Jumaat-25/12/2009 bersamaan 8 Muharam 1431 Hijrah.. suatu subuh yang sunyi aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari Ayah dikampung memberitahu bawaha 'Uwan telah tiada'. Innalillahwainnailaihi rojiun... hati terus bedebar dan secara tak sedar manik-manik jernih gugur. Ayah meminta agar aku menelefon dan memberitahu semua adik beradik yang lain. Terasa baru semalam bersua dan berbual dengan Uwan, masih terdengar-dengar suaranya.. terbayang-bayang wajahnya namun apa kan daya masanya telah tiba.. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.
.jpg)
Kenangan - Ketika kali terakhir mengunjungi arwah pada 30/10/2009
Pada hari itu sebenarnya aku berada di Gemas kerana merancang untuk betolak ke JB pada awal pagi bagi menghadiri Gathering RMC di Tangjung Puteri Resort, Pasir Gudang. Program yang telah dirancang 2 bulan yang lepas dan segala persiapan telah juga dilakukan namun apa kan daya... kita merancang.. ALLAH juga merancang namun Perancangan ALLAH adalah yang sebaik-baiknya. Aku mendapat pangilan daripada ayah dan selepas solat subuh aku dan suami terus begegas ke Kg. Kerambit di Kuala Lipis.
Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)
Namun, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya. Telah banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?
Suarahati : Tuhan.. terima kasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini hingga ke saat ini. Kerdilnya diri ini YaALLAH.. mengenangkan dosa dan maksiat. Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai-gintai di jendela menunggu arahan bagi melaksanakan tugas. YaALLAH pimpinlah aku...
p/s:"Uwan" adalah ibu kepada ibuku.

3 comments:
Innalillahhiwainnalillahhirojiun..
Takziah buat akak sekeluarga... Semoga roh arwah uwan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... Ameen...Al Fatihah...
Thanksss Erna...
Al-fatihah..
Semoga roh uwan dicucuri rahmat olehNYA dan ditempatkan bersama para solohin.. amin...
Kami pasti merinduimu...
Post a Comment