Salam Ukhwah

Tuesday, January 17, 2012

Hebatnya Sedekah

Semalam selesai temujanji dengan Dr. Murad di O&G IIUM, Kuantan sempat singgah di Kuantan Prade. Kebetullan kereta pun park di situ memandangkan dah pusing tawaf cari parking 2-3kali akhirnya saya melencong menghala ke parking berhampiran Kuantan Prade.

Mengunjungi Kuantan Prade perkara wajib bagi saya adalah singgah di Pustaka Ansar. Iaitu satu-satunya kedai buku yang menjual buku-buku agama serta CD pelbagai nasyid dan cermah agama. Belek punya belek saya terpadang satu buku yang tajuknya sangat ringkas tapi saya pecaya didalamnya penuh dengan ilmu yang sangat bermanfaat.

Teringat sangat pesan mak & ayah dari dulu, kini dan moga-moga hingga ke hujung nyawa, mereka selalu mengingatkan tentang sedekah. Ayah cakap “jangan takut miskin bila bersedekah”. Mak kata “ dengan bersedekah insyaallah TUHAN tambah lagi rezki kita”.

Buku HEBATNYA SEDEKAH tulisan Haji Abdul Rahman Mohd Adil terbitan Pustaka Azhar membicarakan tentang hebatnya sedekah, tentang mulianya sedekah, tentang berkatnya sedekah dan sebagainya.

Bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status ataupun taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukakannya, menurut kadar kemampuan masing.

Abi Talib pernah berkata :

“Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu, orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa, orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan diri sendiri, orang yang kuat rasa syukurnya banyak memperkatakan dan melakukan sedekah”

Ali bin Abi Thalib juga menghuraikan satu jenih manusia yang hebat didunia. Yakni, yang kuat rasa syukurknya kepada Allah, banyak harta dan sibuk memperkatakan dunia tetapi serentak itu pula banyak bersedekah dan sibuk memperkatakan akhirat.

Sedekah merupakan bahagian daripa upaya membersihkan diri (tazkiyatun nafs) dan membersihkan harta (tazkiyatun mal). Posisi sedekah itu sangat isteimewa kerana ia merupakan ibadah yang utama. Bahkan dalam Al-Quran, perintah bersedekah itu menggunakan huruf wau atof. Ertinya, sesuatu yang terikat sekali, merupakan perintah yang sangat penting.

Sedekah itu berasala daripada perkataan bahasa arab, iaitu ‘as-Sadaqah” ertinya “benar”. Jadi apabila kita sebut berkenaan keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah Ta’ala, sudah pasti di sana perlu kepada pembuktian. Sedekah itu adalah bentuk pembuktiankebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah Ta’ala kurniakan.

Sedekah mempunyai banyak keutamaan atau fadilatnya, antaranya adalah sebagai berikut:-

i) Memudahkan datanga rezeki

ii) Menolak bala

iii) Menyembuh penyakit

iv) Menambah umur

Hadis Nabi SAW ada mengatakan ;

“Pada setiap rezekimu ada hak bahagian orang-orang yang meminta mahupun yang tidak meminta”

Dan hadis lainnya,

“Sedekah itu menyuburkan bagaikan hujan ke atas tanam-tanaman”

Ertinya, Allah memang menjadikan pulangan yang baik dan menguntungkan bagi orang yang dermawan yang menyedekahkan sebahagian rezekinya.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan;

“Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru; Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada prang yang membelanjakan hartanya kerana Allah.” Yang satu lagi menyeru; Musnahkanlah orang yang menahan hartanya.”

Buku ini cuba menghuraikan kehebatan, keutamaan dan fadilat sedekah kerana amalan ini amat berharga di sisi Allah. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkatan pada hartanya. Semoga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mencintai sedekah, supaya kita dapat memasuki pintu sedekah yang penuh kenikmatan itu, iaitu ar-Rayyan. Amin ya Rabbal’alamin.

SuaraHati : Ya Allah teruskanlah Engkau berikan keringanan hati dan jua keringanan tanganku untuk aku terus melakukan sedekah ini. Ya Allah lindungi aku dari sifat riak dalam aku mengerjakan sedekah ini. Engkau jugalah yang sebaik-sebaik perlindung bagiku... aminnn



1 comment:

liana said...

jom follow cni.
kongsi pengalaman ckit