Salam Ukhwah

Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah... Dah Pindah

Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi.. urusan pindah rumah telah berjalan dengan lancar. Angkat barang hari isnin dibantu oleh jiran beserta 2 orang driver lori. Start daripada dapat kunci pada 23-3-2010 yang lepas saya & suami sibuk menguruskan rumah kerana kami terpaksa pindah lebih awal memandangkan rumah yang kami sewa ada akan dihuni oleh orang lain pada 24hb ni.

Seawal jam 9.00 pagi lori datang, dengan 1 trip sahaja barang-barang berjaya dipindahkan cuma yang tinggal barang-barang kecil yang boleh dibawa dengan kereta.

Bersungguh sahabat nih membantu kami sampaikan baju yang dipakai dibasahi keringat. Terima kasih diucapkan buat kalian dan hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas kebaikan & bantuan yang dihulurkan ini.

Barang dah habis semua angkut cuma tinggal nak mengemasnya lagi. Rasanya minggu nih lum sempat lagi nak kemas secara sempurna.. masih banyak lagi longokkan barang di serata sudut. Alhamdulillah suami yang banyak bertungkus lumus dalam urusan mengemas.

Sekali lagi Syukur sangat-sangat kerana ALLAH bagi peluang & kudrat untuk menduduki rumah sendiri... Wahai diri... perlu sedar bahawa rumah yang dimiliki ini hanyalah pinjaman semata-mata dari-NYA. Dengan izin-Nya juga maka kami mampu menguruskannya.


SuaraHati : Terima Kasih Ya Rabb... memberi kami peluang & ruang ini... Semoga kami sentiasa beroleh keberkatan-MU.



1 comment: