Nurzahida binti Mohd Zaid dalam Kenangan
Ketika saya melawat arwah 18/6/2012 (isnin) di KMC, Kuantan
5 Julai 2012 hari Khamis bersamaan 15 Syaaban 1433H saya dikejutkan
dengan berita kematian Nurzahida binti Mohd Zaid di Subang Jaya Medical Centre
pada jam lebih kurang 12.30tgh. Tatkala mendapat berita tu melalui 1 pangilan
telefon, saya tegamam dan dada menjadi sebak dan tak sedar air mata jatuh
sampai basah pipi. rasanya
baru aritu sembang-sembang dengan arwah.
“Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un” maksudnya,
“dari Allah kita datang dan kepadnya kita kembali”
18/6/2012 - dimasukan darah
Marilah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Nurzahida
dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
KMC pd 22/6/2012 (Jumaat)
Allahyarhamah
Nurzahida telah disahkan “leukemia”
semasa arwah dirawat di KMC, Kuantan 2 minggu yang lepas (21/6/2012
Jumaat). Sepanjang hampir seminggu arwah di KMC, sempat 2 kali saya
menziarahinya. 18/6/2012 (Isnin) saya pergi ziarah secara solo dan saya
menghabiskan masa bersama arwah hampir 2 jam, sempat kami bersembang dan dia ada
memberitahu saya dia sedang menahan sakit dibahagian sendi yang amat sangat. Mendegar
berita yang beliau telah disahkan mengidap “leukemia” pada waktu rehat tengahari
Jumaat (22/6/12) saya bersama sahabat yang lain sekali lagi berkunjung ziarah
sebelum arwah dipindahkan ke SJMC. pada hari keesokannya untuk menjalani
kemoterapi
Arwah ditemani suami, anak kesanyangan dan ibunya
Sepanjang yang saya kenali arwah, secara pribadi yang saya katakan beliau orangnya adalah seorang yang sangat baik, seorang yang lemah lembut dan santunnya teserlah dengan semua orang. Dan saya pasti sesuatu yang buat orang akan merinduinya adalah senyumannya. Allahyarhamah Nurzahida seorang yang murah dengan senyuman. Bayangkan masa kami ziarahnya di wad, arwah masih tersenyum walaupun sesekali saya terperasan dahi dan keningnya bekerut mungkin dia sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.
Arwah tetap senyum
Allah
menjemputnya pulang disaat arwah
sedang berjuang dalam usaha melengkapkan pengajiannya di peringkat PhD dalam
bidang Biotechnologi.
Betul la
janji-janji Allah.. bila dah tiba masa nyawa diambil, tiada apapun yang dapat
menangguhkannya lagi.. manusia hanya merancang, tapi kita kena selalu ingat
Allah yang menentukan.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan
sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah
beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang
memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami.. kami
sedar kami tak henti-henti membuat dosa…..tapi kami tahu Engkau juga maha
pengampun Ya Rahim…
SuaraHATI: Mereka dah balik.. kita pasti juga akan balik cuma kita tak tahu bila kita dipanggil balik dan bagaimana kita balik. Ya Allah berikanlah kami kesudahan yang baik.
No comments:
Post a Comment