahabat yang kita rasa dia
paling faham kita.. dan sahabat itu juga yang selalu ada dengan kita time suka
duka tup-tup menjauhkan diri dengan kita tanpa apa-apa isyarat… apa sangkaan
kita ketika itu?
Ø Doa
yang dipanjatkan pada Allah dengan bersungguh dan sepenuh hati.. namun tidak
jua kunjung hasilnya…. Bagaimana hati kita waktu begini?
Ø Dan
kita rasa kita dah banyak buat baik dengan orang, hubungan dengan Allah dan
insani juga sangat kita jaga, namun seringkali kita diperlakukan dan dilayan
dengan sebaliknya.. terasa tak?
Duhai diriku dan dirimu…
Saya sangat-sangat percaya
tentu sekali kita pernah berada dalam situasi begini, seringkali juga mungkin
lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam keadaan
ini adalah negative dan bermacam-macam andaian, bukan?. Sedih ada.. rasa terkilan juga akan hadiri
dalam hati. Kenapa berlaku begini? Kenapa jadi begitu? Apa salah aku?..
tentunya pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih kerana itu fitrah insani Cuma jangan
berlebihan, dalam kata mudah “tak salah sedih tapi jangan lebih”. Jika ada
lintasan-lintasan begitu takpa cumanya bersegera cantas perasaan tersebut
dengan sangkaan baik. Kerana itulah
sifat seorang mukmin.
“Sesungguhnya wali-wali
Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati (Yunus:62)
Orang yang bersangka baik
dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan Allah dan mengenali
Allah kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah
dari Allah. Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa Allah bersama
dengannya. Bukankah Allah itu bersifat
Ar-Rahman (Maja Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani) Allah kasih akan
hamba-Nya melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang
hamba di sisi Allah, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada Allah… jua tidak
‘menuduh’ Allah dengan tuduhan yang tidak baik.
Baik secara langsung atau tidak langsung..
“… dan bahawasanya Dialah
yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis “ (An-Najm:43)
Jika kita memohon pada
Allah namun pinta yang ada belum lagi ditunaikan, bersangka baiklah bahawa
belum sampai waktunya lagi Allah mengabulkan doa kita. Kerana Allah mengetahui
apa yang terbaik untuk kita… mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik
untuk kita. Mungkin ada perkara yang lebih baik di sisi Allah yang Allah
ketahui untuk kita. Mungkin jua Allah
sudah memakbulkan doa kita, namun kita yang tidak sedar kerana Allah makbulkan
doa kita pada bentuk yang lain.
“Dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)
Yakin dengan Allah dan jangan PUTUS ASA dalam
berdoa. Kerana kata ibnu ‘ataillah:… doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah
hidayah daripada Allah. Bukti sifat pengasih Allah. Allah jualah yang memberi
kita pertunjuk untuk berdoa dan Allah jua yang akan mengkabulkan doa tersebut.
Sebagai hamba kita kena sedar bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu hajat
kita pada Allah, kerana Allah telah sedia mengetahui hajat kita… namun kerana
menyedari bahawa kita adalah hamba-NYA yang lemah.
Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan
dengan sebaliknya dan kebaikan yang kita buat, yang kita harapkan, dibalas
dengan sebaliknya maka mari kita kita bersangka baik bahawa kita mungkin belum
lakukan yang terbaik lagi. Letakkan Qudwah dan sunnah Rasulullah SAW di hadapan
diri. InsyaAllah ketenangan itu pasti akan hadir. Tidak rugi melakukan kebaikan
kerana ianya tercatat dalam catatan amalan.
Hasil dan natijahnya pasti aka nada di akhirat kelak.
InsyaAllah.. mafhum ayat Al-Quran ; bahawa kita
semua SEDANG kembali pada ALLAH.. Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi
dengan alam dunia ini bila dan bagaimana. Selagi ada kesempatan ini moga Allah
sentiasa menganugerahkan taufiq dan hidayah untuk kita perbaiki diri dalam
menyediakan bekalan untuk dibawa balik keSANA nanti.
SuaraHATI : Kami amat memerlukan belas kasih dan rahmat
dari-MU Ya Allah…
No comments:
Post a Comment