Salam Ukhwah

Wednesday, August 1, 2012

Ya Allah.. Bantulah Kami

Doa nabi Zakaria bagi memperoleh zuriat dan menghadapi kehidupan dalam kesabaran.





Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu 
kepada Tuhannya dengan berkata:
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri 
(dengan tidak meninggalkan zuriat) 
dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. 
(surah al-anbiya, ayat 89)



Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, 
katanya: Wahai Tuhanku! 
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; 
Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (surah ali-imran, ayat 38)

52 bulan berlalu...
Kami masih lagi meneruskan usaha-usaha semampu kami agar kami dikurniakan anak buat penyeri dan penghibur rumah kami. Keinginan kami bukan setakat hanya sebagai penyeri dan penghibur semata, malah lebih dari tuh... Berkat Ramadhan ini Ya Allah.. bantulah kami agar kami terus istiqomah dalam usaha ini, agar hati-hati kami tetap bersatu dalam meletakan pengharapan ini hanya kepada-MU Ya Rabb. Agar hati-hati ini tetap bersama dalam mengharungi apa jua ujian dugaan yang telah Engkau sediakan untuk kami.


Ya Allah... kami faham sesungguhnya anak itu adalah amanah dan ujian buat kami, dan ENGKAU lebih tahu masa dan ketika yang sesuai utk kami terima amanah itu. Kami tetap yakin dengan Rahmat-MU Ya Allah.. 

Ya Allah, sekiranya dengan kehadiran anak itu membawa kami lebih dekat kepadaMu dan kebaikan buat kami dan agama kami dunia dan akhirat, maka kurniakanlah kami cahaya penyejuk mata itu, Ya Allah....sesungguhnya Engkau Maha Tahu, lagi Maha bijaksana. ameen.

Suarahati :- Selalu bersangka baik dgn Allah adalah lebih selamat buat kita hambaNya.

2 comments:

Erin said...

Tuhan sentiasa menguji hambanya.. Dia nak kita bersabar dan terus berdoa agar kita sentiasa dekat denganNya.. InsyaAllah.. satu hari nanti pasti ada dan akan memberi sinar kebahagiaan yg lebih untuk akak dan suami.. Sabar dan terus bersabar.. Aminnn

Jasmin said...

terima kasih erin..

Mungkin ujian ini ALLAH menjemput utuk kami lebih 'close' dengan DIA, lebih 'bergantung harap' hanya pada DIA..

Yakin... dan sangat yakin dengan rahmat ALlah..