Salam Ukhwah

Sunday, July 25, 2010

Mencari Syurga Dalam Senang?

Diceritakan pada 1 malam, seorang raja bernama Ibrahim Adham, sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya, sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba dia terdengar bunyi menunjukan sesuatu sedang bergerak-gerak di atas siling istananya. Makin lama, makin jelas.

”Siapa di atas itu?” bentak Ibrahim Adham.
”Saya, pengembala kambing,” sahut satu suara dari atas menjawab dengan jelas.
”Apa yang kau buat di atas atap istanaku?” tanya raja lagi.
”Aku mencari kambingku yang hilang.” jawab suara itu.
”Cis! Pelik sungguh! Masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yang hilang di atas atap istanaku?”

Dengan tegas suara itu menjawab, ”Begitulah wahai ibrahim.. adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu? Itu sama sahaja dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!”

Selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu telah menyetak kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja, tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidal lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun baginda berjuang mendidik diri, darjat ketaqwaan semakin meningkat, hingga terkenal baginda seorang waliullah yang tersohor.

Jadi pengajaran daripada kisah ini.. apa yang boleh kita ambil & pelajari adalah, Tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Justeru, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga...
SuaraHati: Aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku takut pada neraka-MU... Kurniakanlah keampunan kepadaku.. berikanlah aku kekuatan jiwa & keteguhan iman dalam mencari Redha-MU.

2 comments:

azri abdul majid said...

hmmm... mcm ada yg tak kene dengan suara hati saudari nih (dari blog saudari)... sila semak ye...

SuaraHati: Aku tidak layak untuk syurga-Mu namun aku tak takut pada neraka-MU... Kurniakanlah keampunan kepadaku.. berikanlah aku kekuatan jiwa & keteguhan iman dalam mencari Redha-MU

Jasmin said...

terima kasih saudara azri atas teguran....
saya telah buat pembetullan.. maaf salah taip sket.