Buta
dalam cahaya, Lupa masa bahagia
Petikan
dari salah satu Lagu Dato' Siti Nurhaliza,album Tahajud Cinta.
Manusia
dan lupa itu semacam adik beradik.Walaupun manusia itu makhluk dan lupa itu
kata sifat, tapi manusia itu sangat sinonim dengan lupa-lalai-tak ingat.
Selalu
kita lupa Allah itu Tuhan kita bilamana kita selalu bergantung kepada yg lain
tanpa kita sedari.
Selalu
kita lupa bumi ini milik Allah waktu kita melakukan kerosakan atas mukabumi.
Selalu
kita lupa,syurga itu wangi dan neraka itu panas,bilamana kita asyik membuat
maksiat sehari-hari.Terlalu banyak dan menjadi kebiasaan sampai satu tahap anda
tak perasan pun anda tengah buat maksiat.
Selalu
kita lupa bahawa kita ini terlalu sedikit sumbangan dan amal sampai tak
sedar-sebenarnya layakkah kita masuk syurga?
Kadang-kadang
kita terlalu terpesona dengan kemewahan, lemas dalam nikmat dan keseronokan
dunia yg semacam tiada batas.Kita sudah jadi macam seekor kelawar yg terbang disiang
hari, menjadi buta kerana terlalu banyak cahaya.Sedangkan kelawar itu hebat
makhluknya,dalam gelap-kelam pun mampu menyusur celah-celah ranting sempit di
malam hari.
Manusia
lagi hebat.Manusia ada akal.Kelawar ada naluri sahaja.Kelawar tidak pernah reti
membaca suratkhabar Utusan mahupun Harakah,apatah lagi mengaji Quran.Sedangkan
manusia hebat akalnya sampai mampu membina binaan hebat-hebat.
Tapi
dalam bab dunia,ramai manusia tewas.Ramai manusia buta dalam cahaya.Ramai
manusia tenggelam dalam nikmat.
Rasa-rasanya,
tak banyak kelawar yang buta dalam cahaya. Kerana kelawar jarang keluar siang
hari yg ada byk cahaya.Sgt luarbiasa jumpa kelawar merayau siang hari.Kerana
kelawar tahu ia akan buta dalam cahaya.
Tapi
manusia,walaupun dilengkapkan dengan akal, sangat ramai yg buta dalam
cahaya.Lupa kala bahagia.Mudah tenggelam dalam nikmat-nikmat kesenangan.Dulu
dikala dunia tidak semaju ini, walau susah menuntut ilmu, tapi masih ramai yang
taat kepada perintah Tuhan.Tapi sekarang, walau ilmu hanya dihujung
jari,semakin ramai yang tidak taat perintah tuhan.Manusia semakin sibuk dengan
hal masing-masing.
Terlalu
sibuk dengan keperluan sendiri.Terlalu serius dengan kerja dan kareer.Melampau
dalam mengejar dunia.Ekstrem dalam mengejar wang dan harta.
Tidak
salah sedikitpun serius dengan kerja dan kareer.Bukankah itu tanggungjawab anda
sang pekerja?
Tidak
salah sedikitpun mengejar dunia.Tapi akhirat anda letak dimana?
Tidak
salah sedikitpun mengejar wang dan harta.Tapi sumbangan anda kearah menegakkan
Islam sebanyak mana?
Anda
kena ada matlamat, barulah anda tidak dibutakan dengan nikmat melampau.Kalau
dulu, ramai usahawan melayu berusaha keras untuk berjaya sebab nak bayar zakat
lagi banyak dan mahu menyumbang lebih banyak untuk masyarakat.
Tapi
sekarang, semua orang mahu kaya untuk diri sendiri, malah golongan pendakwah
pun meletakkan prioriti duit dalam gerak kerja. Apa sudah jadi dengan
masyarakat sekarang.Kambing pun menggeleng kepala melihat keletah manusia.
Benarlah,
dunia sudah terlalu tua.Manusia semakin susah untuk berubah. Alangkah takutnya
kita yang berada dalam zaman ini. Selamatkah kita dengan api neraka?
Muhasabahlah
diri masing-masing!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment