Salam Ukhwah

Thursday, April 15, 2010

Jambatan Kuala Krau

Masih ingin beceloteh bekisah Jambatan Kuala Krau yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Pahang pada bulan feb yang lalu.
Gambar yang saya duk tepek ini adalah lukisan yang diambil daripada rajawaliartgallery betempat di No 51. Lorong 13. Taman Cenderawasih Kuantan, Pahang. Dikhabarkan lukisan ini telah dibeli dengan harga yang saya sendiri tidak mampu untuk memilikinya. Bagi saya lukisan ini sangat cantik, sangat indah dan begitu real suasananya yang mana dikirikanannya ada pokok kelapa sawit dan kalau kita perasan imej yang dilukiskan ini dipandang dari arah Rumpun Makmur menyemberangi Sungai Pahang dan tiba di Kampung Masjid, Kuala Krau iaitu dalam 2km ke Pekan Kuala Krau.
Boleh dikatakan saya sebagai salah seorang pengguna tetap jambatan ini.. dengan laluan inilah yang memudahkan saya berulang alik ke kampung mertua yang mana perjalanannya hanya mengambil masa kurang 20 minit sahaja berbanding dengan sebelumnya yang memakan masa 1 jam dengan jarak perjalanan sejauh lebih kurang 60km.
Alhamdulillah syukur kehadrat-MU Ilahi kerana telah permudahkan proses pihak terbabit dalam melaksana tugas & Amanahnya.

SuaraHati :- walaupun baru 2 minggu tapinya dah lama rasanya tak balik kampung.. InsyaALLAH if takde aral.. 1 mei ni baliksss kampung...

No comments: