Salam Ukhwah

Thursday, January 5, 2012

Tahankah Apabila diKritik?

Tahankah anda dikritik (ditegur)?

"Aku suka sekiranya kalian dapat menunjukkan kesalahan aku!" - Saidina Umar Al-Khattab

Kebelakangan ini kerap bersua dengan golongan yang suka mengkritik. Ini tidak kena,itu tidak suka.Tapi malangnya apabila giliran mereka dikritik (ditegur) lantaran kesalahan yg tidak disedari, maka menyinga marah dan bingkas berhujah dengan hujah yg kadang-kadang tidak matang dan masak dek akal.Dek ego dan emosi menguasai,merasa diri semua betul, maka pantanglah dirinya ditegur.

Sedangkan Nabi Muhammad, manusia paling sempurna dijadikan Allah sepanjang sejarah pun membuat kesalahan, dan ditegur pula oleh Allah.Dan atas kebijaksanaan baginda, diterima dan diolah teguran itu supaya diri menjadi lebih baik, walau sedia maklum dirinya sudah yang terbaik!

Adakah anda lebih hebat dari Nabi Muhammad sehingga tidak mahu ditegur langsung?

Mustahil!.

Kenapa kita tidak suka dikritik? Adakah disebabkan kita tidak suka mengkritik, maka kita juga tidak suka untuk dikritik.

Kritik perlu dinilai.

Siapa pengkritik itu juga perlu dinilai.

Reaksi selepas dikritik pun perlu dinilai.

Kerana kritik itu ada positif dan ada negatif.

Kritik positif (membina) analoginya seolah-olah seorang kawan datang menyua penapis teh ketika kita sedang minum air teh berkeladak dengan harapan nikmatlah kita minum teh yg jernih tanpa keladak.Bukankah itu satu kelegaan! (Intisari kuliah TG Nik AZiz berkenaan kritikan)

Kritik negative (memusnah) analoginya seolah-olah seorang kawan mengisi diesel dalam tangki petrol kereta anda. Bukan saja enjin kereta anda akan rosak,bahkan anda tidak boleh lagi bergerak kedepan !

Maka, anda patut ada kemahiran untuk membezakan kritik baik dan kritik buruk ini. Kerana kritikan itulah yg membantu anda menjadi orang yang lebih baik lagi.Memberi ruang kepada anda untuk memperbaiki ruang-ruang kabur yang selama ini mungkin dirasa sudah lengkap.

Jangan takut kepada kritikan.Kerana kita ini manusia dan manusia itu akan tersilap.Itu adalah lumrah kehidupan.Anda silap bilamana anda rasa anda takkan tersilap.

Cuba lihat dari sudut positif ;

Bilamana isi kritikan itu salah, sedangkan teguran itu dalam nada yg positif,anda patut rasa bersyukur kerana sekurang-kurang ada orang cakna akan anda.

Bilamana isi kritikan itu betul dan anda mmg salah, maka anda patut 2x ganda syukur sebab anda sudah ditunjuk kesalahan yg mungkin anda tak sedar dan anda berpeluang perbetul kesalahan!

Kekuatan mental anda juga akan diuji ketika anda dikritik.

Marahkah anda? Atau anda tenang-tenang dan bersahaja bila anda dikritik?

Orang yg cenderung untuk marah dan kecewa itu lemah mentalnya.Tidak Mengambil peluang untuk menganalisis diri dan bermuhasabah atas kritikan tersebut.Sebaliknya mengambil keputusan untuk membenci si pengkritik. Wajarkah anda membenci orang yang menyua penapis teh ketika anda sedang tersedak dek keladak teh? Fikir-fikirkanlah.

Jika anda mendengar kritikan orang dengan penuh minat, mengambil masa untuk berfikir dan muhasabah sebelum membalas hujah, maka sahlah anda seorang yang kuat mental dan besar jiwa.Inilah ciri pemimpin hebat!

"Agama itu adalah Nasihat". Hadis Nabi (Hadis 40-Imam Nawawi)

Bilamana bangsa sudah menjadi tepu dengan golongan yg pantang dikritik, akan timbul bangsa yg tepu pula dengan golongan yg tidak kritis.Didiklah jiwa anda dan keluarga anda, semoga tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Umat islam itu bangsa yg kritis,tidak mungkin islam maju sedemikian rupa dizaman kegemilangannya jika mereka tidak kritis dalam ilmu dan teknologi.

Sama-sama mengambil pengajaran.Bentuklah diri kita supaya pandai mendengar dan pandai menilai.

Belajarlah menolak kritik negatif dan lapangkanlah dada bila menerima teguran membina.Tolak ego dan emosi itu jauh-jauh.

Kritiklah dengan hikmah sahabat-sahabat bilamana mereka tersasar.Kerana kita saling memerlukan.Hari ini hari mereka, mana tahu esok hari kita!

Ada sebarang teguran?

Wassalam

Sumber : ibrahkehidupan.blogspot.com

SuaraHati : Saya jugak kadang dalam tak sedar 'terkritik' orang lain. Dan apabila saya dikritik terlebih dahulu saya jugak menilai perkara yang dikritik dan menilai siapa pengkritik tersebut kemudian bermulalah sesi memikir dan terfikir-fikir mana silapnya dan apa yang patut saya buat. Kalau perlu saya untuk memberi penjelasan maka saya akan lakukakanya. Tapi kalau yang terbaiknya saya berdiam diri maka saya juga akan mediamkan diri daripada terus berkata-kata.

No comments: