Salam Ukhwah
Wednesday, July 20, 2016
Wednesday, January 27, 2016
Mengenangimu Sahabat.. #Shawaliza
Biacara tanpa suara untukmu sahabat. #Shawaliza Haji Ali
Liza sahabatku,
Setangkai Doa & juga Fatehah akan selalu aku kirimkan buatmu disana. Amanlah disana wahai sahabat, kerana Allah lebih menyayangimu lebih daripada kami.
Liza sahabat yang dirindui..
Engkau telah pun selesai melewati ujian dan dugaan dari Yang Maha Memiliki, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dengan penuh tabah dan tenang. Sedangkan sahabatmu ini masih lagi bertarung dan bermujahadah untuk mengharungi ujian dan dugaan silih berganti. Terputus sudah doa tulusmu buat aku, tiada lagi bisikan keramat kata semangat yang sering engkau ungkapkan buat aku dikala aku 'down'. Sunyi hati ini hanya Tuhan yang tahu.
Sahabat yang dikasihi..
Engkau pergi dengan tenang, tatkala aku melihat sekujur jasadmu terbujur kaku didepan mata bertapa ketenangan tepancar diwajahmu diiring dengan wajah yang berseri-seri. Ku lihat wajahmu lentok sebelah kanan seperi engkau sedang lena diulit mimpi. Sangat istimewa engkau disisi-NYA. Betapa Allah mengasihimu, engkau dihadiahkan dengan bungkusan berbentuk dugaan yang getir bilamana engkau diuji dengan kesakitan yang amat sangat seiring dengan masa engkau tabah mengharunginya.. namun engkau tetap tersenyum manis dan ingin sekali bediri tegak untuk melawan kesakitan itu. Semangatmu sangat tinggi. Setip kali aku kunjung ziarah sama ada di hospital atau dirumah pasti aku pulang dengan motivasi dan pelajaran tatkala aku melihat ketabahanmu.
Sahabat yang istimewa..
Kita berkongsi cerita & berita, kita berkongsi rahsia dan rasa dan sebab tu persahabatan kita sangat istimewa. Bermula pada zaman kanak-kanak riang lagi sehinggalah ke usia muda belia dan sehingga hujung usiamu kita masih berkongsi cerita, walaupun engkau terlantar dikatil hospital tetap masih ingin mengambil cakna tentang sahabatmu ini. Tutur katamu dan nasihat yang engkau lontarkan buat aku sangat maknawi dan akan ingat sampai bila-bila.
Teringat sangat pada satu hari 3/4/2015 (Jumaat)
Aku terjah mengunjungimu di HKL.. sangat suprise untukmu kerana daripada riak wajahmu waktu itu engkau bagaikan tak percaya bahawa tiba-tiba aku muncul dihadapanmu sedangkan pada masa itu bukanlah waktu melawat yang dibenarkan untuk pelawat berada di wad. Aku menaiki bas ekpres dari Temerloh setelah parking kereta di Terminal turun di Perkeliling lalu maniki teksi ke HKL. Aku sengaja ingin menemanimu di wad pada hari itu setelah sekian hari engkau mendiami di katil 24 wad 2 HKL. Dalam tak larat engkau tetap meraikan kehadiran aku sehingga engkau gagahkan diri untuk turun ke cafe menemani aku lunch. Allahu... semua itu masih terbayang-bayang satu per satu di kotak fikiran ini.
1hb November(sabtu) aku dan suami bertolak ke Seremban seawal pagi dari kampung setelah mendapat berita dari Kak Nida tentang keadaanmu di wad Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Dihari itu engkau sangat ceria walaupun aku tahu kau sedang menyembunyikan kesakitan. Kita bersembang berkongsi cerita dan rasa. Berbagai cerita dan pesan yang engkau tinggalkan untuk aku seolah pada masa itu engkau tahu bahawa engkau akan pergi buat selamanya.. Allahu.. sebak hati ini tidak dapat sama sekali aku menahan titik jernih jatuh dari sepasang mata ini. Mulianya hatimu sahabat.
15hb November(sabtu) sekali lagi aku datang menziarahimu di Wad 1 Hospital yang sama. Pada hari tu aku melihatmu dalam keadaan yang sedang menahan kesakitan yang amat sangat. Inilah kali pertama aku melihat wajahmu tidak lagi seceria seperti biasa sebelumnya.. aku pasti sangat pada ketika itu engkau sedang menahan kesakitan yang amat sangat. Dalam ketidakberdayaan itu engkau seboleh mungkin masih ingin meraikan kehadiran aku pada petang yang syahdu itu. Aku berhasrat untuk datang lagi pada 21hb iaitu hari sabtu berikutnya... namun engkau menyatakan "mina jangan harap sangat sebabnya rasa macam tak dan jek".
Aku tak menyangka itulah hari terakhir kita bercakap-cakap... itulah kali terakhir aku memegang tanganmu.. itulah hari terakhir aku memelukmu dan itulah kali terakhir kita bersua muka dan lambaian tanganmu itulah adalah lambaian terakhir untuk sahabatmu ini.
21hb November 2015 benarlah... tiada lagi pertemuan untuk kita melainkan aku menanti jasadmu tiba di Masjid FJU untuk dikebumikan. Engkau pergi untuk selama-lamanya dan tak mungkin akan kembali lagi.
Liza... aku rindu
Sunday, January 24, 2016
Air Mata Tak Bernama
Tumpah lagi
Namun kali ini entah kerana apa.. mengalir perlahan seiring esakan. Jiwa sebak tak keharuan. Entah air mata gembira.. entah air mata berduka
atau entah apa-apa, yang pastinya ia tidak bernama
Aduhai..
Lemahnya jiwa ini wahai Tuhan
Hendak ku adukan sesuatu kepadamu, tapi ia terbuku, entah bagaimana harus kuluah itu.... aku tidak tahu!! mahu meminta atau mahu mengeluh, mahu meratib atau merusuh..? aku tidak tahu!!
Lalu pipi ini basah lagi dengan juraian air mata yang tumpah. Ada resah yang terkurung. Bersama rasa yang terpaksa aku harung. Sudahnya mulut ku kekal begitu dan kekal membisu. Dan air mata tanpa nama itu terus mengalir laju.
Biarlah....
Engkau lebih tahu Tuhan
Engkau faham apa yang aku rasakan.
Tuesday, January 19, 2016
ALLAH Tahu Yang Terbaik Buatmu
“Su, tolong bagi aku nasihat. Aku bukan tak terima ketentuan
Allah. Aku tau Allah sedang bagi aku yang terbaik. Aku cuma sedih. Aku sedih
betul, rasa macam tiada tempat untuk tanganku berpaut..”
Begitu SMS yang mengetuk peti masuk telefon bimbit. Aduh, jiwa
saya terus terasa sayunya. Berfikirlah saya hendak balas apa. Kesedihan orang,
jangan ditambah. Nanti dia lagi tambah lemah jiwa. Maka saya cuba menyusun
ayat, biar tidak menambah luka.
Kenapa kita sedih bila yang berlaku tidak sesuai dengan
keinginan kita walaupun kita sudah berusaha keras bersusah-payah untuk apa yang
kita hendak capai atau perolehi? Perkara ini pernah saya bualkan dengan seorang
sahabat. Sedar tidak sedar, Tea C Special yang disedut-sedut sepanjang
perbualan, sudah habis. Banyak faktornya sebenarnya yang mungkin buat kita rasa
sedih dan terasa diri kita ini seperti loser.
Tetapi fikir saya, sesiapa pun akan merasa sedih. Walaupun tahu
Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Namun fitrah jiwa, begitulah.
Tapi kalau kita pandu jiwa dan jasad kita dengan sesuatu yang kita, insya-Allah
hilanglah kesedihan itu berganti pasrah.
Kita
Dan Kecewa Dalam Hidup
Saya percaya, kalau kita selalu fikirkan kekecewaan, maka
pastilah kekecewaan itu akan menjadi lazim dalam hidup kita. Tapi, mari kita
imbas sebentar. Kita akan sedih dan kecewa apabila pilihan hati menolak kita.
Kita mungkin akan berdukacita apabila belum lagi masanya untuk kita melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ada juga yang resah dan sedih
bila masih belum bertemu jodoh walaupun usia semakin meningkat dan mulai
tertanya-tanya, “Teruk
sangatkah rupa aku sampai takda orang yang nak?” Kita hampa terhadap diri sendiri
apabila masih belum kelihatan berjaya seperti kawan-kawan yang lain. Pendek
kata, kita akan kecewa terhadap hidup ini apabila sesuatu yang kita kejar dan
ingin capai dalam hidup tidak kesampaian.
Betul, kan?
Ada orang dia akan sedih mula-mula saja, lama-lama nanti dia
akan baiklah. Dia teruskan hidup macam biasa, dan terus berusaha pula dengan
jalan lain. Tapi ada orang tidak boleh move on dengan apa yang berlaku dalam
hidupnya. Pada dia, diri dia teruk sangat dan hidup ini seakan tidak adil. Nah,
di mana Allah SWT dia letakkan ketika itu? Tiada. Ada yang tidak memikirkan
Allah SWT kerana kekecewaan yang sudah menyelubungi jiwa. Allah sudah tiada
dalam fikirannya. Yang dalam fikirannya hanya kekecewaannya.
Kalau saya boleh katakan kepada sesiapa yang berfikiran
sedemikian, saya akan katakan; Bersabarlah. Tenangkan fikiran. Setiap apa yang
berlaku dalam hidup kita sebenarnya, walau tidak terjadi seperti apa yang kita
harapkan dan apa yang kita duga, adalah merupakan ketentuan dan takdir Allah
SWT. Kita kena paksa dan didik jiwa kita untuk percaya dan yakin bahawa semua
yang berlaku terhadap diri dan kehidupan kita, baik seperti yang kita mahukan
atau pun yang sebaliknya, adalah rahmat daripada Allah SWT.
Saya pasti, kita semua pernah terdengar atau selalu baca firman
Allah SWT ini.
“..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang itu adalah yang
baik bagimu; dan boleh jadi kamu suka sesuatu, sedangkan itu bukan yang terbaik
untukmu. Dan Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah
al-Baqarah: Ayat 216)
Kita kena sedar kelemahan kita sebagai seorang hamba, dan
ceteknya ilmu kita mengenai baik buruk sesuatu yang kita mahukan dalam
kehidupan itu, tidak setanding dengan pengetahuan Allah SWT, yang menciptakan
kita sejak kita belum menjadi seketul daging di dalam rahim ibu kita pun. ita
ini, ada waktunya kena berkeras dengan diri sendiri. Jangan terus melemah dan
memberontak, biar kita melihat perancangan Allah SWT untuk kehidupan kita itu
adalah yang TERBAIK. Kena yakin itu.
Rahmat
Allah Itu Bermacam-Macam
Apabila Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang baik kepada
seseorang itu atau rahmat Allah SWT itu, saya sangat percaya bahawa dengan
kekuasaan Allah SWT, semua itu akan datang dalam pelbagai bentuk dan gambaran
yang berbeza-beza dimata manusia. Boleh jadi dalam bentuk-bentuk kebaikan. Dengan
cara seiring dengan apa yang kita hajatkan dan hendak capai. Dan adakalanya
rahmat dari Allah SWT itu dalam ketetapan yang bertentangan dengan apa yang
kita inginkan.
Sebenarnya kalau difikir-fikir, kita ini laksana anak kecil yang
menginginkan semua yang kita nampak menarik. Masih ingatkah kita sewaktu kecil
apabila kita merengek mahukan sesuatu? Dan kita berusaha meminta kepada ibu
atau bapa kita. Tetapi kerana ibu bapa kita tahu apa yang kita nampak menarik
itu, tidak baik untuk kita, maka ditolaknya permintaan kita. Adakah kerana ibu
bapa kita itu jahat? Tidak! Kerana ibu bapa kita sayang dan cinta kepada kita.
Mereka tahu, ada bahaya kalau kemahuan kita dituruti.
Nah! Begitu jua keadaannya apabila kita memberontak sendiri,
kerana apa yang kita mahukan dalam hidup di usia dewasa ini tidak tercapai.
Kita berdoa untuk itu dan ini, tetapi kononnya Allah SWT tidak pernah kabulkan
permohonan kita. Sedangkan sebenarnya, setiap permintaan yang dikabulkan oleh
Allah SWT, dan setiap penolakan terhadap apa yang kita dambakan itu, dua-dua
adalah rahmat dan nikmat daripada Allah.
Malah tidak keterlaluan apabila ada yang mengatakan bahawa Allah
SWT tidak pernah menolak doa. Bahkan dia menggantikan dengan sesuatu yang lain,
yang jauh lebih baik untuk diri kita dan kehidupan kita. Masya-Allah,
tabaarakallah!
Imam Ibnu Athaillah Assakandary pernah berkata,
“Apabila Allah memberi kepadamu, nescaya Dia saksikan kepadamu
kebaikan-Nya. Dan apabila Dia menolakmu, nescaya Dia saksikan kepadamu
kekuasaan-Nya. Maka Dia (Allah) di dalam semua itu memperkenankan dan
menghadapkan kepadamu dengan sifat kehalusan-Nya kepadamu..”
Allahuakbar.
Banyak waktu kita ini selalu memusuhi apa yang kita tidak tahu
dan apa yang kita tidak mahu. Walhal, ada cerita disebaliknya yang sedang
dihantarkan oleh Allah SWT untuk kesejahteraan hidup kita. Kerana apa? Kerana
hati kita masih banyak noda sebenarnya.
Jangan
Sangsi Terhadap Allah SWT
Siapa yang tidak teruji dalam kehidupan ini kan? Tapi itu bukan
tiket untuk kita mahu rasa seperti melupakan Allah SWT. Kita cakap pada diri
sendiri, “Allah tu Maha Berkuasa, kenapa Dia tak mudahkan saja perjalanan
hidupku ni? Ah!” Senyum.
Saya cuma boleh katakan, tiada kemanisan jika tiada perjuangan
untuk sesuatu yang kita mahukan. Allah SWT sudah cukup baik dengan tidak
membiarkan kita, dan berkali-kali mahu menyedarkan kita dalam pelbagai situasi.
Kita ini saja, yang selalu tidak melihat kebaikan dan kemurahan Allah SWT.
Sebab apa? Sebab kita hanya mahu apa yang mata kita lihat. Tetapi tidak mahu
memahami apa yang mungkin sedang Allah aturkan.
Selagi hayat dikandung badan, selagi Islam menjadi pegangan,
selagi kita masih seorang Muslim, sepatutnya selama itulah kita tidak perlu
kecewa walaupun perjalanan kehidupan kita tidak seperti yang kita jangkakan.
Teringat sabda Rasulullah SAW,
“Demi zat yang diriku ada ditangan-Nya, tiadalah Allah menentukan
sesuatu keputusan kepada hamba-Nya yang mungkin melainkan akan membawa kebaikan
kepadanya..” (Hadis Riwayat Muslim)
Jika sahaja kita dapat melihat perjalanan kita yang dengan
cantik Allah SWT sudah aturkan, mungkin kita akan lebih malu dan tertunduk malu
kepada Allah SWT. Cuba tanyakan diri kita. Kita selalu bersyukur, atau
sebaliknya?
Penuhkan
Hidup Ini Dengan Syukur
Bila Allah SWT kabulkan apa yang kita inginkan, bersyukurlah.
Jika kita tidak dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Sama ada Allah SWT
makbulkan atau tidak, yang pada pandangan kita diterima atau ditolak, yakinlah
bahawa yang ditolak itu ada penggantinya yang lebih baik. Kita cuma perlu
menjadi seorang hamba yang merendah diri dengan Tuhannya, jalani hidup seperti
biasa. Beribadah dengan ikhlasnya kepada Allah.
“Tiadalah sesuatu kesusahan yang dititipkan di bumi, dan tiada
pula yang menimpa dirimu, melainkankan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan
Kami) sebelum Kamijadikannya; sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.
(Kami katakan demikian) supaya kamu tidak bersedih hati atas apa yang telah
luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (menyombong dan berbangga)
dengan apa yang diberikan kepada kamu..” (Surah al-Hadid: Ayat 22 & 23)
Nanti-nanti, pasti Allah SWT akan kirimkan sesuatu buat kita.
Yang penting, jangan cepat berputus-asa wahai kawan. Hidup di
dunia ini tidaklah lama mana, kita pun tidak tahu umur kita sampai berapa
tahun. Bila tengok pula pada amal ibadah dan amal jariah, aduhai tersangat
sikitnya rasa. Dari kita sibuk-sibuk mahu melayan perasaan sangka buruk,
baiklah kita mencari jalan untuk membuat kebaikan.
Pssst! Kadang-kadang, Tuan Punya Dunia itu ada banyak cara untuk
cuit dan jentik kita. Biar kita tidak terus mengelamun di dunia, dan sedar
bahawa kita masih belum ada di syurga. Selagi kita belum ada di syurga, selagi
itu kita tidak berhenti berusaha.
Senyum Dan syukur. Semoga ALLAh merahmati.
Kadang-kadang kita seakan tersesat sendiri dalam kemahuan jiwa dan ketentuan Allah.
Sumber : http://cintailahi.com
Sunday, January 10, 2016
Saat Waktu Kau Tinggalkan Kami #ShawalizaHajiAli
Coretan penuh juraian air mata…
Hampir 2 bulan... berlalu pemergian arwah sahabat saya namun
hati ini semakin merindu, rindu pada sepotong nama.. yang aku pangil
‘LIZA’ dikaulah sahabat dan teman
sejati.
Kisah ni tentang persahabatan yg setia hingga
hujung nyawa..
Pemergian sahabat saya... arwah meninggal pada
21112015 jam 12:20tgh bersamaan 9 Safar 1437H, sejak itu jiwa saya seolah pergi
bersama dia,
Sayu dan sedih hati ini hanya Yang Maha Kuasa
mengerti... Sayu dengan kehilangan seorang sahabat yang sangat mulia hatinya,
sedih kerana ketiadaan lagi sahabat yang setia, setia dalam erti kata
menginggatkan, menasihatkan, mempositifkan, memotivasikan dan mengambil cakna.
arwah adalah sahabat saya sejak dari zaman
kanak-kanak lagi.. kami main bersama-sama, membesar bersama-sama... tapi
biasalah, zaman kanak-kanak riang.. gaduh-baik-gaduh-baik.. perkara normal sebagai
kanak-kanak.. Pergi sekolah sama-sama bila balik sekolah arwah abahnya menjemput
dan pasti saya akan membonceng bersama-sama dengannya.
Tapi, sejak meningkat remaja, hubungan kami semakin akrab. maklumlah dah matang sikit... semasa Sekolah Menengah kami bersekolah di sekolah yang berlainan namun kami terus berhubung melalui surat. Ye Surat..
bayangkan kami berhubung melalui surat bermula daripada awal sekolah menengah
sehingga kemudahan handphone wujud ditangan kami, iaitu sekitar tahun 2001.
Sebab tuh kami rasa kami ni special. Persahabatan ini yang sangat istimewa.
Dulu bila cuti sekolah kami lepak sama-sama...
berborak, bertukar-tukar cerita dan berkongsi rasa. Kami sangat rapat dan
kerapatan serta keakraban kami diakui oleh sesiapa yang mengenali kami,
terutama di kejiranan kami. Mereka sedia maklum bahawa kami berdua adalah
bestfriend forever.
Di sekolah rendah kami sama-sama pergi sekolah pagi
dan petang, pagi sek kebangsaan manakala petang kami sekolah agama. Arwah
memang seorang yang bijak, dia berjaya menjejaki kaki ke Menara Gading namun
berlainan dengan saya. Sungguh pun begitu arwah tidak pernah sama ada dari segi
kata-katanya, perlakuannya serta tindakannya membuatkan saya berasa rendah diri
bila bersama dengannya. Arwah seorang yang sangat ikhlas hatinya.. luhur
budinya dan cantik pekertinya.
Cumanya di era usia kami 20-29 tahun kami
jarang-jarang dapat bertemu melainkan musim raya dan cuti panjang, kerana pada
masa itu jarak & komitmen yang memisahkan kami. Sangat saya tidak lupa
apabila arwah sanggup menaiki bas untuk turun ke JB bagi menemui saya setelah
sekian lama kami tidak berjumpa. Allahu…. Sebab tu dia sangat special dihati
saya.
Takdir dan jodoh kami juga hampir serupa,
Kami sama-sama diuji dengan sikit lambat bertemu
jodoh. Kami sama-sama tidak punya kawan lelaki yang menjadikan kami termasuk
golongan muda mudi yang leka dengan cintan cintun. Namun Allah dah rancangkan
yang terbaik untuk kami. Penghujung tahun 2007 tak diduga kami sama-sama jumpa
calon suami yang sebenarnya kami tak rancang pun.. sekali lagi Allah izin Majlis Nikah
kami berlangsung selang seminggu. Makna kata kami mendirikan rumahtangga pada
bulan dan tahun yang sama iaitu Mach 2008.
“amboi
mentang oakme kawan baik sejak kecik, menikah pun nak sama-sama”
Itulah antara ayat makcik-makcik jiran kami tatkala
menjayakan walimah kami.
Selapas masing-masing dengan tugas dan jawatan yang
baru ‘isteri’ maka jarang-jarang kami dapat peluang untuk duduk sembang
lama-lama macam sebelumnya. Maklumlah masing-masing dah ada komitmen yang lain.
Walaubagaimanapun kami tetap mencari ruang untuk bertemu dan pertemuan kami
biasanya disertai dengan pasangan masing-masing. Alhamdulillah syukur sangat, kami berdua
dikurniakan suami yang sangat memahami dan sudi turut serta dalam persahabatan
kami yang sedia terjalin ini.
Ya Allah, berderai air mata ni... sedih sgt.. hati
ni rindu sgt kat arwah.......
Sebenarnya dah lama arwah diagnoisis, sebelum tuh
arwah kerap kali demam. Cumanya arwah tidak berminat sangat nak cerita tentang
sakitnya dengan orang lain kerana prinsipnya tidak mahu menyusahkan pihak lain.
Dah beberapa bulan juga kami tidak berkesempatan untuk bertemu seperti
sebelumnya sehingga pada Oktober 2014, ketika saya mengikut suami pulang ke kampungnya di Kelantan saya mendapat mimpi bahawa arwah
memberitahu “saya mungkin saya tak lama” keesokkanya saya terus menelefonnya dan saya diberitahu bahawa dia
sedang berada di Wad Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan inshaallah akan disjas
hari ni. Allahu.. lega rasa hati. Namun hati terus berteka teki.. sakit apakah
sahabatku ini?.. bagaimana keadaan dia sebenarnya..?.
Saya terus nekad akan kerumahnya sebaik saya pulang
dari Kelantan. Saya ziarah secara terjah kerana tidak mahu menyusahkan arwah
untuk bersiap2 menyediakan apa saja juadah, kerana saya sedia maklum bahawa
arwah sangat perihatin bila tetamu datang bertamu ke rumahnya.
Dan pada ketika kunjungan saya itulah saya
diberitahu tentang dan kisah dirinya yang sebenar. Bedebar jantung saya dan
menitik air mata tatakala saya diberitahu oleh arwah. Allah… rupa2nya sahabat
saya sebenarnya tidak sihat… "kenapa aku tak tahu".. dan kenapa aku seolah lupa
nak bertanya itu dan ini… maafkan saya liza. Sejak saya mengetahui akan
keadaannya yang sebenar saya sentiasa mengikuti tentang pekembangan
kesihatannya. Dimana saja dia dirawat dan direhatkan maka saya akan berusaha
untuk memunculkan diri.
Hari ni hampir 2 bulan arwah berlalu pergi.. tapi
sampai sekarang saya rasa arwah masih ada.. dulu saya pernah dirundung sedih tentang
suatu takdir yang tidak dapat saya elak dan kali ini saya sekali lagi diuji
dengan perasaan yang paling sedih. Ternyata kesedihan saya pada waktu ini
adalah berganda. Sedih kehilangan seorang sahabat, rupanya bukanlah satu perkara yang mudah untuk
melaluinya. Terhentilah sudah doa kudus dan tulus darinya untuk saya.. tiada
lagi pesan & nasihat darinya untuk saya. Saya rindu!!
Buat yg masih ada sahabat, hargailah dia selagi dia
masih ada.. sebab bila ia dah pergi kita rasa terlalu singkat masa kita bersamanya.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman dan para solihin. Semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
Al-Fatihah buatmu sahabatku tercinta.. tenanglah
kamu di sana.. kami disini akan tetap menyayangi dan mengingatimu sampai
bila2.. kami terlalu merinduimu,sahabat....... sahabat untuk selamanya.. sekali
bersahabat, selamanya dijiwa....
SuaraHATI: Liza.. rindu awak sampai bila-bila.
Subscribe to:
Posts (Atom)