Salam Ukhwah

Sunday, March 11, 2012

1403 - Junaidah binti Bujang

Assalamualikum wbt.

(14-03) - Selamat Ulangtahun Kelahiran buat sahabat yang jauh di JB sana, Junaidah binti Bujang. Syukur atas nikmat usia yang DIA pinjamkan.. bertambah angka bermakna semakin pendek perjalanan didunia ini untuk menuju ketetapan ITU. Selamat panjang umur dalam erti kata selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat menambah erat silturrahim, selamat menambah sedekah, selamat menambah rasa takut kepada Allah (merujuk kepada Solusi #24)


Buat Sahabatku Jun...

Semoga sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan agar terus gagah berkhidmat sebagai seorang isteri kepada suami, anak kepada mak, mama kepada anak-anak, adik kepada kakak & abang serta kakak kepada adik.

Syukur dikurniakan keluarga yang sejahtera, anak-anak yang sihat dan comel sebagai penghibur. Syukur punya kerjaya yang selesa sebagai sumbangan dan nilai tambah kepada keluarga.


Semoga didekatkan rezeki yang sedang diusahakan serta moga dilindungi dari tipu daya syaitan dan manusia.

Semoga Allah sentiasa melimpahimu dengan rahmah dan kasih sayangNya. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu dengan balasan yang berlipat ganda. Semoga Allah sentiasa meminjamkan kekuatan agar terus perkasa mendepani hari-hari mendatang. Semoga Allah mententeramkan hatimu disaat dirimu diuji dengan kesedihan. Semoga Allah meringankan bebanmu dikala ujian & dugaan menimpamu. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa hadir untukmu.

Terima kasih kerana menjadi sahabat Mina, Selamat menambah erat silaturrahim ini dan moga ikatan ukhwah yang terjalin sekian lama sentiasa terikat atas nama persaudaraan.


Kita berkongsi tarikh PENTING sebenarnya kan? pada tarikh 14-03 juga Mina mencatat sebagai tarikh yang mana ianya sangat penting kerana pada tarikh itu muktamad Mina menjawat jawatan sebagai seorang isteri. Pada hari itu jelas lagi tergambar Jun dan keluarga datang dari jauh untuk turut serta menemani Mina pada upacara yang sangat mustahak itu.. Terima kasih sekali lagi atas kesudian serta kesedian Jun & Suami. Diam tak diam 4 tahun telah berlalu.. rasa macam baru jek bulan lepas ianya berlangsung. Doakan kami ye Jun.. moga-moga Redha Allah sentiasa bersama-sama kami dan doakan juga moga dikurniakan rezeki mendapat anak keatas kami be-2.

SuaraHATI : Aku ingin kita terus bersahabat selamanya.. Ukhwah fillah abadan abada..


No comments: