Coretan penuh juraian air mata…
Hampir 2 bulan... berlalu pemergian arwah sahabat saya namun
hati ini semakin merindu, rindu pada sepotong nama.. yang aku pangil
‘LIZA’ dikaulah sahabat dan teman
sejati.
Kisah ni tentang persahabatan yg setia hingga
hujung nyawa..
Pemergian sahabat saya... arwah meninggal pada
21112015 jam 12:20tgh bersamaan 9 Safar 1437H, sejak itu jiwa saya seolah pergi
bersama dia,
Sayu dan sedih hati ini hanya Yang Maha Kuasa
mengerti... Sayu dengan kehilangan seorang sahabat yang sangat mulia hatinya,
sedih kerana ketiadaan lagi sahabat yang setia, setia dalam erti kata
menginggatkan, menasihatkan, mempositifkan, memotivasikan dan mengambil cakna.
arwah adalah sahabat saya sejak dari zaman
kanak-kanak lagi.. kami main bersama-sama, membesar bersama-sama... tapi
biasalah, zaman kanak-kanak riang.. gaduh-baik-gaduh-baik.. perkara normal sebagai
kanak-kanak.. Pergi sekolah sama-sama bila balik sekolah arwah abahnya menjemput
dan pasti saya akan membonceng bersama-sama dengannya.
Tapi, sejak meningkat remaja, hubungan kami semakin akrab. maklumlah dah matang sikit... semasa Sekolah Menengah kami bersekolah di sekolah yang berlainan namun kami terus berhubung melalui surat. Ye Surat..
bayangkan kami berhubung melalui surat bermula daripada awal sekolah menengah
sehingga kemudahan handphone wujud ditangan kami, iaitu sekitar tahun 2001.
Sebab tuh kami rasa kami ni special. Persahabatan ini yang sangat istimewa.
Dulu bila cuti sekolah kami lepak sama-sama...
berborak, bertukar-tukar cerita dan berkongsi rasa. Kami sangat rapat dan
kerapatan serta keakraban kami diakui oleh sesiapa yang mengenali kami,
terutama di kejiranan kami. Mereka sedia maklum bahawa kami berdua adalah
bestfriend forever.
Di sekolah rendah kami sama-sama pergi sekolah pagi
dan petang, pagi sek kebangsaan manakala petang kami sekolah agama. Arwah
memang seorang yang bijak, dia berjaya menjejaki kaki ke Menara Gading namun
berlainan dengan saya. Sungguh pun begitu arwah tidak pernah sama ada dari segi
kata-katanya, perlakuannya serta tindakannya membuatkan saya berasa rendah diri
bila bersama dengannya. Arwah seorang yang sangat ikhlas hatinya.. luhur
budinya dan cantik pekertinya.
Cumanya di era usia kami 20-29 tahun kami
jarang-jarang dapat bertemu melainkan musim raya dan cuti panjang, kerana pada
masa itu jarak & komitmen yang memisahkan kami. Sangat saya tidak lupa
apabila arwah sanggup menaiki bas untuk turun ke JB bagi menemui saya setelah
sekian lama kami tidak berjumpa. Allahu…. Sebab tu dia sangat special dihati
saya.
Takdir dan jodoh kami juga hampir serupa,
Kami sama-sama diuji dengan sikit lambat bertemu
jodoh. Kami sama-sama tidak punya kawan lelaki yang menjadikan kami termasuk
golongan muda mudi yang leka dengan cintan cintun. Namun Allah dah rancangkan
yang terbaik untuk kami. Penghujung tahun 2007 tak diduga kami sama-sama jumpa
calon suami yang sebenarnya kami tak rancang pun.. sekali lagi Allah izin Majlis Nikah
kami berlangsung selang seminggu. Makna kata kami mendirikan rumahtangga pada
bulan dan tahun yang sama iaitu Mach 2008.
“amboi
mentang oakme kawan baik sejak kecik, menikah pun nak sama-sama”
Itulah antara ayat makcik-makcik jiran kami tatkala
menjayakan walimah kami.
Selapas masing-masing dengan tugas dan jawatan yang
baru ‘isteri’ maka jarang-jarang kami dapat peluang untuk duduk sembang
lama-lama macam sebelumnya. Maklumlah masing-masing dah ada komitmen yang lain.
Walaubagaimanapun kami tetap mencari ruang untuk bertemu dan pertemuan kami
biasanya disertai dengan pasangan masing-masing. Alhamdulillah syukur sangat, kami berdua
dikurniakan suami yang sangat memahami dan sudi turut serta dalam persahabatan
kami yang sedia terjalin ini.
Ya Allah, berderai air mata ni... sedih sgt.. hati
ni rindu sgt kat arwah.......
Sebenarnya dah lama arwah diagnoisis, sebelum tuh
arwah kerap kali demam. Cumanya arwah tidak berminat sangat nak cerita tentang
sakitnya dengan orang lain kerana prinsipnya tidak mahu menyusahkan pihak lain.
Dah beberapa bulan juga kami tidak berkesempatan untuk bertemu seperti
sebelumnya sehingga pada Oktober 2014, ketika saya mengikut suami pulang ke kampungnya di Kelantan saya mendapat mimpi bahawa arwah
memberitahu “saya mungkin saya tak lama” keesokkanya saya terus menelefonnya dan saya diberitahu bahawa dia
sedang berada di Wad Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan inshaallah akan disjas
hari ni. Allahu.. lega rasa hati. Namun hati terus berteka teki.. sakit apakah
sahabatku ini?.. bagaimana keadaan dia sebenarnya..?.
Saya terus nekad akan kerumahnya sebaik saya pulang
dari Kelantan. Saya ziarah secara terjah kerana tidak mahu menyusahkan arwah
untuk bersiap2 menyediakan apa saja juadah, kerana saya sedia maklum bahawa
arwah sangat perihatin bila tetamu datang bertamu ke rumahnya.
Dan pada ketika kunjungan saya itulah saya
diberitahu tentang dan kisah dirinya yang sebenar. Bedebar jantung saya dan
menitik air mata tatakala saya diberitahu oleh arwah. Allah… rupa2nya sahabat
saya sebenarnya tidak sihat… "kenapa aku tak tahu".. dan kenapa aku seolah lupa
nak bertanya itu dan ini… maafkan saya liza. Sejak saya mengetahui akan
keadaannya yang sebenar saya sentiasa mengikuti tentang pekembangan
kesihatannya. Dimana saja dia dirawat dan direhatkan maka saya akan berusaha
untuk memunculkan diri.
Hari ni hampir 2 bulan arwah berlalu pergi.. tapi
sampai sekarang saya rasa arwah masih ada.. dulu saya pernah dirundung sedih tentang
suatu takdir yang tidak dapat saya elak dan kali ini saya sekali lagi diuji
dengan perasaan yang paling sedih. Ternyata kesedihan saya pada waktu ini
adalah berganda. Sedih kehilangan seorang sahabat, rupanya bukanlah satu perkara yang mudah untuk
melaluinya. Terhentilah sudah doa kudus dan tulus darinya untuk saya.. tiada
lagi pesan & nasihat darinya untuk saya. Saya rindu!!
Buat yg masih ada sahabat, hargailah dia selagi dia
masih ada.. sebab bila ia dah pergi kita rasa terlalu singkat masa kita bersamanya.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman dan para solihin. Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
Al-Fatihah buatmu sahabatku tercinta.. tenanglah
kamu di sana.. kami disini akan tetap menyayangi dan mengingatimu sampai
bila2.. kami terlalu merinduimu,sahabat....... sahabat untuk selamanya.. sekali
bersahabat, selamanya dijiwa....
SuaraHATI: Liza.. rindu awak sampai bila-bila.
No comments:
Post a Comment